walk on wings, tread in air: Perang baju raya. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Perang baju raya.
2017-06-16

3 hari lepas aku dapat PM dari sorang reader. Ada kes ciplak design katanya.
Maklumlah, tahun ni malas beli baju raya, jadi aku pun takdelah menskodeng baju-baju raya kat online, jadi tak tau cerita.

Aku tak tau how serious the case tapi boleh agak agak besar lah kot sebab melibatkan big brands and big names. Katanya this lady copy bulat-bulat Jovian punya design and Jovian pun ada keluarkan statement. Budak tu bagi aku screencap ni :



Hmmm...sekali imbas memang nampak macam sama. Sebab warna baju pun macam lebih kurang sama je. Boleh kata 95% sama. Yang beza sikit maybe kat bunga-bunga tu and alunan pada kaki baju tu. Tapi bak kata Jovian - inspirasi boleh dapat dari mana-mana atau dari siapa-siapa but please improvise. 

Aku rasa this lady dah improvised tapi sikit sangat sampai tak nampak lansung kat mana bezanya. Nak kena perati betul-betul baru nampak beza.
Maybe kalau dia guna printed flower instead of 3D orang tak marah.
Ataupun guna 3D bunga matahari maybe nampak lain.
Tak pun baju tu guna kain plain, and kain kurung tu guna stripe. Baru nampak lain. Settle.
It's hard to find design yang tak overlapped especially dalam fashion industry tapi at least improvise sikit. 



Yang ni pun katanya ciplak Minaz punya.
Tapi yang ni aku rasa macam dah improvised dah pun. Cuma dia ubah kat corak je, design takde beza. Silapnya this lady, dia kena tau yang design yang dia copy ni bukan design biasa-biasa like design kebarung, kurung Pahang or kebaya nyonya yang memang dah biasa kita tengok. Kalau dia berkenan sangat dengan design ni, patutnya ubah sikit. Maybe boleh gunakan kain plain untuk baju dan organza. Dan bahagian atas dada letakkan ribbon atau 3D flower. Pastu kain guna kain bercorak. 
Barulah nampak lain. 



Ok yang ni memang jelas lagi bersuluh keciplakannya.
Sebab design ni pelik. Jadi bila design pelik, jangan lah tiru bulat-bulat.
Improvise sikit. Tapi aku pun tak tau camana nak improvise dengan design macam ni. Maybe kepak kat tangan tu letak bulu angsa bagi nampak lain terus dari yang lain.

Tapi kan bila aku tengok-tengok balik design macam ni, aku terpikir, baju ni nak pakai pi mana eh?
Kalau nak pakai balik beraya rumah sedara-mara kat kampung macam tak kena.
Nak pakai untuk attend kenduri kawen khemah tepi jalan pun macam over sangat.
Or maybe sebab aku beraya kat kampung je jadi tak perlu baju macam ni.
Tapi mungkin gak design baju ni ditujukan untuk market orang kaya-kaya, that's s why harga pun katanya RM500+. So lojik la la kan design macam ni untuk orang ada-ada. Untuk aku yang beraya kat kampung, pakai baju kurung je lah ya. Senang nak senseng lengan basuh pinggan mangkuk. Ni karang kalau aku pakai baju ni merewang kat dapur, ada gak orang buat kepak aku tu kain lap pinggan.

Aku kagum dengan orang yang boleh pakai baju bling-bling and labuh seret di pagi raya.
Terpikir aku, dorang ni memang pagi raya jadi mannequin depan pintu ke apa.
Aku ni kadang sampai orang lelaki dah balik solat, aku mandi pun tak lagi punyalah nak menyiapkan apa yang patut. Kadang tu bersiap pun terpaksa laju-laju sampai ketiak aku lecak balik.
Tu belum lagi pagi raya pertama dah konfem-konfem sepenuh masa kat dapur.
Nak lagi kalau turn balik Bangi. Memang raya pertama tu hanya di rumah saja menantikan kedatangan orang. Ko just bayangkan kalau baju raya aku jenis merelip dan menyapu lantai, dengan pergerakan yang aktif keluar masuk angkat pinggan, basuh pinggan, buat air, hidang ke depan bla bla bla bla, lama-lama bling-bling aku pun tertanggal. Pastu terpijak kain sendiri terus tersembam meninggal.

Baju peplum aku dulu pun lagi penah kena ciplak kaw-kaw.
Beribu-ribu pasang kot orang tempah kat Vietnam untuk jual balik kat Malaysia.
Lalu-lalang je iklan pemborong kat newsfeed aku time tu. Kecik besor kecik besor je aku tengok gambar baju aku dia tepek dalam iklan.
Memang copycat habis cuma warna asal tu je yang dorang tak dapat copy sebab dorang pun tak tau apa agaknya the exact warna yang aku guna for that baju. Maklumlah henfon ai dulu pixel tak tinggi.
Tapi bersepah kot orang jual design aku tu. Gambar baju yang aku pakaikan kat patung kat beranda rumah aku pun dorang 'jualkan' jugak as if itu end product. Ada satu butik kat Pertama Kompleks siap buat bunting guna gambar kat beranda rumah aku tu. Punyalah nak convincekan customer they can do exactly macam tu.

Tapi ye lah kan, I am nobody pun. Plus, aku bukan designer.
Jadi kalau aku sound penciplak tu, aku yang kena maki balik.
But time tu aku bukan marah orang tiru the design. Aku marah orang gunakan gambar tu sebagai modal. Sampaikan beranda rumah aku kau jaja satu Malaysia, kejadahnya.

Walaupun design baju tu orang boleh tiru tapi orang takkan dapat tiru cutting sebenar ribbon pada baju aku tu. Aku tengok semua baju yang dicopy ribennya melempai-lempai je, tak sama macam ribbon pada baju sebenar. That's why dorang menjaja gamba baju aku tu sebagai modal. Another thing yang dorang tak dapat tiru adalah kain peplum tu. Sebab semua orang tak tau sebenarnya kain tu lipat kipas kat belakang. Kalau baju tu memang aku buat untuk jual, agaknya dorang dapat tiru sebijik-sebijik bentuk ribbon and dorang jugak tahu rupanya kain tu lipat kipas.

Actually, kalau nak ambik inspirasi dari idea orang lain - boleh.
Tapi ubahsuailah sebaik mungkin supaya design tu jadi design kita.
Kalau tiru bulat-bulat, ataupun hanya 10% je beza dengan yang ori, lebih baik advertise as Inspired.
Ataupun jalan paling senang toksah tiru lansung design orang yang dah glemer, memang saje mintak kena kecam.
Malaysia ni bukan besar sangat, tapi player dalam bidang fashion ni dah semakin ramai.
Jadi kebarangkalian nak jumpa design yang overlapped memang ada. Ubahsuai, jangan copy habis-habisan.

Cuma kan, yang dapat aku peratikan, kebanyakkan orang yang femes-femes luar biasa ni, kalau sekali buat salah, dia punya makian tu sampai beribu-ribu dapat. Jauh lebih banyak dari post-post lain yang dia buat. Tak tau apesal. Aku ada terfikir gak, kebanyakkan yang follow ni sebenarnya fans ke haters? Seolah-olah the haters tu tunggu masa je untuk bersuara. Kau buat salah sikit je, papppppppp! Keluar semua kepala setan yang bersembunyi selama ni. Yang kelakar tu, dalam kebanyakkan kes-kes viral macam ni, yang saling tak kenal-mengenali pulak yang panas pantat. Kau kutuk orang yang buat salah tu tapi kau tak perasan perangai kau tengah mengutuk tu sebenarnya jauh lebih keji. Cuma sebab kekejian tu dibuat secara berjemaah ramai-ramai mengutuk jadi tak nampak lah macam tengah buat salah. Nampak macam tengah membetulkan kesalahan orang lain gitewwww.

Korang yang femes-femes ni baik-baik la dalam bermedia sosial.
Belum tentu lagi yang follow tu memang ikhlas nak berkawan. Dorang tunggu masa je tu ko buat silap. Masa tu nanti ko tengok lah, macamkan dia kenal kau dari dalam perut lagaknya. Semua pasal kau dia lebih tau. Especially yang always share keromantisan hidup suami isteri, share barang shopping, share pegi honeymoon, etc. Memang tak salah share. Aku pun share juga. Tapi percayalah, kau sebenarnya sedang mengumpul musuh lebih banyak dari kawan. Yang komen 'bestnya...", "cantiknyaaa", "sweetnyaaaa.." - tak ramai mana. Yang menunggu nak bash kau jauh lebih ramai sebenarnya cuma peluang tu takde lagi.

p/s : Aku blurkan muka that lady bukan sebab aku fans dia tapi sebab taknak yang tak kenal jadi kenal. Dan kepada yang kenal, please takyah mention siapa that lady.



Pengguna Nutrijuice yang baru dan yang dah setia menggunakan, promosi masih lagi ON.
Refresh page untuk isi form.


posted by aveo757 @ 9:30 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER