2017-12-05

Happy Birthday



Last week, Khamis 30 Nov mak dah 78 tahun.
Mak tak ingat pun hari tu hari jadi dia.
Jarang belikan kek untuk mak sebab mak memang tak makan kek dan dia tak berapa suka sangat orang celebrate-celebrate macam ni untuk dia. Jadi, selalunya En Wan akan belikan hadiah je.
Tapi tahun ni sebab kebetulan Redza pun ada sekali, seronok la sikit nak celebrate sebab cukup korum.

Pagi tu kitorang laki bini ambik half day petang.
Gi lunch berdua, pastu carikkan hadiah mak and booking tempat untuk dinner.
Cari hadiahnya tak seberapa, mentekedarah je yang lama kitorang ni.
Tahun lepas En Wan hadiahkan beg tangan, so tahun ni dia belikan beg duit pulak.



Dengan cucu-cucu yang dia bela.
Dari kecik sampai sekarang masih tido sebilik dengan nenek lagi. Katil je asing-asing.


Makan kat restoran feveret mak - Absolute Thai.
Kitorang kalau nak umpan mak keluar berjalan memang akan pi sini.
Kalau tak, mak susah sangat nak bergerak. Dia lagi suka duduk kat rumah.
Jadi, kalau nak paksa mak berjalan dengan cara halus, kitorang ajak makan kat sini.
Kalau pi sini mak punya feveret dish - kerabu suhun (glass noodle).
Memang best gila! Tapi siaplah dia punya pedas nak matiiii.
Mak yang kuat makan pedas pun sampai satu tahap givap nak makan suhun tu sebab pedas gila. Tapi sedap. Walaupun halfway dah givap tapi everytime datang tak pernah serik-serik nak order lauk tu lagi.

Sebelum sampai ke sini, kitorang singgah beli mkek dulu kat Berry's.
Kek ni pun mak suka.
Bulan 8 hari tu aku beli kek ni untuk besday Mak Aji. Mak jarang nak layan kek. Tapi disebabkan kek ni rich dengan fruits atas and dalam kek (dalam kek pun ada hirisan peach okeh), dia jadi suka. So aku belikan ni.

Dia tanya "Nape beli kek?"

Aku cakap Redza nak makan kek.
Aku tau mak tak ingat punya hari tu besday dia.



Yang belakang tu jugak untung.
Dari kecik sampai ke tua duduk dengan mak. 



Kalau pi sini menu memang dah tetap. Jarang berubah. Sebab masing-masing dah ada feveret dish.

En Wan - ikan kerapu sweet sour. Nama dia nak tukar sesekali ke siakap stim memang tak la. 

Mak - kerabu suhun.

Redza - crispy squid.

Rayyan - ayam pandan.

Aku - bedal semua.

Tomyam tu menu wajib.
 Masuk kedai Thailand tapi tak order tomyam memang tak cukup Thailand la kau.



Sangat fotostet sekali muka mak dan anak beliau.

En Wan selalu kata macamana sekalipun dia sayang mak dia dulu baru aku.
Eleh, dia ingat aku kecik ati la tu. Ingat aku sayang dia dulu ke?
Aku pun sayang mak aku dulu la. Mbhahahaha.



Yang kat sebelah aku tu pun dah janji katanya nak sayang aku dulu.
"Adik sayang mama first sampai hundred".
Nampak tak, nampak? Matila makan ati bini kau dapat sayang yang ke 101.



Esoknya pulak, 1 Disember balik Bangi celebrate besday Jannah, Mirza and Rayyan tumpang sekaki.
Aku malas nak beli kek lagi sebab baru semalam beli kek untuk mak. Karang penuh eskbok aku dengan kek. Jadi aku beli KFC je sudey.

Kek ni sumpah sedap!
Ima order from kawan dia time skolah rendah dulu.
Serius kek dia sangat sangat sangat sedap. Aku dengan tak malunya ambik separuh tapau bawak balik rumah sebab nak suruh akak ipar and anak-anak sedara En Wan rasa.
Dorang kalau hujung minggu memang datang rumah aku so aku nak bagi dorang rasa kesedapan kek ni. Cekelat-cekelat kat atas ni pun sedap.

Kalau korang nak makan exactly the same kek, kau wasap/call nombor ni 0192291413, ask for "Choc Fudge half berries/choc". IG dia @baking_purr.
Sumpah sedap! Bayangkan aku yang tak boleh makan sebarang-sebarang cekelat pun boleh suka ngan kek ni?



Pastu, sehari sebelum tu aku suruh Ima tanya kawan dia yang buat kek ni boleh tak buatkan bergedil tauhu. Now sana-sini orang dok jual bendalah ni. Aku pernah beli dah untuk besday Rayyan hari tu tapi aku tak dapat makan. Teringin pulak nak rasa. Tapi Ima kata kawan dia buat kek je.
Hmmm, takpelah. Nak order rasa macam suntuk sangat.
Eh rupanya Mak Aji hari tu jugak dia gugel resepi and buatkan.
Mak Aji buat begedil udang lagi kau. Kerlassss.
Sedap ya ampun. Orang lain cicah dengan sos Thailand, aku cicah dengan sambal kicap lagi terangkat.



Lepas tu Mak Aji buatkan mee Singapore.
Mee Mak Aji ni sejenis yang tak boleh dibuat jual sebab dia kalau buat mee goreng memang binatang lagi banyak dari mee. Rugi kalau buat jual. Boleh buat makan-makan sendiri je.



Seperti yang dijangka, memang ini yang habis dulu.
Dari dulu pun kalau Siti yang buat sandwich memang sandwich yang settle dulu.
Siti ni memang pandai masak. Sambal nasik lemak dia memang umphhh.
Kalau dia buat sandwich pun sandwich dia memang kitorang akan capai dulu.
Aku rasa dia ni kalau buat bisnes sandwich pun dah cukup. Takyah buat lain.



Tapi aku lagi terer. Tunjuk je dah siap.



Yang celebrate utamanya yang ni - Jane a.k.a Jannah.
4 Disember genap 8 tahun. Tapi celebrate awal sebab bapak dia nak balik ke JB semula, keje.
Dorang semua tinggal lagi kat Bangi sampai hujung bulan karang baru balik JB.



Tapi sekali harung la 3 orang sekali potong. Jimat.



Kitorang anak-beranak celebrate besday dengan tema Superheroes gitew.
Walaupun aku tak minat, tapi layankan ajelah.
Sebenarnya pagi tu gi GM Klang nak cari beg skolah Rayyan.
Sekali kat tingkat atas sekali Redza terpandangkan kedai jual baju seuperheroes. Dia minat pulak dengan baju Ghost Rider tu. Bapak dia pun terjebak sekali beli Wolverine.
Pastu kalau beli 3 dapat diskaun, tu yang aku pun dia belikan sekali. Wonder Woman versi muslimah.
Rayyan takde size, jadi dia pakai baju lama.
Tapi baju Rayyan jugak yang menyerlah.
Mau tak, dia punya baju RM150 selai.
Mak bapak dia RM25 selai. Made in China lak tu. 

Gambar ni nampak macam kena crop kan?
Padahal bukan aku yang crop tau tapi tukang ambik gamba ni yang cropkan siap-siap (Ima).



Gambar asalnya ni. Hahahahaha.
Kesian si Mirza. Mak dia crop gamba dia.

Masa kitorang nak bergambar berempat sekali Mirza datang diri kat sebelah. Aku cakap takpela, ambik je gambar dia sekali apa salahnya. Mak dia ye ye je suruh anak dia cheese cheese padahal dia tak ambik pun gamba anak dia. Mangkuk betul.
Takpelah, biar gamba ni aku tepek kat sini buat kenangan Mirza esok besar biar dia tau mak dia pedajal dia. 





Untuk yang beli Basic Value Pack, lebih-lebih lagi yang pertama kali cuna GC with NJ.
Kalau terasa konfius mana satu nak ambil, boleh refer kat gambar atas ni.

Hari dah 5 Disember ya.
Kita tutup offer free pos ni pada 9 Disember.
Jangan sampai terlepas peluang ni.
Hanya RM149 free pos.