walk on wings, tread in air: Toksik <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Toksik
2017-12-02

Orang-orang toksik ni wajib kita avoid at all cost!

Serious, no joke.

Semalam kan free tak keje.
Aku pun malas nak baca buku, hajat di hati tu nak membalas komen-komen kat IG yang dah lama aku tak respond.
Sekali terjebak pulak tengok video demi video kawen si Fattah Amin and wife.
Oh rupanya banyak video and cerita orang buat pasal kawen dorang ni. Kat paper pun dah keluar.
Tapi sebenarnya lagi best baca komen.
Komen-komen semua alhamdulillah sweet sweet. Ramai yang mendoakan pasangan ni. Aku pun amin amin kan sambil baca.

Tapi ada la jugak 3% yang tak move on move on lagi.
Dah kenapa aku tak tau sakit hati sangat dengan Fazura tu.
Segala sejarah silam Fazura tu kau nak korek balik. Aku yang tak tau menahu pun jadi tau.
Padahal semua orang ada sisi gelap masing-masing. Tinggal lagi kita ni tak dikenali jadi takde sape nak kecohkan.

Pastu ada yang pertikaikan sape lagi cantik.
"Si A lagi cantik dari Fazura".

Dik, ini bukan pertandingan ratu cantik. Tak kisahlah kalau ada yang lebih cantik pun.
Ini bukan soal siapa lagi cantik tapi siapa yang dia pilih sebagai isteri.
Kalau tak cantik sangat pun takpe janji dia nak ambik jadikan bini.

Hanya sehari baca komen-komen macam ni, aku dah jadi panas hati.
Terasa sekitar aku semua cas-cas negatif. Serious, badan jadi lemah, mulut terasa nak melahar.
Oh no no nooooooooo.
Karang jenuh aku nak mengingat hafazan.
Stop baca, and now aku nak menulis tentang toxic people.

Sesungguhnya kalau kita melayan any negative news (walaupun kita tak terlibat tapi kita mendengar cerita je), tak banyak sikit kita akan dapat tempiasnya.
Paling tak, kita akan rasa stress.
Masa aku buat presentation pasal neuron, aku banyak baca pasal ni.
Aku memang minat gila info tentang neuron.

Stress boleh bagi impak yang berkekalan kepada otak tau tak.
Kalau kau terdedah dengan anything yang memberi tekanan even beberapa hari je pun, dah cukup untuk rosakkan keberkesanan neuron kat kepala otak kau, to be precise, kat area otak yang bertanggungjawab untuk alasan dan ingatan.
Ko just imagine kalau hari-hari kau lepak baca/dengar gossip, tu belum lagi kau berdepan stress dengan manusia one-to-one. Just dengan dengar/sembang gossip je pun dah boleh rosakkan neuron kepala otak tu. Sebab tu kebanyakkan orang yang suka bergossip kepala otak tak betul sikit.

Of cos dalam hidup bermasyarakat kita tak boleh avoid terus benda-benda negatif macam ni.
Tapi kita boleh atasi.
Caranya adalah pilih lingkungan (kawan-kawan).
That's why orang kata 5 orang yang paling rapat dengan kita, yang selalu kita habiskan masa bersama, yang selalu kita share apa-apa - adalah orang-orang penting yang akan mempengaruhi emosi and stress level kita.
If you allow one of them to be toxic, kau tengoklah nanti 1 orang tu boleh mempengaruhi 4 orang yang lain.
Sebab benda toxic sangat 'beracun'. Walaupun dia sorang je yang meracun, orang sekeliling mesti kena tempias.

Tapi kita kena tau which one yang annoying, which one yang payah nak handle dan mana satu yang memang bangsa toksik.

Toksik-ians yang korang perlu avoid :

1. Gossipers
Ini yang paling paling paling kena jauhkan terus.
That's why dia duduk kat nombor satu. Paling bahaya.
Macam aku baca IG semalam. Ada sorang tu kat ruangan komen bukak gossip pasal siapa Fazura yang dulu (ntah betul ntah tidak). Pastu semua start korek sana sini, tanya "Eh betul ke dia dulu bla bla bla bla...".
Aku macam dah kenapa kau tetiba bukak hal gosip lak ni? Takde kena-mengena kot dengan status and gambar. Orang tu dah selamat bahagia, kau tak move-move on lagi dari kisah silam 10-14 lepas? Eh kesiannya.
Seriously, orang macam ni bersepah kat keliling kita.
Please stay away, far away.
Orang-orang macam ni selalunya ramai kawan sebab dorang master manipulators.
Dorang cari kawan baru dengan cara bergossip tentang orang lain so that kau rasa elevated. That's how it starts out.

2. Kuat temper.
Ni pun sejenis toksik jugak. Bangsa yang dia punya temper je dia kira, aku punya temper dia tak kenal lagi. Selalunya jenis ni once kita dah kenal, susah kita nak jauhkan diri sebab kalau kita menjauhkan diri, nanti dia punya temper datang menyusahkan orang lain pulak. Nak tak nak, kita terpaksa hadap. Siapa yang pernah ada boifren saiko atau girlfren dari neraka memang paham sangat lah spesis ni punya temper macamana. Serik!

3. Mangsa keadaan.
Kadang-kadang spesis macam ni boleh jadi toksik juga. Mula-mula kita rasa kesian sangat dengan kisah-kisah dia yang menjadi mangsa keadaan. Tapi makin kita kesian, makin naik lemak pulak dia. Ujung-ujung semua benda nak kena dibantu. Alasan - dia mangsa. Don’t under estimate how far these kind will go okeh. Spesis ni just nak attention for themselves. Aku pernah jumpa spesis ni di kalangan 1-2 orang readers. Tried to help but ujung-ujung aku realized the best is not to entertain them tapi doakan saje moga terima petunjuk yang lebih baik. Boleh jadi apa yang aku nasihatkan tak betul-betul bagus.

4. Penjeles tegar.
Untuk penjeles, the grass is always greener somewhere else.
Macamana hebat pun nikmat yang dia dapat, tetap dia akan bandingkan diri sendiri dengan orang yang jauh lebih hebat. Orang macam ni selalunya dia nak dia sorang je best, orang lain best tak boleh. Kadang-kadang apa yang orang lain dapat tu dia dah dapat dapat 10 tahun lepas tapi dia tetap nak jeles jugak. Kalau boleh apa yang dia penah dapat biar dia sorang je dapat baru pueh ati.

5. Talam dua muka.
Yang ni tricky sikit. Sebab dorang berkawan dengan kau. Dia tau kau suka apa, kau minat sape, kau suka makan apa - but dorang gunakan semua info ni untuk hidden agenda. Perhatikan mana-mana orang yang rapat dengan kau yang liat nak give tapi always nak take, boleh jadi itu potensi talam dua muka


Memang nobody's perfect.
Cara yang paling baik adalah cari yang baik pada orang lain dan cari yang jahat dari diri kita sendiri.
Tapi kuncinya kat sini adalah untuk identify spesis-spesis ni sebelum dorang ni 'conquer' pemikiran kita. Sebab, once kita dah 'dikawal' oleh pemikiran dorang ni, maka jangan terperanjat one day ciri-ciri kat atas ni akan jadi salah satu habit kita pulak.

Tapi kau pun janganlah agresif sangat sampai nak putus kawan.
Asalkan kau jangan melayan je dah. Agak-agak half way dia bercerita tu dah nampak hawa-hawa nak bergossip kau cariklah alasan pi tempat lain. Tak pun time dia bercerita tu kau "Oh ok...ok....i see". Jangan buat statement atau soalan yang membuatkan dia sambung cerita tu. Dia pun manusia jugak, dia boleh perasan kalau kau tak berminat nak melayan. Lama-lama nantu dia sedar sendiri yang kau tak suka cerita dia.

posted by aveo757 @ 9:27 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER