2018-03-20

Susahnya nak move on.



Macamana cara nak move-on?

Doa.

Baca doa ni berkali-kali "Ya Allah, berikanku pahala di atas musibah ini dan beriku ganti yang lebih baik".

Ulang ulang ulang doa yang sama.
Allah pisahkan kita dengan dia sebab nak bagi ganti yang lebih baik.
Bukan ke kita juga yang selalu doa "Ya Allah, berikan aku jodoh yang baik"?
Maka yakinlah Allah akan ganti yang lebih baik. 100% confirm akan dapat jauh lebih baik.

Pepatah "kalau dah jodoh tak kemana" tu selalu kita dengar, kan?
Kalau dia ditakdirkan untuk bersama kita, tak kisah lama mana terpisah atau jauh dia benua lain sekalipun, akan ada cara untuk Allah satukan.

Tapi, hubungan perasaan manusia tidak se-simple tu, lebih-lebih lagi kalau dah berpisah.
Tak semudah tu untuk kita pujuk hati "Takpelah, kalau jodoh tak kemana..."
Untuk melupakan, kita mesti redha dan ikhlas.
Dan untuk ikhlas selalunya ambil masa yang lama bergantung kepada sejauh mana keyakinan kita pada takdir Allah.

Salah satu perkara paling susah nak buat adalah ikhlas menerima ketentuan Allah bila tak jadi kahwin.
Di saat-saat tengah membayangkan bestnya hidup bersama, cuti sama-sama, makan bersuap, duduk beriba, tido sebantal, tiba-tiba berpisah.
Kecewa dah tentu.
Untuk mereka yang iman lemah, akan terasa susahnya nak move on.
Tapi untuk mereka yang tak ada iman lansung, bunuh diri selalu jadi jalan penyelesaian.

Berhentilah menyeksa diri sendiri dengan menangis, taknak makan, taknak bersosial, taknak bersiap, etc.
Just stop doing anything that will make you remember him.
"Teringat" dan "sengaja mengingat" adalah dua benda berbeza.
Kalau "teringat" insyallah lama-lama nanti boleh lupa.
Tapi kalau kau sengaja baca whatsapp-whatsapp lama, kejap-kejap tengok balik gambar lama, kejap-kejap stalk FB dia - ini namanya self-torture.
Akan jadi sangat susah nak lupa nanti. Karang, hilangkan nak lupa dia, silap-silap dengan diri sendiri pun kita boleh jadi lupa. Gila terus.

Sebenarnya, dari awal lagi bila kita berani untuk jatuh cinta, bermakna kita mesti bersedia dengan risiko sakit hati.
Sebagaimana kita ada hak untuk cintakan dia, dia juga ada hak yang sama untuk cintakan orang lain.

When you lose something, it's good to try to remember how your life used to be when you were alone.
Mungkin tak sebahagia ketika kita bersama dia, tapi sebelum kita kenal dia, kita masih bahagia kan?
Bila berpisah, terasa hati tu kosong sangat, tapi tak bermakna dunia kita terhenti terus.
Dalam setiap perkara yang berlaku carilah hikmahnya.

Ok fine.
Dia sangat cantik, dia paling hensem, dia bergaya, dia baik, dan dia romantik.
Tapi adakah itu menjamin yang dia adalah orang yang sesuai untuk kita?
Mungkin semua tu hanyalah modal untuk wujudkan rasa cinta kita sedangkan dia bukannya orang yang begitu.
Biasalah, masa tengah bercinta, kan. Belum tentu karakter yang kita nampak adalah karakter sebenar. Tapi sekurang-kurangnya bila terjadi perpisahan ni, kita tahu dia bukan orang yang tepat.

Banyak perkara yang susah kita nak faham.
Manusia hanya boleh memilih, merasa dan menjangkakan bahawa orang yang kita sayang selama bertahun-tahun ni adalah orang yang betul.
Tapi, tempoh bercinta yang lama bukan jaminan kita boleh hidup bersama.
Boleh jadi dia yang kita cinta selama ni rupanya hanya boleh accompany kita as a friend, bukan sebagai suami isteri.

Aku pernah lalui waktu-waktu macam ni.
Pernah merasa bercinta macam nak rak, ke hulu-hilir macam belangkas sampaikan sedara-mara sendiri pun tak jangka aku akan kawen dengan orang lain.

Nak berdepan dengan hakikat perpisahan tu memang sakit.
Sakit sebab berpisah.
Sakit sebab ditinggalkan.
Sakit sebab terasa bodohnya buang masa bertahun-tahun tapi tak jadi kawen.
Macam-macam rasa ada.
Tapi latihlah diri untuk melihat masalah dengan sisi positif.
Dengan berfikir secara positif, kita akan tahu di sebalik masalah terdapat kebijaksanaan yang sangat luar biasa.
Itulah bukti kasih Allah pada kita.
Melihat masalah bukan pakai otak dan logik saja, tapi gunakan hati, kerana hati itu dekat dengan Allah.

Kawen is not about rindu, cinta dan sayang semata-mata.
Banyak benda lain yang kena lulus dulu sebelum kawen.
Seorang lelaki mesti bersedia jadi suami yang memimpin dan melindungi isteri dan mesti bersedia jadi daddy yang dapat mendidik dan bertanggungjawab untuk anak-anak suatu hari nanti.
Macam tu dengan perempuan.
Bukan je kena bersedia jadi ibu tapi bersedia melayan, menemani dan selalu ingatkan suami untuk selalu jadi baik.
So, marriage is not about cinta je, tapi mesti prepare ilmu, amal dan kekuatan mental.
Boleh jadi perpisahan ni bukan kerana exbf kita salah tapi kita yang belum bersedia. Ilmu belum cukup jadi Allah nak kita belajar.

Kita susah nak move on antaranya kerana kita sayangkan dia sepenuh hati hingga tak ada sisa kita simpan untuk diri sendiri.
Allah tahu, kalau dibiarkan perasaan tu berlanjutan akan membahayakan diri sendiri di masa depan.
Kita pun tak tau apa masa depan kita, boleh jadi semakin bahagia atau merana.
Jadi, Tuhan tarik dia dari hidup kita supaya kita boleh muhasabah diri, belajar untuk ikhlas dan redha, belajar untuk jadi kuat, di samping belajar untuk sayang diri sendiri lebih dari orang lain.
Percayalah, if you used to be okay without him, you'll be fine now.

Dah lah.
Kita selalu berfikir kenapa dia tak cintakan kita macamana kita cintakan dia.
Tapi pernah tak kita berfikir kenapa kita tak mencintai Allah seperti Allah cintakan kita?

Ujian ni sepatutnya membuatkan kita berlama-lama atas sejadah bukan berlama-lama menangis ingatkan ex.
Boleh jadi inilah hikmah terbesar yang kita tak nampak.
Allah sedang rindu kita tapi kita rindukan orang lain.
Allah itu Maha Pencemburu. Dia cemburu kita lebih ingatkan orang lain dari Dia.
Allah itu Maha Mengasih. Dia sedang tunjuk tanda-tanda kasihNya pada kita sebab itu Dia hantarkan ujian ini. Kerana Dia tau hanya dengan ujian begini saja boleh buatkan kita kembali bercerita padaNya.
Sepatutnya kita bersyukur bila diduga begini, itu tanda Allah peduli.
Dia nak kita mengadu padaNya. Dia nak kita bercerita padaNya. Allah nak dengar cerita kita. Dialah tempat paling sesuai untuk kita simpan rahsia.
So tell Him. Spend more time with Him.
Mungkin inilah waktunya hidayah itu sampai. Grab!