2017-06-14

Awesome sangat dorang ni!


Hari ni aku nak highlite tentang MOOD REPUBLIK RAYA FEST PWTC yang akan start on this Friday sampai Isnin (16-19 Jun). 72 jam non-stop. Ada 2 shift pekerja kali ni, yang satu 9am-9pm. Shift kedua 9pm-9am esoknya pulak. Harap takde yang pitam jaga booth. Selalunya 15 jam jaga booth, kali ni setiap shift 12 jam, so harap ok lah sikit.

Lagi satu nak cakap, kali ni stok GreenAard kita tak bawak banyak ke PWTC sebab semua orang tengah mood raya. Semua nak cari baju raya, takde yang nak cari GreenAard rasanya. So, stok bawak limited je. Rasa-rasa nak datang sana beli, bagitau kitorang in advance so boleh ketepikan stok. Karang datang-datang tetiba stok takde lagi sedih dan pedih.

Kan hari tu aku ada announce dari 16 April sampai 16 Jun kita activate contest 'BEFORE AND AFTER GC PLUS'. Patutlah testimoni gempak-gempak start masuk this week rupanya dah nak dekat tarikh tutup. Aku pun boleh terlupa. Semua pun plan untuk bagi testimoni penghujung-hujung contest supaya dapat tunjuk berat badan paling rendah sekali.

Happy sangat sebab banyak dapat testimoni power-power.
Dorang ni semua memang bangsa determine gila nak turunkan berat badan.
Aku suruh buat ni - ikut.
Suruh buat tu - ikut.
Dan hasilnya, silakan baca some of them punya testimoni :



Tak sampai 2 bulan turun 14kg terus!
Aku baca conversation ni pun merinding bulu roma.
Macamana dorang ni gigih nak berubah.
Ni kalau jadi sales team aku bagus ni. Jenis tak give up punya orang.



Yang ni sebulan 5.6kg.


Ada yang tanya kenapa semakin lama makin slow berat turun.
Yang tu biasa.
Sebab semakin kita mendekati berat badan ideal, badan kita dah kurang guna kalori jadi berat pun makin lambat turun.

Contoh, masa berat badan kau 100kg, kau turun naik tangga 50 kali, kalori kau burn 3000 (contoh).
Tapi bila berat badan kau 80kg, kau turun naik tangga yang sama dengan amaun pergerakan yang sama, kalori kau mungkin burn 2300 je.
Sebab, semakin berkurang beban yang kau bawa, semakin less tenaga yang diperlukan.
Less tenaga bermaksud less kalori digunakan (lemak dibakar sedikit dari dulu).



Yang ni slow progress tapi ada penurunan yang steady dia kata.
Now dah 10kg loss.

Kenapa some turun berat dengan cepat, some lambat?

Weight loss journey ni can be a frustrating journey.
Sebab tu kena ada keazaman yang kuat.
Bentuk badan kita semua tak sama. Ada some areas senang nak hilang lemak, some area payah.
Sebab tu weight loss bergantung kepada banyak faktor, antaranya bentuk badan.
Orang yang badan besar bawah (perut, pinggang, peha) berat badan lebih lambat turun.
Yang besar bahagian atas (pinggang, dada, lengan), lebih cepat turun berat.

Lagi satu faktor adalah faktor berat badan terkini (sebelum memulakan program diet).

Contoh :

Orang yang beratnya 100kg akan makan 3000 kalori everyday dan tak bersenam.
Kalau dia start kurangkan pengambilan makanan (katakanlah kepada 2500 kalori je sehari), dia akan lebih mudah turunkan 1-2kg seminggu.
Tapi orang yang berat 70kg, yang makan hanya 2000 kalori, kalau dia cut food intake kepada 1800 kalori (lebih rendah dari 2500 kalori) tetap penurunan berat badan takkan selaju yang berat 100kg tadi. Sebab, berat badan dia asal-asal pun dah lebih ringan banding yang 100kg tu.
Sebab tu tak boleh compare "Apesal saya punya berat lambat, dia punya berat cepat padahal kitorang start makan GC Plus sama-sama".
Memang takkan sama.

Sebab tu dalam setiap pembelian GC Plus, kitorang ada sediakan Weight Loss Tracking Card.
Selama 10 hari pengguna kena track down penurunan berat badan and ukur lilit pinggang.

Why 10 days?

Dalam tempoh 10 hari, berat minimum MESTI turun 570g.
Ini adalah berat minimum untuk semua jenis bentuk badan dapat turunkan dalam tempoh 10 hari.
Kalau dalam masa 10 hari tanpa bersenam dan tanpa berlapar berat korang turun kurang dari 570g, there's something wrong with your body yang mungkin korang sendiri tak tau.
It could be Cushing's Syndrome, it could be stress, it could be thyroid issues, it could be PCOS atau simply tak cukup tido.



Dari 123kg ke 103kg dengan GC Plus.
Sangat determine!
Dia punya harapan simple je - dia nak berat cecah dua angka.
At least untuk permulaan ni, biar cecah dua angka dulu.
Hit 1 milestone, baru set another milestone. Ini baru betul ada plan.
Some yang guna GC Plus, guna sebotol tapi nak turun 10kg sebulan terus.
Rileks la.....kita tak tau apa kelebihan dan kekurangan badan kita. Biar badan adapt dengan GC Plus dulu.

Aku nasihatkan sesiapa yang guna GC Plus, please set milestone yang lojik.
Mula-mula gunakan weight loss card tu dulu.
Yang tu dikira sebagai 1st milestone.
10 hari berat turun lebih dari 570g maknanya badan korang takde masalah nak turunkan berat badan.

Then set 2nd milestone pulak.
Maybe 2nd milestone ni stop makan fast food.
Nasik makan je lah takde hal.
Pastu dah capai 2nd milestone set another one pulak.

3rd mildstone stop terus minuman manis and ice cream.
Kalau tak makan eskrim pun takpe. Bukannya lapar. Masih boleh makan nasik apa.
Dan seterusnya.....

So this contest masih ON.
Siapa yang dah guna GC Plus nak try join contest ni, silakan.
RM500 cash duit raya akan di bank in ke akaun pada 20 Jun nanti.

Tarikh tutup penyertaan pada 16 Jun (Jumaat).
Ada 3 hari lagi untuk korang hantarkan :

1. Gambar before and after.
2. Ceritakan tentang weight loss journey dengan GC Plus (boleh email/whatsapp/live chat).
3. Kita akan mintak email and phone number untuk trace purchase yang pernah korang buat.

Tarikh tutup 16 Jun.
Bagi kitorang masa sehingga 19 Jun untuk pilih pemenang.
20 Jun kita announce.

Kalau nak hantar penyerataan melalui email, emailkan ke aku terus : diana[at]xzizbiotech[dot]com
Kalau nak whatsapp, hantar ke 012-7728976.
Kalau nak cerita kat live chat, boleh klik live chat kat website www.greenaard,com.

Pemilihan pemenang tak semestinya dikira dari segi jumlah berat badan yang turun tapi juga rekod purchase dan weight loss journey.

RM500 cash duit raya.
SEORANG PEMENANG.


Kalau terasa-rasa nak beli GC Plus, isi form ni :


Name:
Email Address:
Package: 1 x GC Plus
2 x GC Plus
3 x GC Plus
Location: Semenanjung
Sabah/Sarawak
Address:
Phone: