2017-12-13

Aku peminat Neelofa?


Aku peminat Neelofa?

Tak jugak.
Tapi tudung dia sampai 2 laci gak la penuh ni.
Kalau ada cerita lalu kat newsfeed and IG tentang dia, aku baca.
Kalau nak kelebet memang tak lah. Tapi aku memang enjoy tengok life dia.
Belum sampai ke tahap aku peminat Leslie. Yang tu lain, tu dah tahap angau.

Again, dia kena hentam baru-baru ni pasal dia pakai tudung nampak leher kat majlis Air Asia.
Pastu bergelek kat majlis annual company dia (kot).
Sekali lagi orang pertikaikan status Hajah dia.

Macam ni jelah.
Masing-masing sebenarnya bukan tak tau mana salah mana betul.
Kita tau, dia pun tau.
Dia pun bukan jahil. Dia berguru dengan guru agama, of cos dia tahu.
Sebagaimana kita pun tau tak boleh berhias keluar rumah melainkan untuk suami, tapi kita tetap berhias.
Kita tau tak boleh pakai wangi-wangian di luar rumah melainkan untuk suami, tapi kita sembur jugak.
Kita tau wanita pakai seluar pun tak boleh sebab menampakkan bentuk kaki dan menyerupai lelaki, tapi kita pakai.

The point is, kita semua tau tapi sedang memperbaiki diri.
Dan kita berada di level yang berbeza.
Ada yang beginners, ada intermediate, ada advance.
Ada yang level plateu-nya panjang. Level bertahan orang kata. Tak berkurang tak bertambah tapi bertahan.
Masing-masing sedang berjuang untuk memperbaiki diri.
Kalau kita boleh beri masa kat diri sendiri untuk 'merangkak-rangkak' ke arah kebaikan, kenapa kita tak boleh beri ruang yang sama pada orang lain?
Kenapa kat diri sendiri kita bagi masa untuk berubah berdikit-sikit tapi kat orang lain kita nak express?
Adekah sebab kita rasa kita lebih baik?

Aisyah RA pernah ditanya "Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "orang yang merasa dirinya baik".

Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", dijawab "Iaitu orang yang merasa dirinya buruk".

Jangan merasa diri kita lebih baik dari orang lain.
Kita tak tahu di mana dan bila saatnya hati kita ikhlas melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah. Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Tegurlah dengan berhemah.
Kalau kita tegur dia in public (ruangan komen) itu bukan tegur.
Itu namanya kita sedang merasa diri kita lebih baik.

Cemuhan dan teguran memalukan TAKKAN mengubah dia/sesiapa jadi lebih baik.
Percayalah cakap aku. TAKKAN!
Sebab aku dah lalui.
Ko rasa aku berubah sebab givap dengan hinaan and kutukan orang ke?
Takde maknanya.
Aku berubah sebab doa-doa orang yang sayangkan aku.

Kalaulah semua tau doa tu senjata paling ampuh, mesti berlumba-lumba semua nak doakan Neelofa rather than mengutuk dia.
Aku always terbayang, entah sape la yang mendoakan aku dulu.
Besarnya saham pahala yang dia dapat bila aku berhijrah.
Yang mengutuk tak dapat apa pun. Kau takde share dalam hijrah aku.

Yang jadi masalah sebenar kita semua ni tahu hukum aurat.
Tapi kita tak tau adab menyampaikan nasihat.
Komen tak kena gaya.
Gaya macam bagi nasihat, padahal kecam.

"Kalau kita tak tegur, nanti Allah bagi balasan kita semua kena!".

Masalahnya, kau tegur dia ke, kau malukan dia?
Silap-silap Alah turunkan bala bukan sebab dia tapi sebab mulut kau macam longkang.

Kita rasa macam kita menegur tapi sebenarnya kita menghina.
Kalau kau ikhlas nak tegur, pi DM dia, pi email, pi hantaq surat, pi PM.
Dia baca ke tak, atau dia nak terima ke tak, itu bukan urusan kita lagi.
Urusan kita dah settle bila kita menegur secara berhemah.
Yang jadi problem sekarang kita ni jenis sakit hati bila orang tu tak respond pada nasihat kita.
Kita nak apa kita cakap tu dia ikut.
Bila dia tak bagi apa-apa respond, kita jadi bengkek.
Itu sebenarnya punca kita 'tegur' dia secara terang-terangan. nak bagi puas hati sendiri tengok dia kena hina depan-depan.

Ada satu komen tu "Orang kata kalau nak tengok umrah/haji seseorang tu mabrur ke tak, tengok dia balik jadi lebih baik atau lebih buruk. So now boleh nilaikan sendiri".

Oh my God.
Seriously keje kau memerati those yang balik umrah/haji to check whether ibadah dia mabrur?
Well, yang kau bila nak pi? Ke takut nak pi sebab takut apa yang ko cakap patah balik kat diri sendiri?

Ok aku cerita pengalaman aku.

Dulu, masa aku mula-mula bertudung, aku rasa macam ok dah aku ni.
At least now aku dah bertudung. Walaupun tudung aku singkat dan masih pakai jeans sendat.

Bila gi Mekah, aku nampak rupanya aku belum apa-apa pun lagi. Baru bertudung je.
Sedangkan kat sana, dorang jaga aurat dari kepala sampai kaki.

Bila balik aku praktikkan pakai blouse longgar, tudung labuhkan sikit and berstokin.
Oh, dah baik dah ni. At least dah bertudung tutup dada, baju pun tak ketat dan yang paling best aku pakai stokin! Gitu kauuu.

Umrah kali kedua, aku cuba buat lebih baik dari dulu.
Eh rupanya masih tak ke mana-mana pun lagi.
Aku setakat berjaya khatamkan Quran je kat sana.
Tapi kat sana dorang bukan sahaja pratikkan Quran tapi mengajar Quran!
Ramai-ramai duduk mengajar, mendengar, belajar.
Ya Allah, besarnya saham dorang ni mengajar kebaikan.

Until setahun lebih yang lepas aku join group kelas agama.
Barulah aku nampak rupanya aku ni memang belum apa-apa pun lagi.
Setakat pakai baju longgar, berstokin. Rasa macam dah habis baik dah ni.
Rupanya dorang lagi teliti jaga aurat.
Aku setakat baca Quran 2 helai setiap kali lepas solat. Dorang 2 minggu khatam sekali!
Allah, rasa kerdil sangat-sangatnya.

Apa yang aku buat dah jadi rutin dorang sejak bertahun lama dah.
Bagi dorang benda tu dah jadi rutin tau tak? Rutin. Maknanya benda biasa.
Aku tengok dorang fokus blaja bahasa arab, tafsir Al Quran, perbaiki mahraj dan hafazan.
Waktu tu hafazan aku masih taraf budak skolah rendah padahal umur dah nak masuk 40.
Ilmu fiqah lagi ke laut. Ilmu tauhid tak kukuh mana.

Haaa kau.
Baru mendapat aku bila masuk grup tu.
Barulah nampak oh aku ni belum apa-apa pun lagi rupanya.

Silap aku adalah selama ni aku berada di kalangan orang-orang yang sama level macam aku.
Apetah lagi bila sesekali berada di kalangan those yang 'teruk', nampak lah aku palinggggg baik.
Bila nampak diri lebih baik, maka aku takde peningkatan. Takde usaha nak perbaiki diri.
Aku rasa apa yang aku dah buat ni dah bagus sangat. Cukup dah.
Bila berada dalam kelompok dorang barulah nampak oh jauh lagi aku ni. Umpama perjalanan dari Subang ke Perlis, aku baru sampai Bukit Jelutong je haaa menjak bertahun yang lepas. Ingatkan dah jauh dah.

Masalah orang-orang yang mengutuk Neelofa ni aku rasa itulah.
Dorang membandingkan diri sendiri dengan Neelofa lalu merasa diri lebih baik.
If only dorang masuk dalam kelompok yang jauh lebih baik, sure dorang rasa malu dengan apa yang dorang katakan.

Bukan aku nak menyokong perkara yang salah. Perkara salah tetap salah.
Tapi bagaimana kita mengendalikan perkara salah itu yang harus diperbetulkan dulu.
Boleh jadi kita yang menilai orang dengan salah.

Dalam keadaan yang nampak serba "buruk" macam ni, aku nampak satu kualiti baik pada Neelofa yang mungkin ada yang terlepas pandang.
Dia seorang anak yang taat pada ibubapa.
Nampak sangat apa-apa pun dia dulukan famili. Dan famili bonding dia sangat kuat.
Obviously dorang support each other.
Belum tentu lagi kita-kita yang cakap banyak ni ada support system macam tu. Entah-entah kita dengan keluarga pun saling berdengki.
Mungkin itulah penyebab dia berjaya sebab dia jaga hubungan dia dengan keluarga.

Satu bentuk penghargaan kepadaNya adalah membiasakan diri untuk selalu ada prasangka baik kepada semua orang. Ini mandat Allah.
Usahakan dengan segala kekuatan untuk lepaskan prasangka buruk dalam hati.
Kita tak kenal dia. Kita kenal dia melalui media je. Kalau kita benar-benar kenal dia, lain cerita.
Tapi 99% yang 'tegur' ni bukan kenal dia pun.
Kalau kita kenal dia, nescaya kita tak tegur dia dengan cara menghina.
Disebabkan kita tak kenal dia la maka kita berkasar dan kita hembus je apa nak cakap sebab kalau dia sakit hati pun kita pedulik apa, kan?




Semalam ramai yang mintak semakkan balance point kat both Whatsapp and Live Chat.
Jangan takut, kami memang boleh checkkan balance point.
And korang pun boleh check at your side untuk confirmkan samada tally ke tak.
WHATSAPP SINI atau Live Chat now!