2017-11-15

Wedding Ajin & Fara


Jumaat lepas kitorang bergerak ke Singapore, cousin kawen.
Aku ngan Ima konvoi dengan kereta.
Pagi tu lepas breakfast kat bawah opis, around 9 pagi gerak.
Hiway ok je walaupun on-off hujan tapi tak lebat pun.
11.30 pagi dah sampai JB (ye, laki aku terbangkan kereta) tapi singgah Angsana dulu sebab nak cari baju melayu budak-budak ni.
Hari tu kawen cousin kat JB pun sama, cari baju melayu Rayyan kat Angsana.
Kali ni pun beli lagi kat sana sebab nak sedondonkan dengan mak bapak kekdahnya. Mujur ada size.
Harga pun ok je tak cekik darah. Maybe sebab dah habis raya kan, sape lah yang nak beli baju melayu that's why harga pun murah sikit.
Kitorang makan MekDi siap-siap lepas tu call Azrul bagitau dah nak gerak.
Dorang tunggu kitorang kat RnR Gelang Patah. Masuk 2nd link.



Kat RnR, Ima & Azrul dah sampai, dorang passkan white card untuk kitorang isi pastu zassssssssss masuk Singapore.
Mak Aji, Pak Aji, Siti & Ibal naik flight malam tu.
Kitorang angkut beg baju dorang je.

Sampai kat kastam aku macam pelik, eh ni ke imegresen? Awat lengang je ni?
Rupanya Azrul kata waktu kita masuk tu waktu orang tengah keje, memang takkan jumpa kereta berjujuk la kat situ. Phewww lega!
Ni first time aku lalu 2nd link.

Plan asalnya nak duduk Aranda Resort. Kiranya team from Malaysia semua akan duduk sama sebab bersanding buat kat situ jugak, jadi senang sekali jalan takyah susah-susah. Sebab yang bawak kereta cuma 3 family je. Kalau duduk situ senang sebab kat tepi tu ada tempat makan sekali.
Tapi ada masalah kat reservation jadi last-last semua pun duduk Geylang TriStar Hotel.
Lagi best rupanya duduk kat TriStar ni. Walaupun cuma 3 star je tapi syurga weiiiiii. Kat situlah port makan paling best kat Geylang.



Ni kat lobby hotel, tengah tunggu bapak-bapak settlekan check in.
Pukul 4pm settle check in, kitorang naik bilik kejap untuk jamak pastu turun balik, nak pi rumah aunty aku kat Pasir Ris tolong-tolong apa yang patut.
Masa ni Singapore hujan lebat, tapi takpe, mood nak tengok orang kawen mengatasi segalanya.





Masuk-masuk je rumah terus bersila packing door gift. Itu je pun yang boleh ditolong sebab yang lain wedding planner uruskan. 
Kitorang lepak kat sana sampai pukul 8 malam sebab Rayyan dah merengek nak balik. Budak-budak biasa la mana suka lepak-lepak macam tu. Mengacau aku nak bergossip je.



Door gift.
Aku dapat 6 kotak.
Lengkap untuk makan sekeluarga ðŸ˜‚.
Ni kalau mak mertua aku nampak ni mesti dia display kat cabinet tak kasi guna.
Jadi sebelum dia nampak, aku dah buang kotak siap-siap and susun sudu garfu dalam laci. Hehe.

Sampai hotel, bukannya tido pun.
Aku dok berwasap ngan Ima, padahal dia kat bilik sebelah je.
Maklumlah, Rayyan and anak-anak dia tumbang awal, tapi mak-mak tak benti-benti bergossip terpaksa la guna whatsapp. Nak tinggalkan anak demi nak bergossip macam tak best pulak. Haha.
Lagipun nak tunggu Pak Aji and the geng sampai. Flight dorang sampai pukul 11.30 malam.
Nak pastikan dorang selamat sampai ke hotel pastu beg baju dorang kan kat aku, so kena la aku tunggu. Karang tak berbaju pulak mak bapak aku.

Esoknya, pukul 5am dah bangun sebab Subuh kat sana 5.20am.
Sambil tu gosok baju sikit sebab hari Sabtu is nikah day.
Lagipun pagi tu ada 4 orang customer GreenArd nak COD.



Tapi aku dapat jumpa sorang je. Lagi 3 orang tak dapat. Gambar pun ambik 2 yang sempat.
Pagi tu Singapore hujan, yang lain rush nak pi tempat lain.
Aku pulak sibuk memandikan Rayyan jadi tak dapat nak turun jumpa semua padahal semua reader katanya. Sorry sangat-sangat. 
Nak bersembang lama-lama pun tak dapat sebab aku pun pagi tu nak gerak ke rumah aunty aku semula.



Time ni tengah tunggu Ibal and Siti turun, jadi bergambo lah dulu.
Yang belah kanan tu Herman Tino aku rasa ðŸ˜‚.



Dah sampai rumah aunty aku, bergambo lah dulu kan.
Kitorang ni pihak groom. Lepas Zohor baru gerak ke rumah pompuan.
Jadi pagi-pagi ni takyah mekap-mekap dulu la, kejap lagi nak kena basuh gak.



Aku pernah cerita masa kecik-kecik dulu cuti skolah datang Singapore.
Kalau time Christmas akan gi rumah aunty Carol ambik cokelat.
Yang tengah tu aunty Carol. Aunty Carol family juga.



Kita bagi yang muda-muda pegang dulang.
Yang tua-tua macam aku ni dah habis zaman jadi dulang girls.
Now pegang anak je.



Tunggu bas pick up.



Aunty aku book kan satu bas untuk bawak rombongan lelaki gi rumah pompuan.
Senang macam ni, sekali jalan. Takyah nak sibuk bawak kereta nanti payah dapat tempat parking.
Masa aku kawen dulu pun macam ni. Mak Aji book kan satu bas angkut sedara-mara dari Bangi ke Tganu. Mak aku cakap itu first time bas gabak masuk kampung. Pastu sampai sekarang tak jumpa dah rombongan kawen buat macam tu. Kahkahkah. Mesti dia malu dulu.

Keluarga saya memang macam ni, mak.
Sorang kawen, semua memberi sokongan padu.
Believe it or not, bukan saja group dari Semenanjung je masuk Singapore.
Cousin aku yang kat Labuan pun balik. Yang kat Qatar pun balik.
Family aku memang jenis over-excited sikit kalau bab-bab sedara-mara kawen ni.
Tak payah jemput orang lain pun takpe.
Keluarga je dah penuh khemah.



Dah sampai rumah pompuan, lepak dulu jap kat depan.
Susun-susun hantaran and hilangkan mengah.
Bukan mengah apa pun. Mengah gelak kat dalam bas.




Kemain lagi jari si Rayyan.
Kalau bab posing pass kat dia je. Orang lain konfem takleh cari makan.
Ni kat khemah nikah.
Mula-mula kitorang gerpikir gak tadi, camne nak sumbat satu bas ni dalam rumah nanti? Ramai kot yang datang ni. Sekali rupanya Fara (bride) buat majlis nikah kat pelamin. Keluarga dorang pulak dah siap-siap susun kerusi kat depan pelamin khas untuk rombongan kitorang duduk tengok. Memang cun lah ni. Tu yang aku duduk depan sekali tu. Padahal abang pengantin pun kat belakang, berdiri lagi.



Simple je pelamin dia, tak sarat. Tapi menarik.
So orang boleh tumpu kat pengantin.
Kalau sarat-sarat sangat, tak tau apa yang nak ditengok, pengantin ke pelamin.



Nak bergamba dengan pengantin lama sangat tunggu queue, jadi kita bergamba kat tepi pelamin pun boleh. Asal nampak pengantin, jadiklahhhh.

Yang depan belah kiri tu kakak Mak Aji.

Lepas 2 jam, kitorang balik semula ke Pasir Ris.
Tapi tak lama pun lepak sana sebab budak-budak ni sibuk nak mandi kolam jadi terpaksa balik ke hotel.



Aku jadi konfius tengok gambar ni.
Ni sape sebenarnya yang bapak pengantin?
Apesal bapak aku sebelah pengantin ni. Kahkahkah.
Bapak pegantin yang sebenar elok je duduk kat depan sekali (baju melahyu hitam).
Dengan abangnya sekali duduk kat depan je.
Yang kitorang ni kelam-kabut nak duduk dekat pengantin ðŸ˜‚.



Masa ni aku lepak dalam bilik.
Aku pass-kan mereka di bawah jagaan Mak Su sebab Mak Su pun nak berendam jugak jadi tolong jaga anak-anak aku, eh? Aku nak membuta sejam dua.



Malam tu aku dah kepenatan, Rayyan pulak tido awal.
Tapi En Wan nak keluar berjalan.
Laki aku kan memang hantu berjalan. Dia mana reti duduk dendiam dalam bilik kalau bercuti.
Jadi aku bagi dia dengan Redza ke keluar. Aku malas.
Sekali Mak Aji datang bilik bawak makanan. Ima pun datang gak sebab anak-anak dia dah tido.
Apa lagi, makan sambil bergossip la 3 beranak.

Tapi serious, tauhu ni sedappppppppppppp.
Arwah nenek aku suka buat tauhu ni dulu.
Rupanya memang ini sejenis makanan orang Singapore. Kat Malaysia orang jual tauhu bakar.
Tauhu goreng macam ni aku lom pernah jumpa lagi. Kalau tauhu sumbat memang banyak.
Tak cukup satu sebenarnya aku makan, tapi malas pulak nak turun ke bawah beli.

Ok bersedia, kat bawah ni aku nak tunjuk dessert spread Sabrina. Kecur air liur aku tak bertanggungjawab.










I tell you, semua niu sedap!
Bukan sebab Sabrina cousin aku.
Tapi sebab dia memang sangat superb in dessert making. Ni baru real Pastry Chef.
Dia punya presentation pun macam kat hotel.

Semua ni sedap! Especially macaron dia yang tak sweet pun. Selama ni aku tak boleh makan macaron sebab manis berdenting. Tapi Sabrina punya memang ngam! Even Ima and cousin aku yang lain pun sebelum ni takleh makan macaron rupanya, tapi yang Sabrina punya sedap.
Memang table ni yang habis dulu.

Gambar ketiga, belah kanan.
Yang tu sedap mak matiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Aku bedal 2. Menyesal. Kalau aku tau, aku bedal doblas.
Sedap gila weiii.
Korang yang kat Singapore, pergi la order kat Sabrina selagi ada masa ni.
Sabrina nak balik Sydney 23 Nov ni, sebab Rayhan (anak dia) dah nak start mausk Standard 1.
So kalau nak merasa air tangan dia, try check if she is available. Now dia busy dengan classes. Ramai yang berguru dengan dia sebelum dia balik Sydney.




Hajat di hati tu, sementara nak tunggu pengantin siap, aku nak mekap-mekap sendiri.
Belum sempat pegang beg mekap, aunty aku dah panggil "Kau tolong touch-up Ajin. Mana beg mekap kau?"

Oh rupanya beg mekap aku jinjit ni memang rezekinya kat Ajin.
Sampai habis majlis, muka aku bersememeh tak bermekap. Tak sempat.
Ni first time aku gi rumah orang kawen muka berselipat.



Majlis bersanding kali ni unik sikit.
Lepas Ajin bersiap-siap kitorang iring dia ke rumah Fara untuk bersanding.
Macam biasa, kitorang naik bas. Tapi kali ni cousin saja yang iring. All the makcik-makcik tunggu kat resort jadi penyambut tetamu kat sana.

Lepas majlis bersanding kat rumah Fara (lebih kurang sejam setengah), kitorang balik semula ke resort bawak Ajin and Fara untuk bersanding di resort pulak.
Kiranya, bersanding rumah laki and perempuan buat serentak on the same day.
Belum pernah buat orang buat kan?
Tapi sebenarnya best jugak.

Baju yang aku pakai tu!!!
Ada peristiwanya juga.
Aku dengan tailor dah macam kena sumpahan, mesti ada je yang tak kena.

Aku dah beli kain pasang songket tabur kat Pasar Payang 2 bulan lepas.
Ingat nak buat kebarung songket buat pakai majlis Ajin ni.
Aku dah siap bagi contoh gambar dan pola-nya sekali!
Bila dah siap, dia pi buat kebaya!!!!!
Kau tak sakit hati?
Kebaya berpesak. Kejadahnya kebaya ada pesak.
Aku suruh buat pesak sebab nak jadikan kebarung. Kalau kebaya takyah pesak pun takpe.
Bila dah jadi kebaya ketat-ketat macam tu, tak jadilah aku nak pakai.
Itu yang aku capai je baju kurung 2 tahun lepas.
Bila aku pakai hijau, tu pasal semua kena beli baju melayu kat Angsana sebab nak matchkan dengan warna baju kurung aku.
Pulak tu baju kurung ni besar gila. Lagi helok aku pakai jubah dari pakai baju kurung.
Dah meggelobos je aku berjalan. Dia punya lubang lengan straight boleh nampak ketiak aku. Cibeng betul.

Nanti aku try pakai balik kebaya tu and up kat IG.
Kalau ada sesape berkenan silakan ke depan.
Tapi aku bagitau siang-siang la ya, aku takkan jual harga RM150 sebab kain saja dah RM250.




Ni masa kitorang dah sampai semula ke resort.
Nampak kan aku lead joget kat belakang brader-brader hulubalang?
Sebenarnya takde dalam plan pun.
Masa kitorang dah sampai ke resort, group kitorang semua dah naik dulu ke dewan.
Tapi, aku, and 2 orang cousin aku lepak bawah sebab rombongan Fara ada dalam 20 orang kat bawah.
Bila kompang start bunyik, aku tengok group Fara macam segan-segan je nak gerak, so kitorang lead la.

Aku seperti biasa, bila sawan aku sampai, tindakan jadi luar kawal.
Macam sedap pulak brader-brader ni punya tempo, aku pun bukak la kepak sikit kat belakang.
Aku tak tau rupanya cousin aku pun join sekali mengepak.
Bila pengantin sampai atas, aku dengar dah macam Red Indian kat atas terpekik-pekik.
Aku tau dah tu mesti makcik-makcik and pakcik aku semua dah naik syeh. Dorang ni semua pun pantang dengar bunyik gendang.
Aku teruskan mengepak-ngepak kat belakang dengan buat muka sardin.
Sekali rupanya makcik-makcik aku seronok tengok kitorang menari, dorang pun join sekali. Memang gamat la jadiknya.
Seb baik mak mertua aku takde. Kalau tak mengucap dia. Kahkahkah.

Tapi aku suka silat pengantin dia.
Kat rumah Fara pun 3 kali silat.
Kat dewan 3 kali lagi. Memang cantik silat pengantin dia.
Yang brader pakai baju biru tu kemain lagi dia punya henjut pastu mengepak dah sikit lagi nak terbang aku tengok. Masa dia hempaskan bontot dia ke lantai tu alahaiiii risau je aku dia terduduk atas telo sendiri. Ngeri.
Katanya yang tu silat pengantin Jawa. Tak tau la betul ke tak.



Masa ni giliran family kitorang ambik gamba.
Tapi sebab ramai sangat, jenuh kameraman nak susun bontot sorang-sorang atas pelamin tu, jadi aku snap dulu lah. Time ni aku dah tukar baju ke jubah sebab baru lepas solat. Pastu get ready nak balik. Tak kuasa aku nak berbaju kurung sampai KL. Lagi selesa pakai jubah ni dari pakai baju kurung yang besar gabak tu.



The Clan.
Penutup majlis kawen 2017.
Lepas ni boleh pi holidayyyyyyyyyyyyyyyy!
Kita bukak wedding tahun depan bulan Mac, kali ni turn Singapore pulak turun sini.


Ok yang bawah ni step by step macam mana nak buat review untuk Makeup Remover atau Cleansing Gel atau kedua-duanya sekali.