2017-12-06

Kenapa susah nak move on?



Kat ruangan komen gambar ni ada some cakap "Macam ni la baru move on. Tengok muka dah tau memang move on. Ada orang tu, kata move on tapi gaya pun tau tak move on lagi".

Ya, aku tau kau perli Neelofa, kan?
Aku tau la sebab aku ada 6th sense.

Erra ni ni boleh move on sebab masing-masing dah ada cinta baru.
Sebab tu dia dah tak heran dah dengan ex dia. Dulu masa awal-awal berpisah mana ada macam ni.
Macam satu dua orang artis kita jugak.
Before jumpa new love, tak boleh move on.
Now dah boleh betepuk bertampa dah.
Sebab masing-masing dah ada pengganti.

Ingat senang ke putus cinta bulan lepas, bulan ni dah totally recover?
Yang putus tahun lepas pun, belum tentu tahun ni boleh move on 100%.
Mana-mana orang pun sama. Perlu ambil masa untuk pulihkan kembali semangat dan keyakinan.

Kadang aku tak paham dengan orang-orang ni semua.
Dia nak move on yang macamana lagi ntah.
Bila orang tu taknak komen apa-apa, atau senyapkan diri, atau asingkan diri, atau mengelak dari menyebut nama ex - dia kata orang tu tak move on.
Bila kita rapat-rapat dengan ex, punnnn dia kata kita belum move on jugak.
Contoh macam Erra ni.
Ada yang kata "Kalau dah move on takkan la asik mengendeng dengan isteri baru ex husband? Tu bukan apa tu, nak jadi best fren sebab itu je peluang nak tengok ex husband selalu".

Ya ampunnn. Kau dah kenapa?
Dia tu rapat dengan ex dia sebab ada anak bersama.
Lojik la kalau rapat. Untuk kebaikan anak. Bukan untuk mengendeng sesaje.
Boleh jadi dia ada sama atas sebab jemputan dari isteri baru tu. Kalau takde jemputan dia pun taknak ganggu privacy orang la.

Bukan semua orang boleh move on macam Erra.
Aku pun dah move on dari exbf aku tapi aku pilih untuk taknak ambik tau hal dia, kalau nak dengar berita dia pun aku taknak.
Kawan baik aku Apeng kalau nak cerita pasal exbf aku, dia akan tanya aku dulu. Mukadimah dia "Aku ada cerita pasal exbf kau ni. Kau nak dengar tak?".
Padahal dia tau aku memang taknak dengar, tapi saje je la try luck kot-kot aku nak kepoh sesekali. Haha.

Tak bermakna bila aku tolak semua cerita pasal exbf petanda aku belum move on.
100% memang belum, tapi 95% dah. Lagi 5% tu belum hilang lagi kesan troma tu pasal takleh fully move on.
Aku cuma pilih untuk taknak ambik tau sebab nanti aku teringat balik kisah-kisah lama, pastu aku stress sorang-sorang mengenang kebodohan diri.

Tak dinafikan ada juga yang tak boleh move on sebab masih ada rasa cinta.
Semakin lama kita bercouple, semakin susah kita nak move on sebab seolah-olah semua tempat kita pergi ada kenangan bersama dia.
Yang tu hanya tuan punya badan je yang merasa. Kita yang duduk kat luar badan dia ni toksah memandai-mandai.

Sebenarnya kita hanya boleh benar-benar move on kalau kita dah berdamai dengan orang tu.
Macam aku, aku memang belum berdamai 100% dengan exbf.
Tak pernah berdamai pun. Kalau terjumpa, masing-masing buat macam ok takde apa-apa padahal dalam hati aku menyumpah juga.
Aku cuma pilih untuk taknak jumpa, taknak ingat dan taknak ambik tau. Tu je.
Agaknya kalau aku berdamai, mesti aku boleh senggol-senggolan cubit-cubitan dengan dia.
Eh tapi takpelah, no thank you.

Setiap masalah atas dunia ni boleh diselesaikan dengan cara berbaik-baik.
Once kita dah berbaik-baik dengan ikhlas, konfem kita boleh 100% move on.

Punca-punca kita susah nak move on antaranya boleh jadi :

1. Kita break dengan cara yang tak baik.
Ini punca aku tak boleh 100% move on. Aku break dengan exbf dengan cara tak baik. Takde sesi perbincangan hati ke hati. Penuh dengan rasa benci dan sakit hati. Sebab tu aku tak boleh move 100%. Tapi tak bermakna masih sayang.
Ada jugak yang dah berpisah tapi masih sayang. Selalunya berpisah dengan cara tak baik juga. Tengah-tengah marah mintak putus. Lepas tu menyesal tapi malu nak bagitau. Sampai ke sudah tak boleh move on.

2. Guilty.
Kalau penyebab perpisahan tu datang dari kita, perasaan bersalah tu akan jadi punca kenapa kita tak boleh move on. Rasa bersalah tu "menghukum" diri kita sehinggakan kita merasa kita tak layak lagi untuk rasa bahagia. The best way is berdepan, explain and confess kesalahan. Tak sambung balik pun takpe, asalkan kita boleh move on. Tak guna hidup panjang umur kalau sepanjang hayat dihantui rasa kesal and bersalah.

3. Kecewa.
Kecewa dengan hubungan yang tak kesampaian boleh jadi putus disebabkan salah sorang curang. Tapi boleh jadi juga kecewa dengan campur tangan family. Ada orang tak boleh move on bukan kerana masih cintakan orang yang sama tapi kecewa dengan campur tangan orang luar. Membuatkan dia kelihatan seperti tak move on move on lagi padahal bukan tak move on but terlalu kecewa dengan apa yang dah berlaku sampai rasa tawar hati nak bercinta lagi.

4. Terlalu berharap.
Bila dah break, kita masih berharap boleh sambung balik dengan orang yang sama. That's why kita tunggu dan tak move on. Masih berharap. Jangan tunggu lama sangat. Kalau kena kebas nanti kau yang melepek. Takyah jual mahal sangat. Kalau rasa memang masih nakkan dia, kau bangun and talk to her/him. Ketepikan rasa malu ke apa ke. Dah kalau kau memang nak, apesal nak tunggu-tunggu. Kau takut orang kata kau terhegeh-hegeh? Kalau kau sejenis makhluk hot takpe lah nak tunggu-tunggu dia datang menyembah kat kau dulu.

5. Masih cinta.
Ini punca paling utama kenapa orang tak move on. Sebab masih cinta. Jangan seksa diri. Sebelum kau teruskan menyeksa diri macam ni, tanya dulu kat diri kau "Dia masih cintakan kau ke tak?". Kalau tak, tak berbaloi la kau duduk setempat jadi topekong siam macam ni. Sila bangun, gerak, jalan.


Biarlah orang nak kata apa pun, kita kena sayang diri kita dulu.
Tak bermakna kita kawen lebih lambat dari dia bermakna kita belum move on.
Jangan tergesa-gesa cari pengganti semata-mata nak tunjuk yang kita dah move on. Kalau betul cinta takpe. Tapi kalau setakat nak nampak 'menang' dan sedapkan hati sendiri, tak payah. Jangan buat keje gila. Tak perlu pun. Dibuatnya dapat bf/gf yang jauh lebih teruk tak memasal je. Apa orang nak kata, biarkan. People always have something to say, so let them be. Dulu time skolah tak berpeluang nak masuk public speaking tu pasal sekarang semua benda dia nak bagi pendapat. Kalau bernas takpe, ini tak. Sampah.




Good testimoni dari someone yang ada kolesterol tinggi dan gula dalam darah yang tinggi.
Masih ada 3 hari lagi untuk korang beli Basic Value Pack dengan harga free pos.
Isi je form bawah ni.



Name
Email Address
Option : SM : Basic Value Pack, RM149 (free pos)
SS : Basic Value Pack, RM154
Quantity per set :
Address
Phone
Remarks (if any) :