2018-02-06

Masak


Siapa sini suka makan tapi malas masak, angkat tangan!

Ok, ramai nampaknya.
Patutlah jadi reader aku. Sama-sama pemalas rupanya.

Kat IG aku selalu letak gambar makanan.
Nampak macam enjoy food. Sebenarnya tak, aku bukan enjoy sangat dengan food. Aku sebenarnya malas nak memasak je.
Kalau aku order makanan, bukan aku makan sangat pun. Tapi suka beli makanan so that orang lain boleh join sekaki.
Aku ni punya tahap malas masak bukan calang-calang.
Kalau sampai mood malas dia, sampaikan sandwich telur pun aku nak order.



Karipap kentang and sardin.



Sandwich telur and cheese taknak sayur.



Brownies apa ntah ni aku lupa.
Masa aku order pun aku tak tau tajuk brownies.
Aku just cakap "Buatkan je lah apa-apa tajuk pun, janji sedap".
Nasib baik memang sedap.



Roti jala kuah kari ayam.



Ko tengok sikit punya cantik jala dia?
Kalau aku buat terus jadi lempeng okeh.



Tauhu bergedil ayam.
Dia kasik sambal kicap wehhh.
Kawan aku ni orang Johor. 
Tak terer buat sambal kicap bukan orang Johor la ya sebab orang Johor ni semua benda nak cecah sambal kicap.
Memang terangkat sambal dia. Aku boleh makan 2 biji je sebab kepedasan. Terlajak cecah.



Sebab first round order sedap, jadi aku order lagi second round.


Kalau sesiapa nak order, boleh call kawan aku Aisyah.
Aku tak sure if dia boleh deliver ke tempat korang, but can ask her. Dia ni duduk sini, tapi kerja Nilai, so takde masalah kot kalau orang Nilai pun nak order. Suami dia kerja somewhere Putrajaya/Cyberjaya kalau tak salah, so by right suami dia boleh deliverkan jugak ke area sana (agaknya lah).

Nak order Whatsapp Aisyah

Ok sebenarnya aku nak tulis pasal memasak ni.

Dari zaman anak dara lagi aku tak suka memasak (lauk-pauk).
Aku suka baking.
Tapi takde pilihan, kena blaja memasak jugak (berani kau taknak tolong Mak Aji masak?).
Kalau nak kata terer sangat masak tu tak la kot. Tapi setakat nak buat masak kari, asam pedas, sup, lemak cili api, masak kicap, gulai, tomyam tu lepas lah.
Keyword-nya kat sini bukan tak pandai, tapi malas (apa ajelah yang rajin aku ni).

Dulu kalau nak kerah aku masak, Mak Aji punya modal "Tak reti masak, kau tengok lah besok laki kau tinggalkan kau baru tau".

Masa tu aku macam terpikir, ada ke suami nak tinggalkan isteri just because isteri tak pandai masak?
Aku tak boleh nak jumpa kaitannya kat situ dari dulu sampai sekarang.
Sebab aku rasa makan kat luar lagi best kot sebab tak payah penat, tak payah basuh pinggan, tak payah buang sampah lepas makan.
Tapi masa tu hanya bertanya-tanya dalam hati la, tak berani nak tanya Mak Aji. Karang aku yang jadi lauk santapan malam tu.

Sampai sekarang memasak masih dianggap sebagai kewajipan perempuan, terutamanya untuk surirumah. Seolah-olah memasak ni semata-mata tanggungjawab perempuan. Bukan sikit yang kata kriteria isteri yang baik adalah bila dia boleh memasak. Ikat perut suami gitu. Akhirnya, ramai perempuan yang memaksa diri untuk memasak atau jadi obses kat perempuan yang pandai masak. Dek kerana tu, ramai perempuan yang memenuhkan media sosial mereka dengan share page-page resepi. Buatnya belum tentu.

Bila dari zaman ke zaman kita dipaksa untuk percaya bahawa kriteria isteri yang baik adalah yang boleh memasak, that's why benda-benda macam ni jadi punca nak bergaduh kat media sosial sekarang. Tu pasal timbul petua-petua merepek. Sebab masing-masing mula mencari apa juga point supaya nampak the best.
Masak guna air tangan sendiri lebih mengalir kasih-sayang katanya.
Guna rempah ready-made tu mengelat, buat rempah from scratch baru real wife.
Giling sambal lagi banyak pahala dari guna blender.
Ya ampunnnn, tolonglah!

Walaupun aku dah dikerah masuk ke dapur tolong masak dari kecik, tapi tetap aku tak boleh nak develop rasa suka memasak.
Bagi lah aku keje siang ikan ke, kopek ikan bilis 23 kilo ke, gosok baju sebakul, lipat baju setengah lori, aku enjoy buat. Tapi kalau memasak, memang tak pernah minat. Malah, malas. Everytime Mak Aji masak, aku masuk dapur tolong potong-potong je, Tak pun basuh-basuh kuali, tolong kacaukan lauk. Takde de nak tengok aku offer diri tolong masak. Balik rumah mak mertua pun aku tak offer diri. Tapi kalau nak suruh aku kopek bawang ke, potong daging ke, boleh.

Tapi, aku tak pernah tolak masakan Mak Aji and mak mertua, walaupun aku tak berapa suka lauk tu. Makan tetap makan. One thing for sure, aku memang suka makan. Yang keduanya, sebab aku tau dia bersungguh-sungguh and penat memasak. Mak Aji masak hampir everyday, jadi aku makan sebab aku taknak dia rasa terkilan dah penat-penat masak tapi takde orang makan. Karang keluar lagi ayat keramat dia "Kita macam nak mati masak kat dapur, dia taknak makan!". Memang jem la kalau dia start guna perkataan mati tu.

Now, kalau aku call tanya "Masak apa?"

"Takde apa la, goreng ikan je. Malas nak masak"

Padahal kat rumah tu bukan takde orang tau. Kalau takde orang lain cerita.
Aku realized rupanya mak aku pun bukan suka sangat memasak. Dia memasak sebab tak ada pilihan, bukan sebab dia suka masak. Agaknya kalau dulu ada pilihan untuk tak perlu masak, mesti 24 jam dia tapau lauk. Jadi aku boleh imagine sebenarnya mak aku (maybe mak-mak korang) actually bukan seronok sangat bila memasak. Macam 'terpenjara' dengan andaian bahawa masak adalah kewajipan isteri. Dan boleh jadi faktor kewangan juga.

Dia punya konsep tu sama macam kita bekerja.
Memang kita buat kerja kita dengan baik tapi kalau diberi pilihan mesti kita pilih untuk goyang kaki and travel the world, kan?

Ramai orang lupa bahawa kita dilahirkan dengan macam-macam bakat, kebolehan, dan minat.
Tak semua pompuan minat bidang memasak.
Same goes to guys, bukan semua minat bola, kereta, gadjet.
Tak semua lelaki reti betulkan paip, pasang tombol pintu, tukar mentol.
Memasak ni satu cabang bakat juga (dan rajin), sama macam menyanyi, melukis, menulis.
Jadi wajar kalau ada pompuan yang tak suka masak.

Aku bukan nak berkempan supaya korang (ladies) jangan memasak.
Tapi aku muak dengan some ayat-ayat klise "Kalau tak pandai masak, kalau malas masak, toksah jadi pompuan lah!"

Eh hello!
Memasak ni bukannya macam beranak.
Kalau beranak tu ya lah, memang dari azali hanya pompuan je boleh beranak, laki tak boleh. Ini namanya fitrah wanita.
Memasak ni lain, boleh je laki pun masak.
Jadi memasak itu bukan kudrat pompuan sorang. Dia dah jadi sama macam kerja-kerja lain like jual ikan, cuci kereta, bawak grab.

Jangan ingat yang tak suka masak tu tak sihat banyak penyakit sebab selalu makan makanan tapau dan tak jelas halal-haram sumbernya.
Ingat bangang sangat ke sampai nak beli benda tak halal.
Sekarang ni yang buat bisnes food ramai. Dorang tu semua masak kat rumah. Cuma dorang masak kat rumah dorang la bukan rumah kau.
Sama apa kita beli makanan dari dorang, kira macam cook from home jugak, cuma aku tapau.
Support bisnes orang beb! (slogan orang malas masak)

Kalau ada yang kata memasak adalah satu ungkapan kasih sayang, hmmmm boleh blah.
Nak tunjuk sayang boleh je banyak cara.
Entah sape la yang cipta pepatah "Kasih sayang suami tu datang dari perut".
Nak je aku cakap kat dia, "Yang datang dari perut tu bukan cinta, tu namanya kentut!"

Dah lah, aku nak balik tapau nasik lemak depan 7-11.



p/s : Masak aku tak pandai. Menulis insyallah boleh. Nak beli BUKU AKU KLIK SINI. Tak banyak dah tinggal, around 50-60pcs lagi.