2017-12-04

35% je pun...?



Tanjat ai bila tengok info ni tadi.
Now SBP pun dah start buat interview untuk kemasukkan ke skolah berasrama rupanya, ingatkan MRSM je.

Hanya 35% je dari UPSR, selebihnya diambil dari kemahiran bercakap dan pengetahuan am.

Maknanya kat sini bukan semua yang dapat straight A's tu diserap ke SBP, tapi kalau dapat 6As memang ada kelebihan. Paling tak, nama kau dah tersenarai layak untuk diinterview.
Jangan pulak ada parents yang kata "Hah tengok! 6A pun belum tentu masuk SBP".
Bukan macam tu maksudnya ya.
Sebab memang ada parents yang excited bila news macam ni keluar. Mula memperlekehkan usaha anak-anak yang dapat straight As.

Syaratnya memanglah 35% je diambil dari keputusan UPSR selebihnya kemahiran bercakap dan pengetahuan am.
Tapi boleh jadi semua yang dapat 6As tu pengetahuan am-nya tinggi.
Jadi, tak mustahil walaupun syarat mengatakan 35% dari UPSR tapi kesemua yang diserap masuk adalah dari kalangan yang dapat 6As.

Ni tak. Bila news-news macam ni tersebar ada jugak mak bapak yang kata "Ha, tu la kan dah kata. Straights As pun tak kemana!"

Sabaq kak. Sabaqqqq.
Perlu fahamkan apa yang tersirat disebalik yang tersurat.
Walaupun "JUST 35%" je dari UPSR, tapi 35% tu banyak tau tak.
Itu menunjukkan sekarang ni dorang nak ada keseimbangan dari segi setiap aspek.
Bukannya akademik tu tak penting kak oiii.

Last year time Redza pun macam ni.
UPSR is UPSR lah.
Bila nak masuk MRSM kena lalui 2 lagi ujian.
Ujian pertama - ujian berkomputer. Yang ni soalan KBAT macam soalan UPSR.
Ujian kedua - interview.

Masa Redza keluar dari bilik interview aku tanya apa yang ditanya?
Redza kata dia suruh kenalkan diri (in english sebab IGCSE).
Lepas tu dia pandang lencana skolah Redza (Redza interview pakai baju skolah rendah) and mintak Redza elaborate tentang lencana sekolah.
Dia nak tengok kemahiran bercakap dan kepekaan kita tentang sekeliling.
Jenuh la 2-3 hari sebelum tu kitorang cerita kat Redza tentang sejarah Malaysia la, politics la, global issues. Berbuih la anak-beranak speaking sebab nak biasakan Redza dengan terms-terms yang mungkin dia belum pernah dengar. Last-last dia dapat soalan lencana skolah.
Pastu aku tanya Redza, "Abis boleh jawab tak?"

"Boleh sikit. Ada yang Redza terlupa pasal lencana ni tapi Redza goreng je asalkan fluent".

Ok, nasib baik kau paham konsep interview ni.

Parents, please jangan perlekehkan anak-anak yang dah berusaha dalam UPSR.
Jangan kata 6As tak penting.
Yes, 6As bukan segalanya tapi jangan nafikan kelebihannya.

Some parents gunakan pendekatan menyedapkan hati anak-anak (or maybe hati sendiri) dengan memperkecilkan kelebihan yang ada pada orang lain.

"Dapat 6A tapi solat malas, buat apa?"

Aku zaman skolah rendah pun liat nak solat.
Tapi disebabkan keputusan bagus UPSR aku layak masuk SBP dan di skolah tu lah aku belajar untuk rutin bersolat.

"Dapat pointer tinggi-tinggi tapi takde keje jugak, buat apa?"

Setidak-tidaknya kalau pointer bagus, boleh convert loan jadi scholar. Tak terbeban dengan hutang pelajaran. Dah setel satu masalah. Daripada kau dapat keje tapi hutang blaja tak bayar-bayar pun. Got it?

Semua benda ada kelebihan.
Kejarlah kelebihan tu.
Kalau tak dapat kejar, jangan perkecilkan.

p/s : Good luck untuk semua calon MRSM yang interview today and esok :)




By the way, offer Basic Value Pack ni kita dah tutup 30 Nov lepas (Khamis).
Tapi hari ni bukak balik atas permintaan dari customer-customer yang katanya gaji masuk 1 haribulan. Ada yang masuk 7 haribulan. Ok, kita bukak balik offer ni hari ni sehingga 8 Dis.
Jangan terlepas pulak ok?