walk on wings, tread in air: Aib <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Aib
2017-06-08

Tak ada manusia yang sempurna. Always ada kekurangan.
Ada yang cantik/kacak, tapi kurang adab.
Ada yang bagus dalam penguasaan ilmu tapi tak mampu kuasai emosi dan mudah sentap.
Ada yang kuat kat satu sisi, tapi lemah kat sisi yang lain.

Kita sebagai pemerhati kena bijak dan cermat untuk menilai orang lain.
Apa kekurangannya, apa kesalahannya, kenapa boleh jadi macam tu, etc.
Tak kiralah macamana pun orang yang kita nilai tu, jangan lupa yang dia juga berhak dapat keadilan.
Walaupun pada orang yang kita tak suka, kita kena yakin disebalik keburukan mesti ada kebaikan yang kita tak nampak.

Ada certain orang, kebaikan dia susah nak nampak melainkan kita cari.
Ada juga orang yang keburukan dia susah nak nampak melainkan kita korek.
Tapi selalunya manusia lebih suka cari yang nombor dua tu - cari yang buruk.
Kalau buruk orang, sampai ke lubang cacing carik. Tahan tu stay up malam-malam nak menggugel kisah-kisah lampau Hamba Allah tu. Tapi kalau nak cari baik orang, malas.

Tadi siang ada nampak beberapa status FB pasal video viral katanya.
Entah aku pun tak tengok apa videonya sebab tak lalu pun kat newsfeed aku.
Tapi melalui komen-komen kat FB tu aku syak ni kes video couple buat maksiat.
Katanya dah viral sejak kelmarin. Tak tau la siapa yang menviralkan.
But video tu bukan isunya.
Isunya kat sini, manusia sampai bila-bila rasanya lebih suka share benda-benda sampah. Kalau dapat malukan orang lebih bagus.

Sebenarnya apa yang diperlihatkan kepada kita adalah satu bentuk ujian dan ilmu yang Allah nak beri.
Perkara baik yang kita nampak adalah ilmu yang Allah nak bagi.
Perkara buruk yang kita nampak adalah ujian yang Allah nak bagi.
Sebab Allah tak bagi ujian selepuk kat kita secara direct.
Dalam pada kita tak sedar, segala apa yang berlaku di sekeliling adalah ujian untuk diri sendiri.

Aku ambil kes video viral tu contohnya.
Salah pelaku tu hal dia lah. Kita taknak cakap pasal dia.

Bila Allah menampakkan kesalahan dan aib orang tersebut pada kita, sebenarnya ia adalah ujian bagi kita dengan harapan kita dapat mengambil pelajaran dari apa yang kita nampak dari aib tu. So that kita mesti tutup aib tersebut. Sebab Allah dah jamin yang aib kita pulak akan ditutup di dunia dan akhirat.
It's like Allah nak bagitau kita indirectly "Kau pun ada aib, aib kau macam dah nak terbukak ni, jadi sebelum aib kau Aku tutup, Aku nak test tengok macamana kau handle aib orang ni dulu".

Macam simpan rahsia lah. Ramai orang tak mampu simpan rahsia.
Especially kalau rahsia tu ada melibatkan aib orang lain. Memang jarang yang boleh simpan.
Seronok bila tau orang lain ada flaws. Macamkan kita takde. Hati tu tergedik-gedik nak cerita kat orang lain.
Mula-mula cerita kat BFF dengan harapan "Kau jangan cerita kat sesape tau. Kau sorang je tau hal ni".
Kau ingat kawan kau tu tak tegedik-gedik nak cerita kat orang lain pulak?
Kalau kau yang penerima rahsia pun tak boleh pegang rahsia, apa jaminannya orang lain boleh?

Kita anggap saja lah pelaku tu dah bertaubat.
Mana kita nak tahukan, sebelum video tu tersebar dia dah pun bertaubat.
Mungkin Allah nak dia taubat jadi Allah datangkan aib begini yang menjadi asbab dia bertaubat sungguh-sungguh dan dosa diampunkan.
Yang kita dok lagi menganjingkan dia.

Bukan apa, sebab ada hadis sebut "Barang siapa memalukan saudara islamnya dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat, Allah Taala tak akan matikannya sehingga dia (yang memalukan saudaranya yang dah bertaubat) terjerumus ke dalam dosa yang sama" - (Tirmizi).

Aku rasa aku pernah tulis pasal aku ni kat blog.
Aku try retrieve tadi tapi tak dapat pulak keyword yang tepat.
Cerita tentang zaman aku pakai skirt belah sampai peha, time aku buat sale kat HUKM.

Ada sorang student Masters (kot), memang warak, tudung labuh, berjubah - dia sound aku "Pakaian Diana ni mempengaruhi kerja ke?".
Aku tak faham apa dia tanya, aku mintak dia ulang balik.
Dia maksudkan aku pakai sexy-sexy sebab nak dapat job ke, lebih kurang macam tu lah.
Masa tu aku rasa macam budak nampak je baik tapi takde adab nak menegur.
Aku yang daring ni pun tak pernah nak tembak orang macam tu sekali.
Kalau boleh nak je aku cakap "Menutup aurat tu dah betul dah, tapi kebersihan pun kena lah jaga. Jubah ada stain, tudung berbau...".
Tapi macam tak sampai hati pulak nak cakap karang dia stress terminum pulak absolute ethanol atas meja tu.

Cerita ni sebenarnya bukan pasal that lady tau, tapi pasal aku.
Betapa sebenarnya Allah uji kami berdua dalam masa yang sama.

Beberapa tahun lepas aku ternampak this lady - masih bertudung tapi tudung singkat, jeans ketat and blouse pendek, pakai sandal tak berstokin macam dulu. Rasa dah kawen kot sebab ada budak kecik sekali.
Dia tak kenal aku lah of cos sebab masa tu aku dah transform jadi Darth Vader.
Tapi aku kenal dia sebab dia masih bertudung cuma tudung dah tak labuh macam dulu.

Masa tu aku tersedar, Ya Allah, betullah Tuhan tu akan bayar cash.
Dia yang dulu sound aku as if dia suci akhirnya berubah jadi begini (memang la tak se-daring aku, tapi kalau tengok dia yang dulu, serious aku tak sangka dia akan berubah berpakaian macam ni).
Dan aku, on the other hand, mengutuk pakaian dia selekeh (walau hanya dalam hati), dan akhirnya Allah jadikan aku macam sekarang.
Entah-entah orang lain tengok aku now pun akan kata aku selekeh.
At least jubah budak tu dulu berkaler. Nampak la jugak macam berganti walaupun kotor.
Aku lagi la hitam everyday, lagi nampak macam tak mandi terus.

Jadi hadis tadi benar.
Benar Allah tak akan matikan kita sehingga kita lalui apa yang kita pernah cakap tentang orang tu.
Aku dah lalui.
Dan aku cukup takut kalau hijrah aku hanya sekadar berubah penampilan, tapi tak berubah rohani.

Sebab tu jangan judge orang - bukan hak kita nak judge.
Di akhirat nanti kita akan ditanya tentang apa yang kita buat, bukan apa yang orang lain buat.
Kalau kita tak berdaya nak tegur, kita doakan. Moga Allah kira sebagai usaha.
Mudah-mudahan doa tu tadi akan menyelamatkan kita kalau Allah tanya apa yang kita dah usahakan untuk selamatkan si polan tu dari maksiat.




HARI INI.
78 botol pertama saja di-offer pada harga RM78/botol.
Refresh page and isi form.

Boleh juga melalui whatsapp 012-7728976.


posted by aveo757 @ 12:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER