2017-05-11

Sikit tapi selalu


Malam ni malam Nisfu Sya'ban.
Aku baru je naikkan status pasal ni kat FB tentang amalan malam nisfu Sya'ban dan kalau ada kekuatan, moh le puasa esok (sambung Sabtu kalau baru nak puasa esok).
Pastu ada reader PM tanya pasal amalan.
Dia cakap dia cuba nak buat amalan-amalan sunat like solat sunat, piasa sunat, mengaji and zikir tapi tak boleh nak buat continously. Banyak sangat halangan - nak masak, nak menggosok, anak menangis, nak bagi anak makan. Katanya mengaji 2 tahun belum tentu khatam sebab asik skip je dek kerana tak sempat. Lama-lama dia jadi stress.

Lepas tu dia kata dia terbaca status aku kat FB dulu aku tulis "Hati yang tak tenang bukan kerana kurang rehat, tapi kerana kurang ibadat". Dia cakap mungkin itu antara sebab kenapa dia always stress. Tapi macamana dia nak banyakkan ibadat kalau banyak urusan tak settle.

Aku rasa ada yang salah faham dengan status aku tu.

Banyak ibadat bukan hanya bermaksud kena buat semua jenis amalan sunat setiap masa.
Kalau sempat, takpe. Kalau tak sempat pun takpe jugak.
'Banyakkan amalan' juga bermaksud amalan yang sedikit tapi dibuat dengan konsisten.

Even ulama dulukala pernah kata "Seburuk-buruk perangai manusia adalah yang hanya rajin beribadat di bulan Ramadan saja. Sesungguhnya orang yang soleh adalah orang yang rajin ibadat dan rajin solat malam sepanjang tahun".

Maksudnya kat sini, kalau nak beribadat pastikan ibadat itu rutin.
Ada orang masa tengah semangat, sebulan non stop dia solat malam. Bersungguh.
Tapi lepas semangat dah menurun, setahun tak bangun malam.
Yang ni Allah tak suka.

Bukan banyaknya amalan yang Allah nak, tapi istiqomah.
Jadi, pilihlah mana-mana amalan yang kita mampu buat, dan buatlah dengan istiqomah.

Kalau nak puasa Isnin Khamis, buat setiap Isnin Khamis.
Kalau nak dhuha, jangan bulan ni buat dhuha 12 rakaat setiap hari, pastu bulan depan dan seterusnya tak buat dah.
Kalau nak solat malam, buat setakat mampu. Kalau mampu buat 2 rakaat, buat 2 rakaat je. Tapi rutin.
Bukan buat 12 rakaat tapi lepas semangat turun terus tak buat-buat dah.

Aku pernah terbaca kisah seorang pompuan yang kuburnya nak dialihkan. Rasanya kisah ni berlaku kat Malaysia. Tapak kubur tu nak dipindahkan. Bila tiba giliran kubur dia, jasadnya elok lagi. Macam fresh baru kebumi, kain kapan memang ada stain tanah tapi tak reput pun. Kalau tak salah itu jasad budak pompuan yang meninggal umur 17-18 tahun. Bila ditanya maknya, apa yang anak tu buat masa hidup sampai jasad dia macam tak terusik walau dah bertahun, ibu dia kata macamana sibuk pun, anak dia akan pastikan setiap kali lepas solat akan mengaji walaupun setengah mukasurat.

Pernah dengar tak kisah seorang sahabat Rasulullah saw yang masuk syurga hanya kerana tiap-tiap malam sebelum tidur dia selalu ikhlas maafkan kesalahan orang-orang yang buat salah padanya?

Pernah dengar kisah Bilal bin Rabbah, dalam sebuah hadis Imam Bukhari, Rasulullah saw tanya "Bilal, ceritakan kepadaku amal apa yang engkau buat sebab aku dapat mendengar bunyi terompahmu di syurga?" Bilal jawab: "Tidak ada amal ibadah yang paling ku harapkan selain sentiasa berwuduk baik siang dan malam".

Kita yang biasa-biasa ni pulak kalau sampai semangat, ibadat tak ingat dunia.
Tapi kejap je. Bila semangat tu menurun, lansung tak buat dah.
Kita ingat amalan yang bawa kita ke syurga adalah amalan yang banyak - kena banyak mengaji, puasa sunat, solat malam, solat sunat, zikir - tapi dibuat jarang-jarang - ikut mood.
Sedangkan Bilal hanya dengan istiqomah jaga wuduk menjadi asbab dia masuk syurga.

Bukanlah maksudnya tak payah buat lansung.
Nanti ada pulak yang decide nak istiqomah berwuduk je, benda lain taknak buat.
Bukan macam tu.
Bilal pun solat malam juga, puasa sunat juga tapi dia decided untuk jaga betul-betul satu amalan yang dia pasti akan buat dengan konsisten iaitu menjaga wuduk.

Hendaknya kita juga ada amalan yang konsisten yang kita buat setiap hari.
Kemuliaan manusia terletak dari konsistennya menjaga amalnya.
Walaupun amalan yang sederhana, tapi dibuat dengan istiqomah.
Ramai orang boleh beramal ibadat, tapi tak ramai yang boleh konsisten.
Sebab itulah syurga ada banyak pintu dan setiap orang akan masuk ikut pintu-pintu yang sesuai dengan amalan yang dibuatnya semasa hidup. Carilah satu amalan yang kita suka dan buat yang tu dengan istiqomah sementara amalan lain cuba dibuat sama.

Aku pernah bagitau dulu apa yang aku buat. Aku rasa ada yang stress kot bila baca senarai amalan tu. Pernah ada sorang PM aku tanya "Nak tanya, Puan ada maid tak kat rumah? Sebab saya takde maid jadi saya nak buat semua amalan tu tak sempat".

Bukan maksudnya kena buat semua. Kalau nak buat semua, alhamdulillah.
Jangan jadikan apa yang aku share tu sebagai satu benda yang menambahkan stress.

Dunia ni penuh dengan orang yang tahu dan yang tak tahu.
Jadi aku share pada yang tak tau.
Aku share apa yang aku buat  dengan harapan kalau ada yang buat asbab sharing tu, boleh la aku tumpang pahala korang sekali.

Dalam 24 jam waktu kita, banyak sangat ibadat yang kita boleh buat.

🔹 Solat tepat pada waktu.
🔹 Solat jemaah.
🔹 Solat malam.
🔹 Dhuha.
🔹 Bersedekah everyday.
🔹 Berwuduk setiap kali lepas mandi (yang ni aku dah start amalkan sejak setahun lepas after sharing dari Sang Nila Utama. Walaupun tak sampai 2 minit berwuduk, En Wan dah terpegang aku. Menjeling je aku kat dia tapi takpelah janji dah buat. Dah berlaki ni payah sikit wuduk tu nak kekal. Eh).

🔹 Sebelum tidur ambik wuduk.
🔹 Puasa Isnin Khamis.
🔹 Mengaji setiap kali habis solat.
🔹 Cuba hafal surah walaupun satu ayat.
🔹 Zikir, tahmid, tasbih, tahlil.
🔹 Membaca bahan ilmu sehelai setiap hari dengan niat nak perbaiki amalan.

Banyak kot.
Tinggal pilih 1, ikut kemampuan kita, dan buat itu dengan rutin dan istiqomah.
Slowly nanti upgrade sikit demi sikit kepada 2 amalan, 3 amalan, dan seterusnya.
Kalau awal-awal ni nak pilih 2 terus pun pilih lah. Nak buat semua pun bagus. Yang penting konsisten.
Sebab Allah suka amalan yang dilakukan secara terus-menerus walaupun sikit.




Esok kita open Promosi Hari Ibu dari 12-15 May.
Kali ni offer hanya untuk pembelian Nutrijuice.
Setiap pembelian 2 botol Nutrijuice akan dapat 1 free gift produk terbaru GreenAard iaitu Natuurlik.
Natuurlik adalah produk organic. Natuurlik bukan new brand dari aku, tapi organic product series di bawah label GreenAard. Masih menggunakan nama GreenAard jugak.
Kita start dengan Aroma Soap - Cedarwood and Agarwood.

Natuurlik ni sebenar-benarnya kita akan release kemudian.
Tapi sempena Hari Ibu ni kita akan bagi FREE Natuurlik untuk korang test dulu.
Ini adalah handmade soap. Organic means less buih, jadi kulit yang sensitif dengan buih boleh pakai.
Kalau berminat nak tau lebih lanjut tentang offer Mother's Day ni, refresh page ni lagi sekali and isi form.