2017-09-12

Birthday



Sebelum raja haji, aku ada up gambar ni kat IG.
Aku cakap aku nak buat gerakan pemusnahan bersar-besaran kat bilik mainan Rayyan ni.
Aku nak transform ke mini library aku sebab buku-buku aku boleh tahan banyak.
Ramai juga yang DM kalau nak barang-barang mainan Rayyan ni.
Aku cuma simpan Lego je sebab collection Lego Rayyan ni banyak gila.
Kalau Redza tu lagi la, siap ada display cabinet untuk letak semua Lego yang dia dah siapkan.
Rayyan ni bangsa main berkecai-kecai je. Habis main dah. Terus tak main-main dah.
So, aku simpan Lego kot-kot la esok dah umur 9-10 tahun dia teringat nak main lagi.
Yang lain memang aku humbang dalam plastik hitam.
Dah asing siap-siap mana satu mainan mekap-mekap, masak-masak, tools, music.
Hajat hati tu nak snap cantik-cantik letak kat blog.
Harammmmmmmmmmm.
Mak mertua aku dah book siap-siap nak bagi kat cicit dia kat kampung.
Now, bilik ni dah lapang selapang-lapangnya.
Hari Jumaat ni nanti aku nak mintak bibik tolong aku clearkan buku-buku Redza pulak.
Buku dia banyak gila. Especially UPSR punya buku.
Aku tak sure dia sempat habiskan ke tak buku-buku tu. Kalau ada yang belum berbuat, aku letak kat blog.



Dan lagi satu nak cakap - hari ni birthday Leslie!!!
Tak pernah lupa. Tak pernah lupa. Tak mau lupa.
Kalau Leslie hidup lagi, mesti muka tua dia macam muka tua Johnny Depp.
Aku dah lama perasan muka Leslie ni iras-iras Johnny Depp.
Kalau tengok kat live (movie) lagi nampak iras.
Baru aku tau rupanya menjak dia menang kat Festival Filem Cannes (tahun berapa aku pun lupa dah), orang sana gelarkan dia "Oriental Johnny Depp".
No wonder China says Johnny Depp is "Western Leslie", rupanya US calls Leslie Cheung "Oriental Johnny Depp".

Haaaa...barulah aku percaya mata aku benar.
Masa aku tengok The Lone Ranger, aku macam terpikir macam pernah nampak je muka Johnny Depp ni. Macam ada iras-iras someone yang aku kenal, tapi tak dapat cam. Masa kat Lone Ranger muka Johnny Depp berconteng. Tapi dia punya karakter gila-gila tu macam pernah aku kenal.
Lepas aku tengok Finding Neverland baru aku sedar macam muka Leslie!
No wonder that demeanor, expression, and action is so deja vu.



Tapi yang ni aku memang takleh terima.
Aku main survey kat FB, ask around macamana boleh kenal aku.
Kebanyakkannya kata from blog.
Tapi komen Ecah ni memang buat aku hampir migrain pagi tu.
Takleh aku brain celah mana muka En Wan macam muka Leslie?
Kalau ada iras Chinese tu aku setuju, tapi kalau tempias Leslie, I kenot take it. 



Ni celebrate birthday Mak Aji 27 Ogos lepas (baru nak cerita skarang).
Huru hara sungguh nak buat plan ni.
Hampir-hampir aku anak-beranak je celebrate hari tu.
Boleh la pulak hari Ahad tu Ibal keje, Siti gi wedding, Ima dah tentu lah jauh and Dill & Aiman belum balik dari Taiwan.
Mujurlah malam tu rupanya Dill & Aiman touched down KLIA.
Makanya, kitorang je lah yang celebrate birthday Mak Aji ni.

Buat kat Red Card Cafe Bangi (sederet dengan Little White Cafe).
En Wan yang suggest buat kat sini supaya Pak Aji and Mak Aji takyah gerak jauh-jauh sangat.
Not bad jugak sebab dorang memang ada tempat yang spacious jugak untuk group yang ramai-ramai.
Aku mintak dia sediakan setup untuk celebrate birthday.
Takde apa sangat pun, cuma letak belon je.

Food kitorang hari tu :



Curly fries Rayyan punya.



Sirloin steak aku punya.



Nasi goreng Thai seafood.
Mak and Redza sama-sama order ni.
Sedap gila! Sebab aku duduk sebelah mak mertua, so makan mak mertua aku punya sekali.



Spageti meatball Pak Aji.



Ayam telur masin ngan nasi, Dill punya.



Green curry siakap with nasi Mak Aji punya.



Beef nasi goreng Aiman punya.



Aglio Olio En Wan.



Vanilla milkshake aku punya.
Pueh hati dapat vanilla shake.
Sebab aku craving lama dah.
McD kan dah tak buat vanilla shake, mati kutu aku mana nak dapat milk shake yang best.
Kat sini ada rupanya, Sedap pulak tu.
Punyalah gelojoh nak rasa milkshake ni aku pi hirup guna biskut tu, boleh?
Elok je pulak air tu masuk. After a while, aku terperasan apesal besar nau muncung mulut aku minum air ni, dah macam tenuk.
Pastu baru aku perasan aku tak guna straw, guna biskut.
Bodoh pulak rasanya. Kahkahkah.



Dill menikmati sangat nasi ni. Katanya sedap.




Leslie..???



Dah settle makan semua, dah suruh waiter angkat semua pinggan, then baru kek datang.
Macam biasa, aku dah jadi fan of Berry's sekarang.
Jadi kek ni aku beli kat Berry's je.
Tapi ni new recipe. Memang sedapppppp!
Dalam tu kek ada buah peach, Bukan chunk tau tapi memang hirisan buah.
Sedap sangat. Puas hati.



Macam biasa lah, dia ni kan setahun 14 kali sambut birthday.
Jadi haruslah dia yang potong kek tu.



Get ready nak balik, kutip semua belon. 
Aku order 9 belon, jadi semua 9 belon angkut bawak masuk kereta.




Kau nak sangat bawak balik kan, so ko pegang.



Yang ni pulak celebrate birthday Redza 2 September, 2 hari sebelum dia balik ke Langkawi.
Ni pun buat ala kadar je sebab 1 September kan raya haji. Kitorang ada kat Tganu masa tu.
Malam tu raya tu jugak En Wan ajak balik PH. Rupanya esok tu dia dah plan nak celebrate birthday anak dia kat Bangi. Aku tak tau menahu dia dah tempah belon segala. Aku elok je mengangkang kat rumah Mak Aji bergossip ngan Ima. Rupanya laki busy keluar gi ambik belon, gi ambik kek bagai.

Takleh nak buat meriah sangat, Redza tu kan jenis tak berapa suka sangat jadi tumpuan. Karang sentap. So, buat ala kadar je. Masa ni Acu bawak dia gi arked. So kitorang setup time dia belum balik. Lepas dah siap semua, baru call Acu bawak Redza balik.



Kek butterscotch.
Aku tak rasa lansung, so no komen.



Perasan tak Redza dah nak senyum depan kamera.
Kalau dulu ya ampunnnn, asal nak ambik gambar je dia yang hilang dulu.
Sekarang dah tak risau pasal bergambar lagi cuma masalahnya skarang asal nak bergambar je nak kena tengok rambut dulu.
Mengalahkan aku pula bersiapnya skarang.



Mirza ada sama penyakit macam Rayyan.
Setahun sambut hari jadi 14 kali.



Pastu celebrate birthday staff pulak.
Memang makan kek je la keje aku lately ni.
Yang penting semua kek dorang adalah ikut selera tekak aku. Itu yang penting.

Lengkap entry hari jadi.
Hari jadi Leslie, Mak Aji, Redza and Syima.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sampai ke hari ni notification kat live chat aku extra meriah sebab semalam aku upkan diskaun kod untuk Mekap Remover. Malangnya semalam jugak kod tu tamat.
So yang masuk hari ni, aku jamin sebab nak cuba kod tu.
Tapi kod tak valid dah. Aku buat kejap je, khas untuk pembaca blog kekdahnya.

Anyways, ada satu good news.



Sempena birthday Leslie hari ni, aku bagi diskaun khas untuk pembaca blog.
Hanya pembaca blog je tau betapa seriousnya cinta aku terhadap Leslie *matilanakkkkk*

Valid untuk Cleansing Gel saja.
Cuma RM52/botol (harga asal RM59)
Valid sehingga malam ni je.
Guna diskaun kod tu masa check out. (edited : time out oready. Kod dah tak valid)




Testimoni Cleansing Gel GreenAard
Untuk baca lanjut boleh KLIK SINI.