Semalam aku up kat InstaStory video Rayyan tengah tusyen dengan En Wan.
Then ada sorang follower DM tanya Rayyan dah ok ke disleksia sebab anak dia tahun ni baru masuk Darjah 1 tapi masih tak boleh membaca sangat.
Hari-hari dia ajar sampai dia letih, frust and always marah-marah.
Alhamdulillah, Rayyan ok.
Membaca tak ada masalah. Belajar insyallah nampak ok je. Tahun lepas punya result exam pun ok.
Cuma bab mengaji tu tak konsisten, kadang laju kadang merangkak. Huruf arab kan bersambung-sambung.
Kadang bila titik 'ba' dengan titik "sa" bersambung, dia jadi konfius sikit.
Agaknya dia nampak titik-titik tu bergerak. Takpe, takde masalah kat situ.
Yang penting dia boleh baca. Kita kena ajar sampai dia kenal huruf dan boleh baca.
Tersangkut-sangkut tu normal untuk budak disleksia.
Jangan bandingkan budak macam tu dengan kita yang normal ni.
Kita ni memanglah normal, boleh baca laju tapi setakat baca je laju. Tapi bacanya tak. Sehari nak baca 2 helai pun payah. Eh.
Macam Rayyan aku dah nampak kekurangan dia pada bacaan Quran.
Aku faham untuk budak macam dia, tulisan bersambung-sambung macam tu dengan titik, tanwin, sabdu, boleh buatkan dia konfius.
Jadi, aku fokuskan pada hafazan.
Tapi tak bermakna tak payah kenal huruf. Huruf kena kenal sebab kita kena yakin disleksia ni boleh sembuh.
Sebab aku dah pernah lalui peringkat demi peringkat kes Rayyan ni.
Dari tak kenal huruf, dah jadi kenal.
Dari tak boleh baca (dia boleh baca umur 6 tahun), dah boleh baca.
Dari tulisan senget condong and turun naik, now dah cantik atas garisan.
Maknanya, takde yang mustahil. Kena yakin, kena usaha, kena doa.
Life is never easy. Yang buatkan jadi easy sikit hanyalah doa. Jadi kena banyak-banyak doa.
Marah anak boleh, aku pun marah juga.
Tapi marahlah kalau dia malas, bukan marah bila dia tak boleh membaca.
Yang mengajar dan bagi dia pemahaman bukan kita, kita tunjukkan saja, yang ajar Allah.
Macam aku kat dalam kelas duduk sama dengan A, tusyen pun sekali dengan A, tapi aku tak jadi sepandai A pun.
Itu bukti Allah yang bagi kefahaman.
Ada orang Allah bagi dia kemudahan menerima dan memahami ilmu, ada yang payah.
Jadi kunci kepada masalah ni sebenarnya, patah balik pada Allah.
Mintak supaya Allah terangkan hati dan bagi kebijaksanaan yang tinggi.
Sambil-sambil tu ajar macam biasa.
Kita usaha ajar anak, tapi dalam masa yang sama jangan berharap pada kekuatan diri sendiri saja. Kena harap pada Allah juga.
Masa Rayyan mula-mula di-diagnosed dengan disleksia, aku tak terperanjat.
Maybe sebab aku dah buat reading sebelum tu and identify simptom-simptom so aku dah bersedia nak terima keputusan.
Lepas konfem je cikgu tu kata ada tanda-tanda minor disleksia, aku terus susun balik jadual aku so that aku ada masa nak spend time dengan Rayyan.
Mula-mula aku ajar dia menulis hari-hari. Fokus pada menulis je.
Then latih baca everyday pulak.
Lepas tu jawab simple-simple questions.
Result exam yang lepas, dia excel. Alhamdulillah, bermakna step tu dah lepas.
Lepas tu aku jadi relax sikit.
Balik pada kebizian di opis.
Dek kerana busy sangat, Tuhan 'tegur' semula sebab Dia taknak aku leka.
Dia turunkan satu lagi ujian.
Mid term tahun lepas, masa ambik report kad sekolah KAFA, ustazah tu kata Rayyan ada masalah Kat membaca Quran. Agak slow.
Masuk Iqra' 4 dia dah mula tersangkut-sangkut.
Ok, aku faham puncanya. Aku syak huruf bersambung-sambung buatkan dia keliru nak sebut.
Tapi aku dah start mati kutu sebab aku takut anak aku tak dapat mengaji.
Hari-hari mintak kat Allah supaya Rayyan boleh mengaji dengan lancar.
TING!!!!
Allah bagi idea.
Hafazan.
Itu ilham yang Allah bagi.
Jangan pening-pening nak dia jadi macam aku kecik-kecik dah khatam.
Agaknya Allah kata "Kan kau mintak supaya anak kau boleh mengaji dengan lancar?"
Jadi, hafazan lah jawapannya. Nak baca lancar, tak khatam pun takpe, dengan menghafaz pun boleh lancar.
Khatam tak penting, yang penting baca ke idok lepas khatam.
Alhamdulillah, Rayyan cepat mengingat. Jadi aku teruskan dengan hafazan.
Tapi itu pemahaman orang jahil macam aku.
Yang sebenarnya Allah nak aku yang menghafal surah, bukan Rayyan.
Bila aku ajar Rayyan hafal, nak taknak dengan aku-aku sekali kena hafal, betul tak?
Allah tunaikan permintaan kita dalam macam-macam cara.
Dulu aku selalu doa mintak aku dibagi kekuatan untuk berhijrah dan jadi lebih baik dari sekarang (dulu).
Allah bagi aku mengandung.
Tapi kandungan problem.
Aku tersadai dalam hospital dengan chances 50-50.
Akibat chances yang 50-50 tu aku kembali cari Tuhan.
Aku baca Quran, baca buku agama, aku cari jalan balik.
Kembali mencari Tuhan, tak lama lepas tu aku bertudung.
Lepas tu Rayyan lambat bercakap pulak.
Menjadikan aku berlama-lama kat sejadah berdoa supaya anak aku lancar bercakap.
Then Rayyan lambat menulis, lambat membaca.
Aku 'terpaksa' kuat bangun malam untuk mintak biar Rayyan boleh membaca, menulis dengan baik.
Then, tak lancar mengaji pulak.
Allah bagi aku ilham untuk ajar dia hafazan.
Dengan aku-aku sekali menghafal.
Sususan Allah sangat cantik.
Dia perkenankan doa aku "Ya Allah, kurniakan aku kesempatan untuk memperbaiki amalanku sebelum aku kembali padaMu".
Caranya?
Dia hantar seorang Wan Muhammad Rayyan Akmal kat aku.
Hanya kerana budak jendul sorang ni, dari mula dia dalam perut sampai sekarang, macam-macam 'ujian' Allah datangkan supaya aku 'terpaksa' jadi lebih baik dari dulu. (dan masih lagi memperbaiki diri).
Insyallah, parents yang anak-anak ada disleksia, autism atau apa-apa juga keistimewaan, Tuhan bukan uji saja-saja.
Bukan semua ujian itu hukuman.
Bukan semua nikmat adalah kurnia.
Nikmat yang membuatkan kita lalai pada Dia, itu namanya hukuman. Bukan nikmat. (quote ni ada dalam buku aku).
Dalam setiap ujian yang datang, berlapang dada, carik hikmah dari setiap ujian dan cari sekecil-kecil nikmat dalam setiap musibah.
Sorry, entry ni bukan nak memandai-mandai atau nak bajet pandai.
Tapi ini teguran untuk diri sendiri dan mudah-mudahan dengan izin Allah bermanfaat untuk semua.
Kerana kewajipan adalah perkara yang tak boleh ditinggalkan walau apapun alasannya.
Menyebarkan kebaikan tak kira di mana pun adalah ciri seorang muslim.