Cerita Khamis lepas.
Baru ada mood nak cerita hari ni.
Khamis lepas 16th wedding anniversary. En Wan buat surprise bagi bunga kat opis time lunch hour.
Patut la pagi tu dia kata kat aku tengahari ada appointment. Aku pun angguk je la. Tak expect apa-apa pun sebab kebetulan memang minggu lepas busy untuk minggu Founder's Sale Day, jadi masing-masing sibuk dengan task sendiri.
Rupanya, tengahari tu dia 'appointment' kat florist.
Elok je la pulak angkut si Rayyan datang opis sekali.
Rayyan kan memang suka kalau jadi orang suruhan macam ni 😂.
Dia terasa macam dia orang penting la.
Yang penting sendiri mengaku as 'Loving Husband' tau.
Selalunya "To My Lovely Wife.."
Ini tak. Dia puji diri sendiri dulu.
Laki korang ada mengaku macam ni? 😂😂
16 kuntum bunga untuk 16 tahun perkahwinan kata En Wan.
Bunga ni masih segar sampai ke pagi ni.
Tapi petang karang mak mertua aku nak membaraikannya. Dia nak jemur dia kata.
Itu sajalah celebration sempena 16 tahun.
Petang tu dinner makan nasik je. Nasik masak sendiri lak tu. Hahaha.
Ini namanya eskrim Melaka. Dorang hidangkan sebagai welcome drink.
Jumaat, the next day, En Wan and aku pi Casa Del Rio, Melaka.
Sampai sana pukul 4pm, esok paginya kul 11am dah gerak balik KL tau.
Aku tak tau la apa fungsinya pi sana. Sabit nak tido je sanggup meredah jem kat Melaka tu.
Aku dengan En Wan memang dah tak reti nak honeymoon lama-lama agaknya menjak dah cecah 40 tahun ni. Pegi hari ni, esok balik. Puncanya, sebab anak-anak takde. Tak best pulak rasanya takde budak-budak ni. Tapi kalau ada, anak tekak aku macam nak terkeluar pulak pekikkan dorang. Bila dah sunyi-sunyi berdua-duaan ni rasa boring pulak. Maunya, kitorang sampai je bilik terus bukak laptop sambung buat keje 😆😆. En Wan lagi la, pukul 1 pagi baru tido buat keje. Aku pukul 11pm dah padam.
Mula-mula aku ingatkan yang tepi tu lah swimming pool dia.
Rupanya ni kolam hiasan dia je. Pool kat atas.
Malu ai 😝😝.
Terasa amannya dapat bergambar dalam suasana tenang. Kalau tak, hiruk-pikuk yang sorang menjerit, yang sorang panggil. Bila dah sunyi-sunyi macam ni barulah rasa senonoh sikit bergambar.
Ni tengah lepak kat lobby sementara dorang uruskan check in.
Kitorang duduk bilik King Deluxe Riverview.
Tak tau la pulak rupanya dorang upgrade bilik kitorang siap ada extra bed.
Hishh, kalau tau, aku angkut je Rayyan sekali.
Takpelah, next time ada rezeki datang sini lagi bawak anak-anak.
Silap-silap bapaknya yang kena tido katil ni.
Yang bestnya, dalam bilik dah tersedia onde-onde 😉!!
Macam tau-tau je aku memang tengah cari onde-onde. Ada 3 ketul dalam tu. Sedap gila!
Pool tingkat atas sekali.
Petang tu menemankan orang tua ni nak swimming. Dia ajak aku terjun sekali, jangan harap.
Aku mana pernah ada bakini menjak bertudung. Bikini ada la. Tapi tak tau la muat lagi ke tak. Kahkahkah.
Malam tu dorang ketuk pintu bilik hulurkan chocolate drink ni.
Malangnya dua-dua pun tak minum coklat.
Tapi suka la effort macam ni.
Tak salah aku, so far yang aku perasan buat servis macam ni Saigon Hotel kat HCM and Hilton Bandung.
Malam tu En Wan ajak dinner kat Hard Rock.
Eh kata nak pi HR kan, mekap haruslah gothic. Lipstik hitam u olsss. Gasakkk.
View lobby hotel waktu malam.
Casa Del Rio memang dekat nau dengan HR. Jalan kaki pun boleh.
Ini kali kedua aku makan menu yang sama di HR yang sama.
Sebab yang ni memang super duper sedappsssss!
Kali pertama datang sini dulu En Wan order nasik goreng.
Kali ni aku cakap kalau nak makan nasik goreng, kat tepi hotel tadi sah-sah ada kedai jual nasik goreng, baik makan situ je. Last-last dia order Cabonara.
Masa mula-mula pinggan ni sampai, dia tanya aku "Eh apesal warna putih? Abang order spegeti tadi".
Aku cakap betul la ni spageti.
DIa balas balik "Tapi selalunya spagetui abang warna coklat"
Aku nak gelak tak sampai hati tau.
Aku cakap "Ye lerrrrrrr (panjang sikit harakat dia). Yang coklat tu nama dia spageti bolognese. Yang putih ni nama dia spaegti cabonara. Dua-dua pun spageti".
Laki aku ni ingat spageti tu hanya yang bolognese. Kalau selain dari warna coklat, bukan spageti agaknya.
Pi makan nasik dagang je lah lepas ni.
Tak tau la apesal muka aku putih nau dalam gambar ni.
Mungkin aku lebih beriman dari dia 😂😂.
First time En Wan masuk HR tak shopping. Memang kebetulan takde baju yang cantik kat dalam tu.
Padahal baru lepas mentekedarah kan.
Tapi lalu kat Jonker Street nampak coconut shake, terus beli.
Sekali tak sedap! Gila tak sedap lansung. Manis gula je rasa.
Singgah gerai uncle ni beli belacan. Mak mertua aku dah pesan belikan belacan.
En Wan punya. Dia kata manis. Tapi aku tak try pun.
On the way balik ke hotel, lalu depan Calanthe Art Cafe.
Masa hala nak pi HR dah perasan dah kedai ni.
Macam menarik sebab macam kedai kopi dulu-dulu.
Tapi sebab tekak nak makan kat HR, jadi pi HR jugak.
Bila hala balik, eh kuat pulak saka Calanthe ni memanggil-manggil aku masuk ke dalam.
Cun eh?
Sangat kreatif.
Historical building macam ni pun boleh jadi tarikan kalau pandai manage.
Cun eh?
Sangat kreatif.
Historical building macam ni pun boleh jadi tarikan kalau pandai manage.
Mentekadarah lagiiiii.
Terer kan perut aku?
Sebenarnya aku yang nak makan.
En Wan memang bagi sokongan padu kat aku bab-bab makan ni.
Dia join sekaki, tapi order satey je.
Aku tak tau la memang pesen cafe ni atau memang orang melaka maka satey style gini.
Sebab dia punya kuah kacang takde rasa kacang lansung.
Dan pedasssssssssssssssssss nak mati!
En Wan yang kuat makan pedas tu pun givap nak teruskan. Dia makan 2 ketul je.
Aku rasa zaman aku kecik dulu aku kerap makan satey kat Melaka.
Takde pulak kuah dia camni.
Ke orang tu salah bagi kuah? Kahkahkah.
Tapi aku habis makan ni semangkuk 😂.
Ni signature dish kat cafe tu - Laksa Nyonya.
Baru je hari tu aku nampak orang share video Aunty Gan's Nyonya Laksa.
Sekali melintas pulak depan menu ni. Konfem lah ini yang aku pilih.
Kalau kau tengok video Aunty Gan tu ya ampunnnn, aku rasa macam nak pegi je rumah aunty tu mintak sikit. Style nyonya nyonya kalau masak memang best. Dalam video tu dia pakai homemade prawn ball. Masa aku tengok video tu aku dah terasa-rasa ni mesti best ni homemade prawn ball. Sekali kat Calanthe ni pun sebijik la oiiii, homemade prawn ball. Boleh nampak ball tu bergerigi. Patut la masa aku makan ball tu rasa sedap nak mampus. Gila lah kena repeat. Dah satu hal meredah jem kat Melaka semata-mata nak makan Nyonya Laksa ni. Series lah aku nak makan lagiiiiiiiiiiiiii.
Ni korang tengok Aunty Gan ni buat Laksa Nyonya.
Yang aku dah nikmatiknya di Calanthe.
Aku tau yang kat Calanthe tu bukan Aunty ni yang buat tapi yang tu pun dah sedap gila kot.
Aunty ni punya resepi dia kata "main agak-agak je lah".
Kalau aku buat resepi main agak-agak camni, konfem tak teragak-agak orang nak muntah pastu.
Aunty ni punya resepi dia kata "main agak-agak je lah".
Kalau aku buat resepi main agak-agak camni, konfem tak teragak-agak orang nak muntah pastu.
Esok pagi breakfast kat hotel.
Kat sini walaupun ada buffet, dia tetap bagi menu book jugak untuk order ala-carte.
So kau boleh makan dua-dua sekali - buffet and ala-carte.
First round : lupa dah semua nama-nama ni. Tapi sedap.
Second round. Pun sedap.
Cuma sosej tu aku geli nak makan sebab comel sangat.
Nampak berkilat-kilat plastik dia. Tak lalu pulak nak makan.
Tapi chicken ham dia sedap ya ampunn.
Suka sangat view cafe dia. Very ekslusif ID.
En Wan mintak ala-carte telur masak 2 biji and toast.
Masa waitress tu tanya dia "Soft or Hard?"
Dia jawab "Half".
Aku rasa dia dengar Hard tu as Half. Maka dia jawab Half.
Yang si waitress tu pun agaknya dengar En Wan cakap Half tu Hard, so dia bagi telur yang hard.
Amekaw terpaksa telan telur rebus 2 biji.
Aku nak gelak depan dia hari tu tak sampai hati. Gelak kat sini je lah. Kahkahkah.
Check out.
Masa kitorang nak turun ke lobi, dah masuk lift, En Wan terperasan beg duit dia tertingal kat front deks. Dah la dalam tu ada cash 4K. Kelam kelibut dia naik balik. Sampai kat lobby, front desk kata Manager dia dah berlari turun ke bawah nak hantarkan beg tu.
Memang best service la hotel ni. Manager sendiri yang berlari turun tangga nak hantarkan.
Sebijik lah macam manager opis ai. Manager opis ai pun macam tu, kadang-kadang berlari turun tangga bawak guni Pos Laju 😂😂.
Thank you Casa Del Rio for the great service.
Tolong lapkan cermin depan sekali.
Turun-turun tengok cermin dah bersih.
Orang kata ni semua bukan free. Dah masuk sekali dalam harga bilik.
Of cos lah. Memang la semua dah masuk sekali. Mana ada orang buat keje free.
But to some people, harga bukan masalah. Yang penting service.
Walaupun kita tau, coklat yang dia hantar ke bilik waktu malam tu semua bukan free, kita dah bayar siap-siap dalam rate bilik.
Pilihan breakfast buffet and ala-carte tu pun bukan free, kita dah bayar awal-awal.
Cermin kereta tu pun kita dah bayar siap-siap.
Tapi, adalah menjadi satu keseronokkan bila kita dilayan istimewa berbanding yang lain.
Itu fitrah manusia, suka dilayan special.
Dan sukakan sesuatu yang mewah.
Kalau tak, takkan lah ada option first class, business class, executive suite, presidential suite, kan?
Tak jumpa udang geragau, kerepek geragau pun jadikkk.
Kerepek tu beli kat depan gerai ni.
Coconut Shake Batu Berendam.
Orang Melaka kata lagi best kat sini dari kat Klebang.
Tapi aku dah rasa dua-dua, sama je kot sedapnya.
Alhamdulillah, queue tak panjang. Belum panjang lagi agaknya time ni sebab pagi lagi.
Gitu kauuuu. Berdereat blender dia.
Kalau beratur 2 jam jugak aku tak tau la nak cakap apa lagi.
Takde orang lagi time ni. Just nice la kalau nak beli, kotang datang lah pukul 11.30 pagi.
Pose la sikit depan kedai kan.
Bukti dah sampai sini 😀.
Aku ambik Special, En Wan ambik Double Special.
Beza kat aiskrim je.
Tapi yang aku punya tu pun dah sedap.
LAST DAY FOUNDER'S SALE DAY HARI NI.
8 MAY 2017, CUT OFF 11.59 MALAM.
Nak beli kalu, refresh page ni and isi email kat pop out window.