2017-09-28

Semua jemputan ke majlis kawen nak kena pegi ke?



Sejenis tak suka pegi majlis kawen adalah aku. Sebab aku malas bersiap. Tapi nak taknak, mana yang sempat kena jugak pegi. Sebab, "Seburuk-buruk makanan adalah makanan pada walimah yang mana diundang orang-orang kaya saja dan tidak diundang orang-orang miskin. Siapa yang meninggalkan undangan tersebut, maka ia telah mendurhakai Allah dan Rasul-Nya." (Bukhari 5177 dan Muslim 1432).

Jadi, maknanya, pergilah selagi takde keuzuran.
Even kat Mazhab Syafie pun hadiri undangan kawen ni hukumnya wajib.
Tapi undangan tu gugur kalau ada keuzuran.
Keuzuran ni pelbagai - boleh jadi sakit, boleh jadi faktor kewangan, faktor masa.

Memenuhi undangan kawen ni dah dikira macam menunaikan hak manusia.
Sebab dalam hadis pun ada sebut beberapa hak sorang Muslim kepada Muslim yang lain.
Contoh, kalau dia bagi salam, kita wajib jawab.
Kalau orang mintak kita bagi nasihat, kita bagi.
Kalau ada orang bersin, kita kena ucap Yarhamukallah.
Kalau sakit, kita ziarah.
Kalau mati, kita ziarah dan iring jenazah.

Undangan kawen pun termasuk dalam hak-hak tu jugak.
Tapi semua tu berbalik pada mazhab Syafie - kalau ada keuzuran, hak tu gugur.

But ada syarat jugak.
Kalau ada maksiat dalam majlis tu, tak wajib kita datang.
Contoh kalau dalam majlis tu ada hidangan arak, tak datang pun takpe.

Tapi kan, kalau tengok balik hadis kat atas tu bab yang Rasulullah saw kata "Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, dia telah derhaka pada Allah dan RasulNya."(HR. Muslim).
Setau aku walimah ni maksudnya pertemuan (pengantin bertemu). Maksudnya nikahlah, bukan sanding, ye tak?
Lagipun zaman Rasulullah dulu ada nikah je kan, mana ada sanding.
Kebanyakkan kita pulak terima undangan persandingan, bukan pernikahan?
Kalau nikah biasanya orang jemput keluarga dua belah pihak je.
Cuba lah tanya ustaz-ustaz mintak konfemkan. Kalau betul Walimah tu adalah pernikahan, maknanya tak salah kalau tak pergi majlis sanding.
Tapi macam aku cakap tadi, kebanyakkan undangan pun untuk hadiri sanding, bukan nikah. Jadi, pergi je lah.

Lagi satu kalau pesen orang yang tepek kat FB "Semua dijemput hadir".
Yang ni undangan bersifat umum.
Aku pernah dengar ceramah dia cakap kalau undangan macam ni tak wajib datang.
Tapi kalau korang yakin undangan tu ditujukan pada korang, datanglah.

Aku ni tetiap bulan kot dapat undangan kawen dari reader.
Dari hujung Malaysia ke satu hujung Malaysia punya jemputan.
Teringin sangat nak pergi, sebab dah alang-alang pergi tu boleh le merayap sekali gitew.
Tapi tu la, menjak Rayyan ada art school Sabtu, aku dah tak boleh nak bergerak jauh-jauh sangat.
Kalau sekitar Selangor, KL tu insyallah boleh la gagahkan diri lagi.
Tapi sometimes ada rezeki and masa pun cun, boleh je aku sampai ke Jerteh nun gi wedding reader. Alor Staq pun penah.

Macam Mak Aji ngan Pak Aji every week ada jemputan kawen.
Tapi sekitar-sekitar Bangi je la.
Yang tu ok lagi. Tapi kalau kejap-kejap kena travel jauh macam email reader ni, ke Melaka nun sebulan 2-3 kali, eh boleh tahan sakit jugak. Kalau minyak kereta pakai air ludah takpelah jugak.

Benda-benda macam ni boleh bawak bincang sebenarnya.
Tinggal lagi berani ngan tak berani je.
Kalau kita tak pergi, kita kirim duit salam pun boleh. Kirim hadiah pun boleh.
Apalah ertinya pi undangan tapi hati bengkak. Tak ikhlas. Balik rumah pastu bergaduh laki bini.
Bergaduh ngan laki pun dosa juga. Jangan ingat tak pi undangan dosa, tapi balik rumah kau bertekak ngan laki kau pasal undangan tak jadi apa-apa.

Benda ni sebenarnya tak sulit mana.
Tinggal lagi kita yang taknak consider.
Kalau dah penat, letih, ada caranya - hantar hadiah, kirim duit pada yang datang, call bagitau tak dapat datang.
Kalau dah sampai tahap menyusahkan semata-mata nak memenuhi undangan, alahai.
Boleh pikir kot masing-massing. Jangan serabutkan benda yang tak sepatutnya serabut.

Sometimes aku kesian jugak dengan reader-reader yang ada masalah susah nak luahkan pada mak bapak.
Mak bapak pulak jenis yang tak boleh tidak.
Tapi dalam kebanyakkan situasi aku tengok, puncanya adalah sebab kita tak berani nak say no.
Takut nau jatuh derhaka.
Bukan nak suruh kau tengking mak kau "NO MAK! NO WAY! SAYA TAKKAN PERGI!".
Yang tu kalau aku dengar pun aku bagi penampar.
Cakap la baik-baik ngan mak bapak, "Tak dapat nak pergi kali ni mak, sebab anak-anak tusyen, peksa nak dekat".

"Saya penat mak, minggu ni letih sangat dengan kerja, Nak bawak keta rasa tak daya. Takut terbabas nanti".

Tak pun "Ok mak, saya pergi. Tapi saya memang tak larat nak bawak kereta. Mak bawak".

Atau "Gaji tak masuk lagi mak. Nak berjalan nak pakai duit. Kalau mak sponsor duit minyak duit tol, saya pergi".

Mak bapak ni kadang-kadang ingat gaji kita besar. Bila kita kata gaji kita RM4K, dia rasa macam 4K tu tak habis makan. Jadi, kena bagitau kalau kita tengah takde duit. Bukan nak mintak dia sponsor pun sebenarnya tapi cuma nak mintak dia paham.

Maybe ramai yang tak sampai hati kot nak bagitau mak bapak macam tu sebab itulah ujung-ujung korang stress sorang-sorang.
Cakap baik-baik ngan mak.
Kalau yang suka buat perangai gini adalah mak sendiri, kita kena main peranan.
Kalau yang buat perangai gini mak mertua, pasangan pulak main peranan.
Pandai-pandailah ajak mak bapak kita tolak ansur dalam hal-hal macam ni.
Tapi entah lah, aku tak tau la kot memang ada mak bapak yang jenis tak peduli anak dia penat ke, anak dia takde duit ke, janji kehendak dia anak kena ikut.
Mungkin ini sejenis makbapak yang suka tunjuk kat sedara-mara anak dia paling taat, anak dia paling best dan paling baik-baik belaka. Maybe.

Macam aku ngan En Wan adalah team yang baik kalau bab-bab ni.
Kalau aku tak larat, contohnya senggugut, En Wan akan bagitau mak ngan adik-beradik dia sekali "Diana tak sihat, senggugut teruk. Adik suruh dia tido" (Adik tu panggilan dia dalam family. Tapi kalau dengan aku, panggilan jadi Abang. Abang Adik. Kahkahkah).

Kalau En Wan cakap "Adik suruh tido", itu dah dikira ayat pemati.
Sebab yang suruh aku tido adalah dia. Bukan aku yang nak tido.
Jadi takde sape boleh ngumpat aku. Hahaha.
Tapi kadang-kadang aku suruh dia cakap "Cakap abang yang suruh Di tido tau". Kahkahkah.

Sama la macam kalau aku balik Bangi.
Kalau En Wan letih, bila aku turun bawah Mak Aji tanya "Wan taknak ikut sekali?"
Aku cakap "Dia tak sihat, Diana suruh dia tido".

Alahaiiii, benda boleh bincang semua ni.
Mak kita ni sebenarnya nak ajak anak dia yang ikut berjalan, bukan menantu.
Kalau anak dia tak ikut, tu yang dia kecik ati.
Tapi kalau anak ikut, walaupun menantu tak join sekali, takpe. Sebab kita dah macam mewakilkan laki kita pegi.

Jadi, yang penting kat sini - communication.
Takde komunikasi, masalah. Ada komunikasi, insyallah boleh settle.



Ok ni cerita malam tadi.
Kisahnya customer sorang ni email bagitau dia turun berat 10kg lepas ambik Nutrijuice.
Aku pun teruja sangat nak timbang berat aku sebab aku pun ambik gak Nutrijuice.
Email budak tu KAT SINI.



Gambar kiri 2009, kat Disneyland HK.
Gambar kanan pagi tadi.
Sanggup aku angkut jeans ke opis sebab nak bergambar.
Fotografer, En Wan. 
Dah boleh sarung balik size 25. Mujur aku tak buang jeans ni. Boleh jadi piawai.



Tapi En Wan tak kasik dah aku pakai jeans ni.
Lepas bergambar, sarung balik uniform Darth Vader.

Ok siapa nak cuba turunkan berat badan, aku suggest try GC Plus sekali dengan Nutrijuice.
Sebab based on feedback customer, aku rasa gabungan 2 ni boleh cepatkan turun berat.