2018-03-14

Fattzura



Ahad lepas aku naikkan gambar ni kat IG.
Punca?
Sebab aku nampak ada yang kondem Fazura sorang je tak pakai tudung dalam gambar ni.
Aku baca pun macam.....dah kenapa lah?

Sometimes aku pelik dengan perangai some manusia.

Manusia suka pada benda-benda baik.
Tapi bila ada perkara baik, artikel yang baik, cerita yang baik - takde pulak nak share sampai jadi viral. Takde pulak nak dijadikan topik time bersembang dengan kawan-kawan.

Manusia tak suka kejahatan.
Tapi cerita-cerita yang mengundang dosa mengumpat tu jugaklah yang dia jaja sampai jadi viral.

Sangat pelik.
Tapi itulah hakikatnya.

Tengok gambar wedding yang cantik macam ni pun nak kecam.
Nak buktikan apa? Nak buktikan Fazura tu jahil/jahat?
Atau nak tunjuk diri kita baik?

Cubalah cari sekecik-kecik kebaikan dalam setiap perkara.
Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik hanya kerana kita tak buat apa yang orang tu buat.
Tapi boleh jadi orang tu pun tak pernah mengutuk dan menerakakan orang lain macam kita buat.

Aku suka gambar ni.
Gambar ni ada beberapa hikmah yang sangat cantik yang aku nampak.

Yang pertama, Allah nak tunjuk kat kita kalau Dia berkehendakkan kebaikan pada kita, antara tanda-tandanya, Dia akan tarik kita ke lingkungan yang baik-baik.

Yang kedua, bayangkan dengan asbab perkahwinan ni one day Fazura juga akan berpakaian syarii macam adik-adik ipar yang lain. Tak terbayang berapa besar pahala satu keluarga ni dapat. Nak influence orang tak perlu dengan kata-kata. Penampilan kita pun dah boleh membuka hati orang untuk berhijrah, atas izin Allah.

Yang ketiga, asbab perkahwinan ni, kita semua jadi tahu rupanya tak semua yang berpakaian syarii itu extreme dan tak up-to-date. Nah! Ni Tuhan nak tunjuk kau yang up to date pun tak dapat limelight macam ni okeh?

Yang keempat, gabungan nama besar Fazura dan Fattah secara tak lansung memudahkan dakwah keluarga ini pergi lebih jauh. Aku yakin gambar ni saja dah boleh buat ramai orang sejuk mata dan terbuka hati nak jadi seperti keluarga ni. Aku sendiri interested nak tau apa didikan ibubapa dia sampaikan anak-anak dia semua sopan macam ni. Kalau Fazura tak kawen dengan Fattah, mungkin tak ramai yang tahu tentang keluarga ni, kan? Bayangkan berapa banyak saham pahala keluarga ni dapat kalau ramai yang ikut cara dorang?

Banyak lagi sebenarnya.
Banyak hikmah yang kita boleh cari dari sekeping gambar, tapi kenapa yang buruk jugak kita nak cari?

Tak payah lah cari buruk orang.
Sebab, kalau kita nak cari buruk, memang yang buruklah kita jumpa.
Tapi kalau kita nak cari baik, baiklah kita jumpa.
Tindakan kita mencerminkan peribadi kita.
Dalam ramai-ramai orang yang tengok gambar ni, kenapa kita je yang nampak buruk Fazura.
Itu kan tandanya kita sebenarnya yang buruk?
Kesian kat kita.

Aku yakin Fazura ni baik.
Sebab tu Allah tunjuk sikit demi sikit asbab dari kebaikan dia yang selama ni dia tak tunjuk kat orang.
Hasilnya, dia berjodoh dengan lelaki yang baik.
Dia dapat keluarga mertua orang baik-baik.
Dia dapat tambahan peminat baru yang ramai.
Influence dia makin besar, insyallah lebih banyak labels yang nak gunakan khidmat dia selepas ni.
Rezeki pun makin lebat nanti.

Ada satu komen tu cakap "Dia ni dulu kaki clubbing...."

Nama pun 'dulu'. Kenapa nak diungkit-ungkit?
Bila orang tu kaki clubbing kau nerakakan dia.
Bila dia dah tak ke sana, kau ungkit balik nak bagi semorang ingat balik.
Yang pastinya dia dah jadi lebih baik. Tapi kita? Masih lagi tak ubah-ubah asik nak cari buruk orang je kejenya.

Jangan ingat orang yang ke club tu kotor dari kita. Belum tentu lagi.

Tau tak kat mana tempat untuk orang-orang yang kotor?

Tempat untuk orang yang kotor tu bukan kat club, tapi kat masjid.
Disebabkan dia merasa diri kotorlah maka selalu-selalu ke masjid.
Jangan ingat masjid tu tempat untuk orang-orang yang bersih suci.
Allah tak sediakan satu jengkal tanah pun atas dunia ni untuk orang yang suci selepas Rasulullah saw.
Yang ada atas bumi sekarang ni cuma orang-orang yang kotor yang nak mensucikan diri.

Apa ajelah yang kita ada yang buatkan kita layak rasa bangga dan rasa lebih baik dari orang lain?
Bukan ke kita semua masih ada dosa yang belum terampun?
Bukan ke kita semua ada rahsia yang belum lagi terbongkar?
Bukan ke kita semua masih ada aib yang ditutup Allah?

Pernah dengar cerita Hassan Al Basri yang tiba-tiba bangun tengah malam menangis sebab teringat satu dosa yang dia pernah buat?

Satu dosa je pun dah menangis.
Sedangkan banyak kebaikkan yang dia dah buat.
Kita ni pulak, dah banyak buat dosa pastu senyapkan diri.
Tapi bila buat 1 benda baik, kecoh.







Anak sape la ni, comel nau.
Hasil guna Cleansing Gel GreenAard.
Alhamdulillah, this soap is very mild, kulit baby takde masalah nak pakai.
Apetah lagi kulit orang tua macam I :)