2017-11-07

Be strong!


Kelas hafazan.

Ada yang email aku panjang berjela bagitau betapa tak sangkanya dia aku punya hijrah sampai ke tahap nak hafal Quran.

Adeh.
Itu bukan hijrah lah. Itu namanya sambung blaja.
Macam orang sambung blaja ambik Masters, ambik PhD.
Cuma bezanya 'course' aku ni kalau dah habis, habislah. Takde sijil. Hahaha.

Jangan takut nak mulakan.
Walaupun faktor usia dikatakan jadi penghalang untuk mengingat, nak-nak lagi mak-mak yang dah putus macam-macam jenis urat lepas bersalin macam kita ni, tapi kena percaya kalau ada kesungguhan, mesti boleh.

'Bermain-main' dengan Quran ni bermakna kita berlama-lama dengan perkara yang baik.
Jadi, kalau kita menghafal tapi tak hafal-hafal, itu maknanya kita sedang berlama-lama dalam kebaikan.
Semakin susah nak menghafal, maknanya semakin banyak kebaikan.

Menghafal Quran ni diumpakan macam kita masuk ke dalam taman yang cantik.
Bila ada dalam taman yang cantik, kita patutnya suka nak lepak lama-lama kat dalam tu, bukan tergesa-gesa nak keluar.
Menghafal, tapi tak hafal-hafal merupakan satu cara Allah nak kita berlama-lama dalam 'taman yang cantik'.
Kalau pun tak hafal-hafal, paling tak pun, mata, telinga dan mulut kita tak buat maksiat. Kona ikut mana pun kita tak rugi. Jadi, optimis and positif je lah.

Ni lagi satu makcik nak bagi tips terakhir untuk beberapa orang adik-adik dan anak-anak yang email bagitau kena perli dengan member-member bila dorang betudung (ni kes entry semalam).

Dik, kalau dorang tu benar-benar kawan, walaupun dorang tak support, dorang takkan mengeji.

Aku sebenarnya tak paham jugak bila dengar ada kawan jenis macam ni. Kalau haters lain cerita.
Ni masalahnya kawan.
Kawan-kawan aku takde pulak jenis macam ni.
Even kawan-kawan aku yang jenis berhuha-huha sampai sekarang pi clubbing pun rilek je kalau sembang ngan aku.
Aku tak pasti sebenarnya kenapa ada some reader yang kata bila dorang start pakai tudung, kawan-kawan start perli.

Tapi maybe kawan-kawan tu pun just gurau-gurau.
Maybe sebulan dua ni dorang seronok membahan kau. Benda masih baru, biasalah. Tapi lama-lama insyallah ok kot.
But still, pendapat aku, kawan yang baik takkan buat macam tu.
Kalau tak menyokong pun, at least takyahlah membahan.

Agak-agak sekali dua kena bahan tu, diamkan je lah. Layan kan je.
Tapi kalau dah selalu sangat sampaikan balik-balik itu je modal dia setiap kali jumpa ngan kau, kalau kau masih nak berkawan dengan dia, maka kau kena tegas. Dah sampai masanya bertegas. Bukan marah, tapi tegas.
Biar dia tau, apa yang kita buat sekarang ni adalah benda yang serius, bukan benda main-main. Dan dia pun tak boleh main-mainkan hijrah kita.

مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ  (Surah An-Nas)
"Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia".

Ayat tu cakap, yang menghasut ni bukan di kalangan jin dan setan je. Manusia pun ada yang setan.

"Wah, dah alim dah kau eh?"

"Wah, dah berubah macam ustazah kau eh?"

Jawab je "YA! AKU DAH BERUBAH. MENYESAL AKU BARU TAU SEKARANG".

Cakap je macam tu. Bahasakan dia sikit.

Ini tak.
Kena perli macam tu sikit, dah nangis. Dah down. Dah mula nak bukak tudung.
Malu nak solat kat surau takut kena perli. Malu nak mengaji takut kena bahan.

"Malu lah, nak solat kat surau. Orang nampak. Solat tepi meja ni je lah"

Look here.
Semua kawan-kawan kita yang membahan tu esok kalau kita mati, dorang cuma boleh nangis dari atas liang lahad je. Tak masuk ke dalam sama-sama dengan kita pun. Temankan kita tido tepi kubur satu malam pun tak. So kenapa nak down bila dengar dorang perli-perli dengan hijrah kita?

Kalau Allah dah bagi gerak rasa dalam hati, tu tandanya Allah sayang.
Dia nak kita berubah sebelum balik pada Dia.
Allah ni sifat sayangnya yang luar biasa. Dia tak akan biarkan kita balik semata-mata untuk masuk  neraka, kecuali kita yang nak. Selagi ada nyawa kita, Dia akan berikan petunjuk.

Ce tengok Firaun. Dia ni manusia paling jahat. Setan sampai terkencing bila dengar dia mengaku diri dia Tuhan. Alangkan setan yang setan tu pun tak pernah mengaku diri Tuhan.
Memang jahat Firaun ni.
Tapi dek kerana sifat sayang Allah, dikirimkan 2 nabi untuk bagi Firaun pentunjuk.
Tapi Firaun tetap pilih jalan ke neraka.

Semua ni terpulang pada kita. Kita pilih nak yang mana.
Nak segan dengan Tuhan atau nak segan dengan kawan-kawan.
Masa kita tak banyak dah tinggal.
Setiap kita ni semua sedang berjalan menuju liang lahad masing-masing.
Tinggal lagi siapa yang lebih dulu jatuh ke dalam antara kita.
Masa tu nanti menyesal pun dah tak guna.
So be strong!





Aku tau ramai yang jadikan GC Plus ni ubat lawas berak.
Yang mana jenis seminggu berak 2 kali je, meh try GC Plus ni.
Konfem lancorrrr perginya.