2017-12-07

Your are not done yet!



Entry aku hari Isnin baru-baru ni.
Tentang kelayakan masuk SBP yang dah diubah tu.
Aku suka dengan komen yang aku highlited tu.
Memang tak sikit anak-anak yang kecewa dengan sistem pengambilan ke sekolah SBP/MRSM.
Ya lah, bagi dorang blaja macam nak rak sampai dapat straight As alih-alih nak kena lalu interview jugak untuk pemilihan masuk ke skolah berasrama.

Tugas kita sebagai parents kena bagitau dorang, this is life.
And this is just the benigging...beningging..beninggingg.

Biar dorang tau, ini adalah prosedur biasa yang baru nak dibiasakan di alam persekolahan.
Padahal prosedur macam ni dah lama kita rasa time nak mintak keje.
Sijil akademik tu hanya supporting documents saja, syarat untuk layak dipanggil interview.
Samada kita dapat atau tak jawatan banyak bergantung pada apa yang kita perform semasa interview.
Jadi, prosedur ni adalah prosedur biasa. Kena bagitau kat anak-anak macam tu.
Bukan apa, kalau tak, nanti sampai ke sudah dorang ingat kena score exam je manjang.
Let them now that score exam tu syarat awal. Sebab nak dipanggil interview ada syarat minimum.
Kalau boleh biar kita kejar syarat tu semaksimum yang boleh supaya kita ada kelebihan.

Ahad lepas Redza dapat satu lagi ilmu mak bapak dia bagi.
Dia baru dapat result penuh exam akhir tahun baru keluar.
Dia dok ingatkan result akhir tahun keluar masa kitorang atas kapal hari tu.
Rupanya Ahad lepas baru dapat keputusan penuh. Dia dapat 3.44.
Turun la sikit. Sebab awal tahun dulu 3.59, pastu mid 3.48, now 3.44.
Jatuh la sikit tapi takpela, masih boleh diperbaiki, insyallah. Cuma bapak dia berangin sikit bila Maths dia B. Bapak dia kan tak boleh kalau Maths tak A. Kalau aku Maths dah biasa tak A. Tetiba dapat A karang mau pitam bangun pitam bangun bapak aku 17 kali.

Bila kitorang tanya apa masalah dia sampai boleh jatuh pointer.
Budak-budak biasa la penuh dengan alasan.
Alasan-alasan yang dah dijangkakan seperti "Maths IGCSE susah gila. Silibus IGCSE untuk Form 1 sama dengan silibus Form 3 di skolah biasa."
Ah. Dah. Banyak kau punya alasan. Yang betulnya kau banyak main.

Bapak dia apa lagi, pi pungah laci bawak keluar academic transkrip.
Tunjuk bukti dia antara 11 orang student dalam course tu yang dapat high score (ntah ye ntah tak la sebab transkrip dalam bahasa Jepun).

"Papa lagi susah. Blaja dalam bahasa Jepun. Tapi papa boleh score lebih baik dari budak Jepun sendiri".

Gitu kau bapak dia saiko anak.
Terpisat-pisat Redza.

Tak cukup dengan tu, dia punggah pulak akademik transkrip aku.
Tak memasal aku terbabit sama.

Aku pun terpaksa saiko-kan Redza sekali.
Phewwwww nasib baik course aku ada 1 je subjek Maths. Kahkahkah.
Kalau tak mampus kantoi aku bangang maths depan anak sendiri.
Mujur jugak subjek Maths satu-satunya tu aku score A+.
Merasa la aku feeling bijak maths. Padahalll.

Pastu Redza tengok transkrip aku "Eh, mama pun sistem pointer?"

Ya, mama pun sistem pointer, nak.
Mak kau blaja sampai unibersiti gak. Muka je nampak macam bangang ni.

"Terernya pointer mama!"

Takde la terer sangat sebenarnya.
Tapi bagus bila ada bukti-bukti macam ni.
At least Redza tak boleh kata nak maintain 3 above tu susah sebab mak dia boleh buat.

Pastu aku ambik peluang membasuh dia terus.

Kitorang cuma nak dia tau, mak bapak dia dah lalui apa yang dia sedang lalui sekarang.
Jangan ingat sistem dia lain, sistem mak bapak dia dulu lain.
Jangan dia ingat mak bapak dia tak tau apa itu sistem pointer. Mak kau dah lalui semua ni berzaman sebelum kau hidup so kau jangan nak macam-macam ngan aku.
Dan yang paling penting, jangan cakap susah kalau kau belum berusaha betul-betul.
Aku tau kau banyak main kat sana. Kau ingat mak kau takde spy kat skolah tu?
Dari jeti Kuah tu lagi spy aku dah standby untuk tengokkan kau.
Kat airport Langkawi pun ada spy mak kau. So kau jangan nak kata kau penat blaja sebab aku tau kau banyak main.

Budak-budak ni bukan apa.
Kita kena tunjuk kat dorang kita dah pernah lalui dan kita boleh buat.
Jadi takde alasan untuk dia tak berusaha untuk buat.
Tak berjaya setelah berusaha takpe tapi jangan create banyak alasan sebelum kau benar-benar usaha.

Kau takleh cakap kau duduk asrama, mak bapak kau tak duduk asrama.
Mak kau pernah duduk asrama walaupun kejap tapi aku tau life asrama macamana.
Sangat berdisiplin. Takde makna kau tak boleh blaja melainkan kau yang taknak.

Kau takleh cakap sistem pointer tu susah sebab mak kau tau apa itu sistem pointer.
Kalau tak blaja memang susah. Itu je cerita dia.

Kau tak boleh kata kau blaja lebih susah sebab all in English.
Bapak kau blaja dalam bahasa Jepun masih boleh score.

Dulu kan masa aku skolah/blaja, kalau apa-apa yang aku rasa susah aku always buat alasan cam Redza ni.
Mak bapak aku tak blaja sampai U, tak skolah boarding skool, bukan aliran sains.
Kalau aku cerita 'kepayahan' aku blaja masa tu mak bapak aku takleh nak buat apa sebab memang dorang tak lalui apa yang aku lalui waktu tu. Dorang nak bash bash aku pun takleh. *fuhh selamatttt*
Tapi Redza lain. Kau takyah pusing jauh sangat ya. Kau kona alasan kot mana pun mak bapak kau always ada benda nak putaq balik siap tunjuk bukti. Ko bertabah je la.

Actually kitorang bukan nak bagi dia pressure cuma nak dia tau apa yang dia lalui tu benda biasa.
Bukan dia sorang lalui.
Dulu masa UPSR dia kata KBAT susah.
Bila dah masuk menengah, baru nampak ada yang lebih susah.
Tu dia blom nampak lagi Form 2 apa yang dia kena hadapi.
Toksah cerita la sok nak SPM apa lagi dia kena berdepan.

Aku cuma nak dia jangan always anggap apa yang dia face now susah susah susah.
Tak selamanya kau nak guna sistem skolah rendah. Tak selamanya nak mudah.
Life is about balance. Ada susah, tapi ada juga yang senang.
Dan selalunya nak senang, kena lalu susah dulu.

Sistem berubah, kita kena adapt. Itu realiti.
Kalaulah anak-anak ni tau macamana kita-kita orang tua ni struggle to make sure everything is enough.
Toksah cerita nak lebih lah, nak bagi cukup pun dah cukup struggle dah ni.
Takpelah, satu hari nanti anak-anak ni akan tau apa erti kepayahan yang sebenar.
Sekarang ni biar dorang lalui perubahan sistem macam ni.
Jangan bagi dorang rasa puas "Oh, straight As. I'm done!"

Not yet!
Aku yang dah umur 40 ni pun tak habis-habis lagi struggle, kau dah nak done?
Kena dengan aku karang.

p/s : Katanya mula tahun depan dah takde UPSR pulak, ganti dengan PSSR. Aku pun blom sempat study jadah apa PSSR ni.