walk on wings, tread in air: Marah ke? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Marah ke?
2017-10-22

Ada macam-macam cara nak lepaskan rasa marah.
Pilihlah ikut suka. Tapi risiko tanggung sendiri.

1. Pukul orang
So far ni cara paling primitif. Spesis otak kepit celah jubo je yang suka option ni. Sebab bertindak tak payah guna otak. Taunya bertumbuk je. Maklumlah, tangan and kaki gerak lagi cepat dari otak katakan. Selalunya spesis ni otak dia 80% simpan buat perhiasan je. Dia jarang gunakan.

2. Mengejek
Ni jenis orang yang tak puas jadi budak. Dah berbulu depan belakang pun masih nak name calling, main nama bapak, ejek muka orang, ejek warna kulit orang. Dah habis gengster la tu konon. Nah ambik ni beli eksrim Mat Cool *campak singgit*.

3. Maki hamun
Teringat cerita Bujang Lapuk bila Mak Jaiton terpekik-pekik "Anak kau tu yang hantu! Anak kau tu jin aprit! Jin aprittttt!". Kalau korang bergaduh style gini, cuba check salasilah kot-kot ada keturunan Mak Jaiton.

4. Hancurkan barang
Asal bengang je, hempas pintu. Asal bengang je, pecahkan pinggan. Aku pernah buat gini dengan iPad. Bengang sangat asik berebut iPad je kejenya, aku ambik hempaskan. Terkebil-kebil semua tengok aku mengamuk. Boleh pun tengok TV sama-sama pastu. Selagi mak tak mengamuk selagi tu bercekau.

5. Buang barang
Ni selalunya penyakit orang tengah bercinta. Asal bergaduh je buang hadiah-hadiah yang pernah bf bagi. Buang pun alahai tepi katil je. Tak beraninya dia nak buang terus dalam tong sampah. Buang-buang manja gitu sambil mata menjeling balik kat hadiah tadi. Banyak tengok filem Yusop Aslam kau ni. Aku lempang karang satu sen tak guna.

6. Show off
Ni cara yang agak bijak dan paling trend zaman sekarang. Satu cara dia tunjuk marah adalah dengan menayangkan kehebatan yang dia ada. Sejenis umpan nak pancing kau punya regret carik pasal dengan dia. Kau buat aku sakit hati kan, meh aku sakitkan hati kau balik dengan tayang apa yang kau tak mampu ada. Biar kau menyesal cari gaduh dengan aku. Kalau kau menyampah kat aku lagi bagus. Sape suruh sakitkan hati aku. Gitewww. Boleh tahan gak cara ni sebenarnya, takyah perang mulut penat-penat. Kau up gambar kau shopping Mahnolo Blahnik seketul, done. Tapi pastikan barang tu benar-benar bukan mampu milik oleh semua orang la ya. Kalau setakat perfume harga RM300 kau nak tayang dengan harapan ada orang kagum dan sakit hati, lupakan je la. Jadik stok gelak je.

7. Menyindir
Sindiran yang bersifat general, cara yang halus, tapi kalau panahannya tepat, memang menggelitik yang kena tu. Kalau nak guna cara ni, pastikan kau ada stalker sebab stalker mengikut je mana kau pegi. Apa kau buat semua dia tau. Dia sentiasa available untuk kau. Jadi, orang macam ni selalunya kalau terkena sindiran memang setepek-setepek kena kat muka. Tapi kalau kau adalah seorang pen-stalker, takyah lah buat cara ni. Sebab orang tu takkan tau pun kau sindir dia. Nanti elok-elok kau nak buat dia sakit hati, ujung-ujung kau yang sakit hati sebab mesej kau tak sampai. Dia tak baca. Kahkahkah.

8. Main-mainkan orang
Ni cara kasar. Mula-mula dia suruh orang tu fotokopi satu buku. Lepas dah settle, dia kata salah bagi buku, dia suruh orang tu fotokopi buku lain pulak. Lepas tu dia kata salah buku lagi, dia suruh copy buku lain pulak. Dia suruh buat keje A tapi dia bagi informasi B. Dia suruh buat C tapi dia bagi arahan D. Sejenis yang saje je nak mengenakan orang.

9. Menyakitkan hati A dengan cara menggangu semua orang yang ada kaitan dengan A.
Ok yang ni ciri-ciri wajib ada pada seorang saiko. Dia nak sakitkan hati A tak lut sebab A kebal, jadi dia terpaksa aim orang lain. Selalunya dia akan aim orang yang paling hampir dengan A. Cara ni sesuai kalau kau dah takde idea sangat nak lepaskan marah. Gaduh dengan bini, ejek laki dia. Gaduh dengan laki, tapi ejek bini dia. Tapi sebelum kau guna kekdah ni, pastikan laki atau bini kau perfect lah. Kalau bini kau pun haruk, baik kau diam je. Karang nak bahan bini orang, silap-silap bini kau kena bahan balik.

10. Tunjukkan kau berjaya
Yang ni cara orang bijak dan ada class tersendiri. Apa orang buat kat dia, dia wat lek wat pis je. Tapi lepas satu, satu, orang nampak improvement kat dia. Tak perlu bising-bising. Aku harap politician kita baik kerajaan, baik pembangkang pilih cara ni untuk melempiaskan amarah. Kau asik membalas kutukan dapat apa. Orang makin menyampah dengar. Lantaklah kalau orang nak kondem kau apa pun, kalau kau tak buat apesal kau nak layan. Fokus je la dengan tanggungjawab. Kalau kau buktikan kau memang bekerja untuk rakyat, kau akan menang. Takyah susah-susah nak yakinkan rakyat apa orang sebelah cakap tu fitnah. Rakyat taknak tau lah. Rakyat nak tau kau buat keje je. Jangan buang masa hari-hari takde berita lain balik-balik kau kutuk aku, aku kutuk kau. Kamon lah, masing-masing dah tua pun.

11. Mendoakan orang yang menyakitkan hati kita.
Yang ni sangat mulia sekali. Kau tak suka aku? Ok, aku doakan kau sukakan aku. Kau sakitkan hati aku? Ok aku doakan kau dapat petunjuk. Tapi tak payah la berdoa kat status FB "Ya Allah, aku berdoa si polan yang menyakiti ku dapat hidayah". Kalau ikhlas nak mendoakan, bangun malam tahajud, doa. Doa waktu tahajud bagai panahan yang menepati sasaran. Yang ko doa kat FB nak buat apa. Lagi satu kalau kau membuka jalan untuk diri kau dianiaya, tak payah la nak berdoa kat FB "Ya Allah, semoga mereka diberikan petunjuk". Kalau kau yang buka ruang untuk orang hencap kau, lebih baik kau berdoa supaya diri kau yang dapat petunjuk. Itu lebih tepat. Jangan ingat asal kau kena aniaya je petanda orang dengki kat kau. Mintak banyak-banyak kat Tuhan biar kau nampak hikmah di sebalik setiap kejadian. Boleh jadi semua ni terjadi berpuncanya daripada kau.

12. Diam
Ni paling susah orang nak buat tapi inilah yang paling powerful sekali. Pernah dengar silent treatment? Buat dek dengan orang yang cuba sakitkan hati kau. Orang tu nanti akan sakit hati balik sebab kau tak respond pun kat dia. Seolah-olah apa yang dia buat tu tak lut lansung. Balik-balik dia hencap kau, balik-balik dia cakap buruk pasal kau. Takpe. Biarkan. Selalunya orang yang buat gini, dia berani takat tu je. Dia tak berani cakap depan kau pun. You got nuthing to lose.

13. Unfriend/Block kat Media Sosial
Ni salah satu silent treatment juga. Tapi pastikan tindakan kau ni tak memalukan diri kau balik. Pastikan punca kau unfriend sebab dia yang mengganggu hidup kau. Jangan pulak kau yang bajet gengster pi kacau dia, pastu bila kena maki berjemaah, kau bengang lalu kau unfriend. Sendiri cari pasal pastu sendiri sakit hati. Orang tu tak apa-apa, kau yang berbulu. Kat sosial media ramai bajet gengster. Acah-acah berani nak sound orang, pastu bila kena tarbiyah kaw-kaw, dia block kita pulak. La, ingatkan gempak sangat. Baru kena sound balik dah rabak. Lain kali kenali diri dulu ya. Agak-agak hati tisu, dok sana dendiam.

14. Tido
Paling best. Ambik wuduk, pastu tido. Sebelum tido makan maggi dulu seround.


posted by aveo757 @ 9:45 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER