2017-12-12

People will judge. Pastikan mereka judge yang baik-baik.


Ada reader tanya kalau nak mintak kerja penting ke pakaian yang kita pakai hari ditemuduga tu?
Perlu ke nampak bergaya?

Walaupun sepatutnya itu bukan jadi ukuran tapi kalau nak mintak kerja, yes pakaian sangat mainkan peranan.
Suka atau tak, kita hidup dalam zaman di mana orang menilai kita dari segi luaran (first impression).
Dalam karier dan networking, apa yang kita pakai really makes a difference with first impressions.
Orang nilai kita berdasarkan cara kita berpakaian, cara kita bawa diri, cara kita bercakap, dan cara kita buat kerja.

Kenapa cara kita buat kerja aku letak paling last sekali?
Ok teruskan membaca entry ni.

Even bila kita first jumpa orang pun, cara dia bercakap dan apa dia pakai akan bagi isyarat samada kita nak proceed bersembang lebih lama atau cepat-cepat mintak diri.
Kemahiran dan pencapaian defines you at the end of the day tapi kalau pertama kali berjumpa kau tak dress accordingly sesuai dengan situasi atau kerja yang kau apply tu, it will indicates kau tak respek diri sendiri dan jawatan yang kau nak apply.

Kalau kau sebagai interviewer, apa kau rasa kalau sorang datang dengan suit kemas, dan sorang lagi datang dengan suit and tie yang tak matching pastu siap ada kesan kopi tumpah?

Ada impak tau pada penemuduga. Keyakinan dia pada kau drop by 40%.
Dan ada kesan jugak pada kau sebagai orang yang ditemuduga.
Bila kau tengok kau selekeh antara yang lain, kau punya level of confidence pun drop juga.
Rugilah kalau kau dah layak dipanggil interview tapi kau rosakkan dengan imej yang salah.

Contoh paling mudah Superman.
Si Clark Kent tu kalau tak pakai baju Superman orang pandang ke dia? Orang bagi perhatian tak? Tak pun.
Takde sape tau dia Superman until dia pakai suit Superman tu.
Dalam erti kata yang lain, your clothes help people label you in their minds.

Bukan suruh kau pakai tu semata-mata nak impress orang 24 jam.
Apa yang kita pakai bukan 100% melambangkan siapa diri kita.
Tapi, tak bermakna kita boleh belasah sauk apa je untuk pakai pi interview dan berharap orang nilai kita by our talent or personality.
Kau ingat ada orang kisah personality kau macamana? Ni nak cari keje ya, bukan nak cari jodoh.
Dalam mana-mana interview, people see you first, listen you second and then they understand you.
Itu turutan dia.

Kalau aku, aku always beranggapan orang yang put effort dalam berpakaian semasa datang interview, orang tu menghargai dan respect bakal majikan dan jawatan yang dia bakal sandang.
Contoh paling simple masa kita berdating buat pertama kali, kita bersiap macam nak rak kot.
Walaupun takde la sampai over the top, tapi at least kita bercantik-cantik lebih dari biasa.
Baju bergosok, tudung bergosok, perfume sembur setengah botol, rambut on point, matching heels, bla bla bla bla.
Why?
Because you take your date seriously.
Kau hargai perjumpaan tu so kau bersiap lebih cantik dari biasa.

Aku pun kalau ke mana-mana selalu pakai kasut pengawas je.
Tapi kalau ada event yang special, aku akan pakai high heels.
Bukan suruh kau pakai Mahnolo Blahnik. Janji kasut tu sesuai dengan function.

Orang kata takyah bergaya sangat, because at the end of the day what matters is skill and kemahiran.
Ya, betul.
Tapi itu at the end of the day.
Beginning of the day orang nak tengok macamana penampilan kau dulu.
Kalau beginning pun dah fail, kau rasa orang nak tunggu sampai end of the day?

It is YOU that you are presenting.
Takde yang susah pun nak faham benda ni.
Datang interview bukan semata-mata nak present skill, tapi penampilan juga.
Orang tu panggil kau interview bukan nak tengok kelayakkan kau semata-mata.
Kau punya kelayakkan dia dah tau sebab tu kau shortlisted untuk datang interview.
Dia panggil sebab nak tengok kau depan mata, so buat lah all out.

Tak perlu jadi mangsa fashion pakai tak kena gaya tak kena tempat.
Just pakai baju yang sesuai, pada waktu yang sesuai, di tempat yang sesuai. Simple.



SIAPA SINI ADA AKAUN DENGAN GREENAARD DAN JUGA PENGGUNA CLEANSING GEL?

Ok, hari ini sampai Sabtu, korang boleh tebus 100 point untuk dapat diskaun RM6.

 Hari ni tebus 100 point = diskaun RM6

Berbeza dengan hari-hari biasa 600 point = RM10.

Boleh imagine tak berapa banyak korang save point? 

So hari ni korang boleh start belanjakan point korang untuk dapatkan diskaun ni.

HANYA UNTUK CLEANSING GEL.

TERHAD UNTUK PEMBELIAN MAKSIMUM 2 BOTOL.

Caranya :

1. Check berapa balance point masing-masing.
2. Kemudian Whatsapp SINI atau Live Chat untuk beli.