2017-11-06
Kawan dan lingkungan
Sebenarnya Jumaat lepas aku nak up pasal entry ni.
Entry tentang kawan.
Yang ni susulan dari entry tentang siapa kawan kita mencerminkan siapa diri kita.
Aku takde plan nak elaborate further pun tapi aku dapat quite banyak email lepas up entry tu.
So aku rasa nak explain sikit. Bukan apa, takut ada orang salah faham dan kecil hati pulak.
Kawan yang baik tu adalah kawan yang bila kita ada masalah, dia tolong.
Bila kita bercerita, dia mendengar.
Bila dia seronok, dia ingat kita.
Bila kita sedih, dia ikut sedih.
Ni kawan yang baik.
Aku ada kawan-kawan macam ni. Tak selalu jumpa, tapi dorang ada.
Ada yang kata kawan yang baik tak semestinya yang berpenampilan baik.
Yang penting hati mesti baik.
Betul juga.
Penampilan memang takde kena-mengena dengan akhlak.
Penampilan yang 'macam baik' tak semestinya datang sepakej dengan attitude yang baik.
Jadi memang takde kaitan penampilan dengan attitude.
Aku pun tak suka ada orang kaitkan penampilan baik mesti datang dengan akhlak baik.
Sebab anggapan macam ni la yang rosakkan imej Islam.
Bila kita dah set dalam kepala penampilan baik MESTI datang dengan akhlak baik, once sorang makluk buat taik, semua tak jadi nak ubah penampilan sebab semua pukul rata "Takyah pakai macam orang baik lah kalau akhlak tak baik".
Statement "Kawan-kawan saya ramai yang tak tutup aurat tapi hati dorang lagi baik dari some yang menutup aurat" - is not totally right.
Jangan tawar-menawar dalam soal ni. And don't be too proud laungkan statement tu.
Sebab hati kita sifatnya berbolak-balik.
Dulu, zaman-zaman rambut mahogany, pernah ada reader email bagitau "Saya suka Kak Di. Walaupun Kak Di sexy, tapi Kak Di buat hal sendiri, tak mengutuk orang".
Aku rasa kan, imej aku dulu sedikit sebanyak bagi 'keyakinan' kat ramai pembaca bahawa nak jadi orang baik tak perlu berpenampilan baik. Cukup dengan hati and kelakuan.
Walaupun aku tak nyatakan secara bertulis, tapi some reader dah anggap macam tu sebab dorang melihat aku sebagai contoh.
Secara tak sedar aku sebenarnya dah create satu persona yang buatkan orang rasa berpakaian macam aku tu takpe sebab contohnya ada - dia pakai macam call girl, tapi dia baik. Haaa, gitu.
Teringat masa Siti Nurhaliza mula-mula bertudung dulu kan dia pakai macam selendang sarung tapi jambul terkeluar.
Pastu orang kecam dia apesal pakai tudung macam tu.
Then dalam satu temuramah dia kata something like this "Saya tak suruh orang ikut saya pakai macam ni. Saya pakai macam ni sebab buat masa ni saya selesa begini. Kalau nak ikut, ikut macam akak kat depan ni (tunjuk someone). Yang akak ni pakai betul".
Bahaya juga sebenarnya jadi 'role model'.
Blogger, instafemes, celebrity.
Kat situ dah nampak walaupun kita takde niat nak suruh gaya kita jadi ikutan, tapi bila orang dah suka, dia akan ikut.
So, berbalik pada penampilan baik tadi, yang menutup aurat belum tentu tak akan buat dosa, tapi dah pasti mengurangkan dosa.
Yang menutup aurat belum tentu lagi akhlaknya dah sempurna, tapi ia akan sempurna melalui proses setelah dia menutup aurat. Seiring dengan istiqamahnya dia menutup aurat, insyaallah Allah beri jalan kepada kebaikan selagi dia berusaha menjadi yang lebih baik.
Yang menutup aurat belum tentu solehah, tapi yang solehah dah tentu menutup aurat.
Menutup aurat bukan claim diri "Aku dah jadi baik" tapi cuma "Aku nak blaja jadi taat".
Aku ni pernah je orang perli "bajet ustazah".
Tapi takpelah, daripada dia kata aku "bajet bosia" baik dia kata "bajet ustazah", kan?
Kata-kata tu kan doa. Manalah tau esok lusa aku betul-betul jadi budazah.
Kawan yang baik tu ada ciri-cirinya :
Kalau jumpa dia, kita jadi ingat kat Allah.
Kalau dengar percakapannya, kita dapat ilmu dan menambahkan amal kita.
Kalau lihat perilakunya dan penampilannya, kita ingat akhirat.
Jadi maksudnya kat sini, penampilan yang baik belum tentu carry akhlak yang baik.
Tapi kalau akhlak dia baik, dah tentu penampilannya juga baik, betul tak?
Macamana nak dapat lingkungan/kawan-kawan yang baik?
Jawapannya - ubah diri sendiri.
Aku pernah tulis dalam satu entry dulu.
Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah diri sendiri.
Bila kita ubah diri, persekitaran kita turut berubah sama.
Mana mungkin kita nak persekitaran yang baik dengan cara memaksa orang berubah.
Kita yang kena berubah dulu.
Caranya, samada kita cari lingkungan yang baik untuk ubah diri atau kita ubah diri dulu nanti kemudian kita akan jumpa lingkungan baik-baik.
Salah satu kurnia terbesar Allah adalah bila diberikan kita persekitaran/lingkungan/kawan-kawan yang membawa kita semakin mendekatiNya.
Kalau nak cari salah orang tak payah tunggu kurnia Allah. Itu memang kita semua pakar.
Setakat nak cari silap orang, tak payah sekolah pun boleh buat.
Tapi kalau kita boleh melihat kekurangan diri, itulah kurnia Allah yang sangat berharga.
Dan selalunya kurnia ini hadir bersama-sama kawan-kawan ada ciri-ciri kawan yang baik tadi.
Kawan-kawan yang baik akan membuatkan kita nampak kelemahan diri.
Kawan-kawan yang kurang baik akan membuatkan kita seronok lihat kelemahan orang dan lupa diri sendiri pun ada kurangnya.
Tapi secara jujurnya kan, kalau akulah, aku lebih suka aku yang mencari kawan yang boleh bimbing aku.
Sebab nak ubah diri tu sendiri tanpa 'mentor' tu susah.
Aku sendiri tak tau apa yang aku nak diubah sebab rasa macam aku dah ok je.
Bila berada dalam lingkungan dorang ni, barulah sedar banyaknya kurang kat diri.
Dulu rasa solat 5 waktu tu dah habis hebat sebab kita spesis solat fardu dah biasa lompong.
Rupanya dorang solat sunat lagi banyak rakaat dari solat fardu.
Dulu rasa selawat 10 kali sehari tu dah habis baik.
Rupanya dorang selawat 1000 kali sehari.
Dulu rasa baca Quran setiap hari tu dah bagus sangat.
Dorang setiap kali solat rutin hafal 5 baris ayat selama 30 minit. Sebulan dua dah hafal satu dua surah.
Dulu sedekah RM50 dah proud.
Rupanya ada yang lebih banyak sedekah dari belanja untuk diri, tapi relax je tak bangga pun, malah masih rasa kurang bersedekah.
Lama-lama nampak dah oh rupanya aku ni jauh lagi.
Dulu ingat dah banyak sangat yang aku buat. Rupanya ada yang buat lagi banyak.
Sebab tu bagus ada lingkungan/kawan-kawan yang membuatkan kita nampak "Oh aku banyak yang kurang rupanya".
Jangan ingat set-set ni tak sarkastik tau.
Some of them menyampaikan ilmu dengan cara yang 'pedih'.
Tapi kadang bagus juga bila dapat ilmu dengan cara pedih ni sebab dia macam 2 in 1.
Pertama, bila kau sentap dan sabar, dosa kau akan gugur.
Kedua, bila kau sentap, kau akan memperbaiki diri.
Contoh yang buatkan aku join hafazan bila ada satu masa tu someone tanya "Ustaz, kalau anak-anak kita hafal Quran, betul ke dia boleh tarik ibubapa masuk syurga sekali?"
Ustaz tu jawab "Kita nak anak selamatkan kita je ke? Abis, kita taknak selamatkan mak bapak kita pulak?"
Adehhh. Masa tu terasa apesal panas je muka aku ni.
Walaupun pedih, tapi membuka mata hati untuk kita fikir balik apa dia cakap memang betul.
Kita suruh anak kita blaja ugama macam nak rak, tapi kita taknak join sekali.
Benda ni jadi depan mata aku.
Tahun lepas, masa kem tahfiz Redza, masa hari penyampaian sijil, ustazah ada bagi talk sikit untuk mak bapak.
Lepas tu ustazah ada baca potongan ayat dari surah Al-Mulk.
Style cikgu-cikgu kan dia suka baca halfway then dia pause untuk kita sambung ayat dorang, kan.
So this ustazah baca ayat 1 and 2 Mulk pastu dia mintak mak bapak sambung.
Ada la 2-3 orang yang boleh sambung.
Masa tu ustazah tanya "Eh, tak ramai ke yang hafal surah Mulk? Anak-anak semua kita ajar untuk hafal. Patut mak bapak dah lekat surah ni dalam hati".
Phewww, laksana boomerang terkena dahi. Pedih.
Ada yang ambik sebagai peringatan.
Ada yang ambik sebagai ancaman.
Terpulang pada kita nak anggap yang mana.
Sama la macam orang perli aku "bajet ustazah" tadi.
Kalau kita rasa benda tu buatkan kita down, kita akan down.
Tapi kalau kita anggap itu satu compliment, mudah-mudahan benar jadi budazah.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ (Al-Fatihah)
Tunjukilah Kami jalan yang lurus.
(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Paling kurang 17 kali sehari kita baca doa ni.
Kita minta Allah bagi pentunjuk.
Tapi kita lupa kadang-kadang petunjuk tu datang bukan dengan cara yang best.
Boleh jadi ia datang dalam bentuk sarkastik macam ustaz dan ustazah tadi atau kata-kata sindiran "bajet ustazah".
Semoga kita jadi manusia terpilih untuk baca hikmah yang tersembunyi.