3 November 2017, Rayyan genap 7 tahun.
Dah makin panjang si jendul ni.
Alhamdulillah, akhirnya stop jugak dia minum botol :).
Sama macam Redza. Redza pun benti botol masa Darjah 1.
Tahun ni kitorang tak belikan dia apa-apa hadiah pun, sebab dia tak mintak. Jadi aku pun malas nak bertanya dia nak apa. Jimatttt.
Lagipun tahun ni dia beria request nak celebrate birthday kat sekolah agama. Agaknya dapat celebrate kat sana dah kira hadiah la tu, tu yang tak teringat nak mintak kat makbapak hadiah.
Dah sebulan dia mengangkang je keje siang malam main henfon sebab exam sekolah dia start 6 Oktober lagi.
Anak-anak orang lain baru lepas exam, kan?
Dia dah selamat awal bulan Okt lagi. Kalau nak monteng pun boleh sangat, tapi aku tetap hantar dia ke sekolah jugak sebab kalau duduk rumah kejenya menhadap iPad siang malam.
Ni Khamis depan Redza balik cuti terus, besar harapan Rayyan pun start lah cuti awal.
Dia mana boleh, asal abang dia cuti je dia pun nak cuti.
Macam tahun-tahun sudah, aku akan order makanan untuk hantar kat skolah.
Ini tauhu bergedil.
Dari blog reader juga, nama Emma.
Aku tak tau apa rasanya, tapi nampak macam sedap. Dia kata berhedil boleh pilih antara nak daging atau ayam. Aku pilih ayam. Tauhu bergedil ni makan dengan sos macam sos yong tau foo.
Sekotak RM35. Aku order 2.
Kalau berminat, boleh call Emma : 010-419 0087.
Dari zaman Redza sampailah ke Rayyan.
Makanan aku akan order kat blog reader Zareena.
Hari tu aku order mihun untuk 20 pax. Tapi kau tengok mee dia penuh sepaket. Aku syak sekotak tu boleh bagi 2.
Aku order nugget 20 batang, sebatang ada 3 (pemalasnya lah aku ni nugget pun nak order).
Pastu sandwich telur sekotak dan apam pisang sekotak.
Masa aku datang skolah Rayyan untuk hantar kek, makanan ni semua dah sampai.
Ustazah kata banyaknya aku hantar. Selalunya orang hantar kek je.
Aku kan suka makan. Sebab tu aku suka order makanan. Walaupun bukan aku yang makan, tapi macam best je tengok orang enjoy makan-makan.
Kalau berminat nak order dengan Zareena, boleh call nombor kat gambar tu.
Ni goodie bags untuk kawan-kawan skolah agama.
Kali ni takde makanan apa pun, sebab aku dah order banyak makanan.
Kita bagi stationary set sorang satu. Ada pensil 2 batang, ruler, sharpener, eraser, notebook and 10 batang kaler pensil. Semoga mak bapak dapat sedikit penjimatan sementara nak tunggu skolah bukak balik tahun depan. Anak aku punya dah jahanam dah. Tak sempat nak tunggu skolah tutup pun.
Siapa follow FB aku mesti tau kisah aku order kek tahun ni kat Beryl's.
Kali ni En Wan bayar kek.
6 tahun punya besday anak aku bayar, tahun ni kita serahkan dia yang bayor.
Aku memang benornya malas nak serahkan tanggungjawab buat besday party anak atau belikan apa-apa makanan untuk any majlis kepada En Wan.
Aku tak tau la ni penyakit laki aku sorang ke atau semua laki pun gini.
Kalau bab makanan asal ada je.
Takyah beli kek, bukan budak-budak tu tau pun.
Takyah buat party, dorang bukan ada kawan pun.
Takyah order makanan, masak je. Pastu pandang muka aku.
Hoih, kem salam aku nak masak. Aku nak masak untuk makan aku ngan dia pun malas, lagikan nak suruh aku masak untuk 40-50 orang. Jangan harap.
Tahun ni, aku ajak dia pi order kek Rayyan kat Beryl's, supaya dia tak terkujat sangat lah bila membayornya sebab kek kat sini tak mahal sangat pun. Tapi sedap.
Bila kena bayar RM146 untuk sebiji kek dah terperanjat.
"Apesal mahal eh?"
Aku diam kan aje.
Dia ingat kek yang aku beli untuk budak-budak ni selama ni RM59.90?
Nak kek cantik and sedap, harga pun sedap la kan.
Disebabkan dia dah terperanjat kena bayar RM146 untuk kek, aku malas nak cakap aku nak order makanan and goodie bags. Aku senyapkan je. Tau-tau je benda dah ada. Bila dia tanya "Berapa semua awak order ni?"
Aku jawab "Kalau nak tau harga, kena bayar balik. Kalau rasa taknak bayar balik, takyah tanya".
Tau pun diam.
Hahahaha.
Birthday Rayyan yang pertama.
Aku tempahkan sekali untuk Redza, Mirza and Jannah.
Birthday Rayyan dua tahun.
Sama, sekalikan dengan Redza.
Tapi masa ni aku buat birthday time open house raya jadi aku sibuk layan tetamu lupa nak snap gambar kek sebelum potong. Ni je la bukti yang tinggal.
Tahun ketiga. Masih celebrate dengan abang Redza.
4 tahun. Dah skolah masa ni. Jadi, hantar kek kat skolah je.
5 tahun. Ada 2 kek. Mula-mula nak celebrate ngan family. Beli kek Berrys.
Pastu tetiba nak celebrate jugak kat skolah. Terpaksa order lagi belah kanan.
Umur 6 tahun. 2 kek jugak.
Belah kiri celebrate kat skolah. Pastu belah kanan celebrate dengan Jannah kat Bangi.
Ada harapan cuti skolah ni Jannah balik Bangi, aku bakal order kek lagi untuk Rayyan.
Kek 2 hari lepas.
En Wan bayor. Hahaha.
Sesungguhnya dia tak tau berapa aku dah perabis untuk kek anak dia selama ni.
Tahun depan tobat dia takkan masuk campur dah birthday anak.
Aku harap Rayyan punya demand nak kek ni sampai umur dia 9 tahun je la.
Pastu umur 10 tahun sila jadi macam abang dia celebrate pun taknak.
By the way, semua pembelian Nutrijuice pakej khas untuk pembaca blog tu, ada yang sempat dipos Jumaat lepas, ada yang kitorang akan pos Isnin (esok) sebab memang lepas aku naikkan form tu, order masuk dah petang sangat. Pos Laju dah pickup dah.
Jadi, kita akan pos esok.
OFFER SEHINGGA ESOK MALAM SAJA.
Boleh baca previous entry kenapa aku offer pakej tu.