walk on wings, tread in air: Takde kaitan dengan iman <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Takde kaitan dengan iman
2018-02-14


Email kat atas ni sama macam whatsapp yang aku terima 2 hari lepas.
Kisah yang berbeza tapi masalah yang sama.

"Saya dah puasa sunat, saya solat, saya sedekah, tapi bisnes saya tetap susah nak berkembang. Apa lagi yang saya kena buat, kak? "

Tu ringkasan dari whatsapp sorang reader blog.

Selalunya, bila kita ada perasaan kecewa macam ni, sebenarnya kita sedang membandingkan nikmat kita dengan nikmat orang lain. Pihak lagi satu nampak gayanya macam tak beramal soleh dan takde etika tapi rezekinya lancar saja, betul tak?

Dulu ada gak orang tanya "Saya dah bertudung syari'i (labuh), hafal juzuk amma, tapi masih single. Tak adilnya rasanya bila orang yang terang-terang buat apa yang Allah larang dapat semua yang saya nak".

Jawapannya simple.
Kerana kita membandingkan nasib orang beriman dengan nasib orang tak beriman.
Padahal Allah tak berjanji apa pun tentang urusan dunia pada orang yang beriman.
Allah tak kata pun kalau kau buat apa yang Aku suruh, maka kau akan dapat habuan dunia.

Kalau nak buat perbandingan, bandingkanlah orang beriman dengan akhirat dan orang tak beriman dengan dunia.
Dia dapat apa kat dunia, kita pulak dapat apa kat akhirat.
Macam tu baru betul perbandingannya.
Rezeki tak ada kaitan dengan iman.
Dia pakai tudung ke, dia tak pakai ke, dia bodek ke, dia rasuah ke - semua ni tak ada kaitan dengan habuan dunia.
Kalau habuan dunia ada kaitan dengan iman, maknanya semua Nabi takkan terima ujian kesusahan.

Perbandingan yang lojik menurut iman adalah bila kita membandingkan orang beriman dapat apa di akhirat dengan apa orang tak beriman dapat di dunia. Ini baru comparison yang betul.

Dia punya analogi nak bagi senang faham macam ni lah.
Ada dua supplier yang sama-sama membentangkan proposal yang hebat.
Tapi Si A dapat projek sebab melobi dan under table, yang si B tak dapat projek sebab tak join rasuah.
Then Si B persoalkan, "Ya Allah, kenapa saya buat benda baik tapi tak dapat projek tu?"
Pertanyaan tu pun dah salah, memang konfem lah takkan ada jawapan.
Soalan yang sepatutnya, "Ya Allah, saya tak rasuah, apa habuan yang saya bakal dapat di akhirat nanti?"

Tiap-tiap Jumaat kita baca Al-Kahf kan?
Pernah tak baca terjemahan sekali?
Kalau tak pernah, cuba baca terjemahan sekali-sekali.
Soalan-soalan kat atas tu Allah dah bagi contoh dalam Al-Kahf.
Kisah pemilik 2 kebun (Al-Kahf : 32-44)

Cerita dua lelaki, dua-duanya adalah kawan.
Satu adalah orang yang beriman. Yang lagi satu tak beriman.
Dalam kisah ni, orang yang beriman Tuhan uji dengan kesempitan hidup.
Tapi Tuhan bagi rahmat terbesar, iaitu nikmat iman, keyakinan, dan berlapang dada dengan ketentuanNya.
Yang tak beriman pula Allah uji dengan rezeki yang luas.
Allah bagi banyak kekayaan dan material.
Tuhan uji nak tengok samada dia syukur atau kufur. Samada rendah diri atau berbangga.
Boleh sambung baca sendiri kat Al-Kahf and fahami apa yang nak disampaikan.

Satu perkara yang kita selalu terlepas pandang ialah nikmat iman.
Rezeki dalam bentuk habuan dunia like jawatan, pangkat, duit - ini semua Allah bagi pada sesiapa saja samada Islam atau bukan Islam, samada penyangak atau orang baik-baik.
Tapi iman Allah bagi pada orang yang dikehendakiNya saja.
Mahal tak mahalnya nikmat iman ni, umpama kalau kita berusaha sedaya upaya supaya kawan kita jadi orang beriman, kalau Allah tak izinkan iman itu masuk, takkan masuk keimanan dalam hatinya.

Jangan sampai kita tertipu dengan habuan dunia sehinggakan kita abaikan nikmat tertinggi yang Allah berikan kepada kita iaitu iman.
Padahal manusia yang tak ada iman adalah petanda musibah terbesar dan bencana.
Kalau nak kaya, nak jawatan besar, nak kerja yang selesa, kena usaha. Takde kaitan dengan iman.
Tapi kerja sungguh-sungguh secara halal.
Sebab dunia ni ada hukum, jadi buatlah apa pun asalkan sesuai dengan hukum.



Kita kata kita suka dia, tapi kenapa tak cukup kuat nak suarakan apa yang terpendam dalam hati?
Apa salahnya kita tanya dia, biar berkali-kali pun tak apa. Asalkan apa yang kita nak menjadi.

Kita kata kita sakit hati dengan perangai dia, tapi kenapa tak cukup berani nak tinggalkan dia?
Sampai bila nak bertahan, umur kita bukan lama mana.

Kita kata kita pun nak bahagia macam orang lain, tapi kenapa kita tahan impian kita?
Bilanya nak merasa bahagia macam orang lain tu kalau kita sendiri hanya tunggu dan lihat.
Tanya je kat dia. Nak kat aku ke tak?
Kalau dia nak, dia ambik. Kalau taknak, kita cari orang lain. Mesti ada clear cut kat situ.

It's true jodoh ketentuan Tuhan.
Tapi kita kena usaha.
Salah satu bentuk usaha, bertanya.
Tanya pihak lagi satu sekarang ni kita apa cerita? Nak kawen ke tak? Kita bukannya budak skolah lagi nak cinta monyet. Dah besar panjang dah pun, nak tunggu apa lagi? Paling tak, bertunang dulu.
Kalau dah bertunang, otomatik perancangan majlis kahwin akan ada dalam list.
Ini bertunang pun tak lagi, memang payah lah nak merancang.

Memang manusia hanya boleh menyampaikan hasrat tapi yang sentuh hatinya adalah Allah.
Manusia hanya boleh usahakan apa yang boleh, tapi yang menjadikannya berhasil adalah Allah.
Salah satu ujian terbesar dalam hidup adalah ketika kita tak dapat apa yang kita usahakan dan doakan.
Tapi, kena yakin apa yang Dia akan beri adalah jauh lebih baik dari apa yang kita minta.

Melepaskan hubungan memang berat, tapi bertahan jauh lebih berat.
Nak bahagia atau nak terus bersedih, semuanya bergantung pada keputusan kita.
Pilihlah keputusan yang akan menjadikan hati kita tenang.
Kalau kuat, bertahan. Kalau tak, lepaskan.





posted by aveo757 @ 4:17 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER