2017-11-14

Majlis skolah anak-anak



Rupa-rupanya sekarang dah memang kebiasaan skolah buat majlis penyampaian hadiah (exam) kat dewan luar dari skolah. In fact ada yang dah start buat kat hotel.
Kalau skolah tadika buat kat hotel tu tak heran sangat sebab semua pun tau tadika ada yuran bulanan.
Yuran sekarang pun bukan sikit-sikit. Registration je dah RM1000. Tak heranlah kalau tadika buat konvo kat hotel sebab dia tau mak bapak semua mampu. Kalau tak mampu, takde la hantar ke tadika mahal, ye tak?

Toksah kata la "Untuk buat kenang-kenangan...".
Ye sangat kau punya kenangan.
Kalau setakat untuk buat kenangan, buat kat kantin skolah pun boleh.
Tapi semua pun tau, zaman sekarang orang suka sesuatu yang gah.
Sebab setiap 'gah' datang dengan statement 'aku mampu'.
That's why tadika berani caj mahal-mahal sebab dorang pun tau mak bapak takkan kisah punya kalau kena bayar beratus untuk majlis anak-anak.
Because nanti mak bapak jugak yang nak upload kat media sosial.
Barulah best kan majlis konvo anak gempak. Barulah orang tau kita hantar anak kat skolah mahal. ðŸ˜‚😂

Tapi kalau skolah kebangsaan buat kat hotel, yang ni rare.
Sekolah Rayyan buat kat Dewan MBSA Shah Alam pun aku dah rasa rare.
Ini bukan ke dewan Maharajalawak? Gila bapak besar oiii.
Terperanjat aku baca surat jemputan majlis buat kat Dewan MBSA.
Zaman aku dulu buat kat dalam kelas je.
Ambik 5-6 kelas, bukak pintu penyambung dia, hah terus jadi dewan. Penuh jugak mak bapak datang, siap ada yang berdiri tepi tingkap sebab kerusi tak cukup.

Bila sekolah kebangsaan pun dah mula buat majlis anugerah di luar sekolah dan mengenakan caj RM30/sekepala, mungkin akan jadi bebanan untuk some keluarga.
Takkan nak datang sorang je. Paling kurang mak bapak sekali datang.
Itu paling sikit. Kalau ada adik-adik lain nak ikut tengok abang ambik hadiah, dah kena caj lagi.
Penyudahnya, tak pergi lah semua. Senang cerita.

RM30 untuk sesetengah sekolah memang tak mahal.
Sebab tengok lah jugak sekolah tu di kawasan mana.
PIBG pun dah study rekod pelajar, mak bapak kerja apa.
Tapi kalau RM30 ni bagi time aku kecik dulu, jawabnya memang tiap kali dapat hadiah hujung tahun aku takkan datang la kot.

Tapi on the positive side, bila majlis-majlis begini dibuat kat luar sekolah, itu menunjukkan PIBG tau mak bapak di kawasan itu semuanya very supportive.
Jenis yang kalau mintak sumbangan laju je hulur.
That's why dorang tak kisah buat di dewan yang gah, sebab dorang tau mak bapak mesti support punya.

Macam skolah Rayyan, mak bapak memang very supportive.
Manjang ada program yang perlu keluar belanja, memang laju je dorang hulur.
Kalau majlis makan-makan ke apa ke, semua pun offer nak bawak makanan.
Termasuklah aku. Aku suka order makanan hantar kat skolah sebab aku kan pemalas masak. Order je la senang citer.
Maybe dari sini PIBG dah nampak takde hal lah nak buat kat dewan nun kat Shah Alam tu, sebab mak bapak mesti datang punya.

Macam skolah rendah aku dulu di Bandar Baru Bangi.
Kat situ tahun 80-an, kawasan perumahan ada flat, ada rumah setingkat, ada rumah 2 tingkat, ada semi-D, ada banglo.
Kat situ je dah nampak ada balance keluarga pendapatan kecil and besar.
Sebab tu skolah tak berani nak buat majlis gah-gah sangat. Mintak derma pun takut-takut je dulu.
Toksah kata orang lain la, mak bapak aku sendiri pun dulu pelik apesal kejap-kejap aku bawak balik kad derma.
Situ je dah boleh nampak keluarga aku kasta ke berapa. Hahaha.
Ada kawan aku, selamba je bapak dia bagi RM50 sebulan derma (dulu tetiap bulan bawak balik kad derma).
RM50 tahun 80-an besar weii.

Kat Putra Heights ni, rumah flat ada satu area, yang terasing sikit. Hujung nunnn. Aku tak pasti budak-budak tu skolah kat mana.
Lepas tu ada rumah 2 tingkat biasa, ada super double storey, ada semi-D, ada banglo, dan ada banglo gabak-gabak lebih gabak dari banglo yang pertama tadi.
Tahun 2004 aku pindah rumah pertama masih ada rumah harga RM250K.
Tahun 2009 aku pindah rumah sekarang, paling rendah RM500K dia offer.
Now 2017, aku rasa paling rendah rumah teres 2 tingkat RM800K, itupun lagi kecik dari rumah aku sekarang. Dah ada rumah harga RM5M kat sini.
Menjadikan aku antara yang 'miskin' kat Putra Heights ni.
That's why agaknya kat sini sekolah tadika mahal, dan skolah kebangsaan pun dah mula berjinak-jinak buat majlis kat dewan besar. Sebab orang nampak macam semua mak bapak kat sini have-have. Padahal sesak juga oii.
Tahun depan skolah Rayyan first time ada UPSR. Aku bajet tahun depan punya majlis konvo Darjah 6 buat kat hotel.



GreenAard dapat banyak review dari pengguna tapi kitorang always lupa nak berterima kasih dengan those yang hantar good review. Selalunya setiap review kita bgai 25 points.
Tapi kali ni, kita nak bagi special sikit kepada pengguna Makeup Remover.

Sekarang ni harga Makeup Remover RM65.
Kalau masuk pos RM6, jadi RM71.
So kalau korang tulis review di website, kita akan bagi a total of RM11 diskaun.
Korang akan dapat beli dengan harga RM60 only.
Takde tambahan kos pos lagi dah.

Caranya?

1. Klik link ni.

2. Scroll ke bawah sampai nampak ruangan review. Boleh baca review-review sekali kat situ kalau nak.

3. Klik pada button WRITE A REVIEW. Tulis review dan send.

4. Kita akan contact korang melalui email bila dah terima review. Kat email tu nanti kita bagi bank details.

Tak payah order kat website ya.
Tak dapat deduction pun kalau order kat website sebab diskaun ni valid selepas review dihantar.

Tarikh tutup 30 Nov.
Tapi offer ni limited kepada 60 botol saja.
Kalau habis, offer pun habis.