2017-05-19

Nak tegur ada cara.




Ditegur atas kesalahan yang dibuat memang bukan perkara yang disukai oleh semua orang. Rasa malu, sakit hati, bila terima teguran. Tapi sebenarnya, menegur lebih susah nak dibuat berbanding ditegur. Sebab selalunya (especially zaman sekarang ni), impak negatif tu lebih teruk diterima oleh orang yang menegur. Sebab, the moment dia start menegur, segala tindakan dia selepas tu akan mula diperhatikan hanya untuk mencari kesalahannya.

Memang tak senang nak menegur orang. Especially saudara sendiri. Nak pulak dalam kes ni, melibatkan ipar.
Adik kita, darah daging kita.
Dia kenal kita, dia faham mulut kita.
Macam adik-adik aku, kalau aku cakap "Sini lah bangang. Kan aku dah tunjuk tadiiii".
Statement "Bangang" tu dorang faham dah yang aku tak maksudkan dorang BANGANG pun.
Tapi kalau orang luar dengar, dia akan cakap "Eh, mulut dia macam cilaka kan?"

Lebih-lebih lagi dalam hal melibatkan anak-anak, tak ramai yang boleh terima anak dia ditegur orang lain. Rasanya cikgu-cikgu lebih faham hal ni kot.

That's why kalau nak tegur, tak kisah la sesiapa pun yang nak ditegur tu, jangan tegur in public. Kalau yang nak ditegur tu adik kita, jangan tegur dia walaupun depan mak sendiri. Ataupun kalau nak tegur dia, jangan ajak backup. Contohnya, kita nak tegur adik kita, jadi kita ajak abang kita join sekali tegur dia. NEVER!
Aku pernah witness keluarga yang menegur bawak satu batallion adik-beradik untuk bash salah sorang adik. Disaster!
Just lakukan empat mata.
Pilih tempat yang privasi.
Bersikaplah profesional.
Jangan malukan orang yang nak ditegur tu depan orang lain.

Kalau nak tegur anak sedara kita, sebaik-baiknya bagitau adik kita saja. Berdua.
Jangan tegur depan-depan suami/isteri dia.
Sebab manusia ada ego.
Kalau darah daging sendiri tegur kadangkala dia boleh terima.
Tapi kalau orang luar (ipar) tegur, payah nak terima. Itu memang biasa.
Kalau kena kat kita pun, kita mungkin sakit hati.

Maybe dalam kes reader ni, kita boleh tegur anak sedara kita tu dulu "Eh, tak boleh main-main dengan makanan tau. Nanti makanan tu nangis, Kesian dia. Sedih dia kita buang-buang dia macam tu".
Lepas tu nanti kau slow talk dengan maknya pulak.
Jangan ajak orang lain dengar sama.
Insyallah mak dia akan appreciate.

Nasihat mesti dibuat secara rahsia dan empat mata.
Kalau hanya kita dan dia saja, apa yang kita tegur akan dia anggap sebagai nasihat. Kata-kata kita akan berbekas kat hati. Tapi kalau kita tegur dia depan orang lain (walaupun depan mak sendiri), besar harapan dia tak boleh terima. Dan dia akan menyangka kita nak balas dendam, atau dengki atau diskredit dia, atau nak jatuhkan kedudukannya di mata orang lain. Dia takkan menganggap apa yang kita tegur tu sebagai nasihat. Tapi kalau dilakukan secara rahsia antara kita dan dia saja, insyallah nasihat kita tadi dia terima.

Lagi satu kalau nak tegur, kalau boleh jangan lah kona ke topik lain.
Maksudnya jangan melencong dari soal pokok.
Jangan kaitkan dengan hal-hal yang takde kaitan dengan topik asal, apetah lagi tetiba kona lipat masuk masalah peribadi.
Mula-mula nak tegur pasal bangun lambat "Kau ni jangan lah bangun lambat. Kesian mak tu sorang-orang kat dapur. Yang bini kau pun sama, selagi laki tak bangun dia pun membuta sama naik ngan kau".
Kan dah menyakitkan hati namanya tu.
Mula-mula kau nak tegur adik kau, tetiba kau sabitkan pulak dengan orang lain.
Ni sebenarnya kau nak tegur sape?

Tapi ada waktu-waktunya teguran tu boleh dibuat depan orang.
Contohnya kisah Rasullulah dalam Hadis Muslim (tak ingat hadis nombor berapa tapi boleh check dalam Muslim). Masa tu hari Jumaat, Rasulullah saw ada kat mimbar tengah berkhutbah, masuk sorang lelaki terus duduk. Pastu Rasulullah tanya dari atas mimbar tu "Apakah engkau telah solat 2 rakaat? (Tahiyatul Masjid). Orang tu jawab "Belum". Pastu Rasullulah cakap "Bangunlah, solat 2 rakaat".
Ini tak dikira sebagai memalukan orang tadi, sebab teguran tu dibuat pada waktu yang tepat sebab kalau dibiarkan, takut nanti terlewat buat solat sunat.

Mungkin kita boleh gunakan teguran cara Rasulullah saw ni masa raya nanti.
Kalau anak-anak kita terkinja-kinja kat rumah orang, tegur anak tu depan-depan. Jangan kau pulak senyum-senyum tengok anak kau buat akrobatik pinggan kat rumah orang.
Jangan sampai kita ditegur oleh tuan rumah pulak.
Sebab, kalau tuan rumah tegur kita "Eh, anak kau main pinggan aku!", nanti kita sentap.
Kita rasa dia nak malukan kita, eksyen macamkan rumah kau sorang je ada pinggan katanya. Tapi kalau dia tak tegur sekarang, tak sampai 3 saat karang PANGGGGGGG bersepai pinggan Hamba Allah tu pulak. Kau nak ganti ke?

Renung-renungkan.





Hari ni LAST DAY untuk offer introductory price Makeup Remover botol baru 125ml.
Cut off 11.59 malam.
Pastikan semua yang dah book, payment buat paling lewat malam ni, ok?
Yang belum book, sempat lagi.
Stok memang dah sampai kelmarin.
Refresh page ni, dan isi form kat pop out window.