2017-05-07

Abang kita bukan hak kita sorang.


Semalam, aku dapat satu email dari reader. Tapi dia tak bagi aku letak email tu kat blog.
So aku cerita secara ringkas je lah.

Dia ni seorang adik.
Dia ada abang yang dah berkahwin lebih kurang 3 tahun and ada sorang anak.
Bawah abang dia ada 3 orang adik lagi yang semuanya dah besar. Paling kecik adalah dia, pun dah kerja jugak. Tapi cuma abang dia je yang dah kawen. Keluarga dari latarbelakang sederhana - mak bapak dah pencen. Kiranya, ada pencenlah.

Dia meluahkan rasa tak puas hati kat abang.
Dia cakap abang dia ni sejak kawen dah berubah. Macam lupa diri.
Dulu boleh je bagi mak bapak RM300, sekarang, RM150 je.
Dulu kalau balik kampung rajin belanja makan, apa mak nak, semua dia belikan. Sekarang takde dah. Balik kampung pun duduk je kat rumah, takde pegi mana-mana. Ajak pi pasar malam pun taknak. Takut bini. Bini pulak macam tak kasik abang lepak dengan adik-beradik. Abang ke dapur, dia ke dapur. Abang duduk sembang dengan mak, kejap lagi dia duduk datang. Seolah-olah macam nak mendengar je apa abang berbual.
Kalau datang rumah, kakak ipar kadang-kadang buat muka.
Macam tak suka je dorang adik-beradik datang singgah.
Dia kata, mak kecik ati dengan abang sebab abang dah tak macam dulu.
Mak kata abang sekarang berkira serba-serbi. Macam lupa diri.

Dia mintak pandangan aku macamana nak nasihatkan abang dia.

Kalau tanya aku, aku akan mintak dengar cerita belah abang dia dulu.
Baru adil.
Tapi aku boleh bagi pandangan berdasarkan common sense.

Hidup bujang dan hidup berkeluarga lain. Tak sama.
Masa bujang, kita takde tanggungan. Paling kuat pun bayar duit kereta ngan sewa rumah.
Setakat nak isi perut, makan kat mamak 2 minggu pun takpe.
Tido asal boleh tidur, tilam saje pun boleh.
Sebab tu zaman bujang boleh belanja adik-beradik kerap, boleh bagi duit kat mak bapak banyak. Sebab takde komitment apa-apa lagi.

Bila dah kawen, keadaan berubah.
Kalau dulu boleh bagi RM300 sebulan kat mak bapak, bila dah kawen mungkin terpaksa dikurangkan.
Kurangkan pemberian adalah jauh lebih baik dari tak bagi lansung.
Kerana ada perkara lain yang lebih perlu diutamakan.

Bila dah kawen, takkan nak sewa bilik, harus sewa rumah sebijik untuk kita dah wife.
Dah sewa sebijik rumah, haruslah nak tak nak barang rumah nak kena beli jugak. Nanti sedara-mara datang takkan selamanya nak bersimpuh atas simen.
Kalau tak beli selepuk pun, paling tak bulan ni beli meja makan, bulan depan beli karpet. Sikit-sikit.
Bila setiap bulan ada komitment untuk beli barang keperluan, wajarlah kalau kebiasaan yang dibuat semasa bujang tu dah berkurangan.
Kalau dulu, tetiap minggu belanja adik-adik, now mungkin sebulan sekali je.
Kalau dulu tetiap minggu balik kampung, now mungkin sebulan sekali je.

Sebagai ahli keluarga, seboleh-bolehnya cubalah cari ruang untuk bersangka baik dan faham keadaan ahli keluarga yang lain juga.
Jangan kita main pukul rata apa mak kita cakap tu betul.
Orang tua ni semakin berusia, semakin sensitif. Ini memang normal. Kadang-kadang dorang bercakap guna hati, bukan akal.
Kita sebagai orang muda, jangan nak simbah api lagi.
Kena bagitau mak "Mak, abang dah ada keluarga, ada anak. Tanggungan besar. Dia bagi mak RM150 sebulan tu dah cukup. Mak kan ada pencen. Adik-beradik lain pun kan bagi duit jugak kat mak".
Cakap macam tu.
Kadang-kadang mak kita tak faham sebab dia dah terbiasa dapat banyak tu tetiap bulan.
Jadi bila dapat kurang, naluri orang tua akan rasa terkilan seolah-olah anak dia lebih sayangkan isteri.
Jadi, kita kena bagitau mak kita, biar dia faham. Jangan pula kita sama-sama nak salahkan abang hanya kerana bengang dengan kakak ipar.

Dalam masa yang sama, kita kena cuba faham kakak ipar.
Kakak ipar 'buat muka' bila kita datang rumah sebab apa?
Kadang-kadang kita tak perasan mungkin sebab kita tak hormat dia.
Mentang-mentang itu rumah abang kita, maka kita sesuka hati nak datang, nak balik.
Datang pun tak bagitau. Main redah.
Well, mungkin betul rumah tu abang kita beli tapi itu dah jadi rumah kakak ipar jugak.
Yang jaga makan pakai abang tu is kakak ipar kita, jadi itu adalah rumah dia juga.

Dalam hal ni, aku respect Kak Long En Wan.
Kak Long aku kalau nak datang rumah, dia akan call "Diana, Kak Long nak datang tido 1-2 malam boleh?".

Aku sebenarnya tak kecik ati pun kalau Kak Long tak mintak permission sebab rumah aku ada mak. Jadi rumah aku dah macam rumah mak.
Tapi aku appreciate effort Kak Long always bagitau aku dulu yang dia nak datang.
Sometimes, kalau datang ramai Kak Long akan cakap "Kak Long nak datang ngan anak-anak Kak Long ramai ni, 3 buah kereta. Tumpang tido rumah Diana 1-2 malam boleh?"
Simple things like that bukan keluar duit beratus pun. Hanya budi bahasa.
Budi bahasa tu yang akan orang kenang, bukan duit. Duit kau banyak sekalipun, kalau takde budi bahasa, pegi lah mati.

Kakak ipar 'menyibuk' setiap kali abang bersembang dengan mak and adik-beradik - yang ni aku tak faham.
Kenapa mesti dikatakan akak ipar 'menyibuk'?
Kan itu kakak ipar? Adekah kakak ipar bukan keluarga?

Benda ni aku rasa masih ramai lagi yang confuse.
Asal nak bersembang dengan ahli keluarga, asal nak happy-happy, ipar duai dan menantu dianggap orang luar.
Tapi kalau nak mintak tolong, nak pinjam duit, tiba-tiba ipar duai and menantu jadi keluarga, kan?

Kakak ipar tu kan ahli keluarga juga, apa yang peliknya kalau mana laki dia pergi dia ikut sekali?
Ke memang tak boleh?
Aku konfius gak ni sebab aku jenis mana laki aku pegi aku ikut.
Laki aku masuk dapur, jap lagi aku pun masuk dapur gak.
Laki aku keluar pi depan, jap lagi aku pun keluar gak.

Cakap kat mak, abang bukan lupa diri.
Kalau lupa diri, konfem abang tak balik-balik dah kampung, let alone nak hulur duit bulan kat mak bapak.

Sometimes kita lupa yang abang kita dah kawen.
Dia juga adalah hak orang lain, bukan hak kita sorang.
Apetah lagi kalau dah ada anak, takkan kita expect abang layan kita semua macam dulu lagi?
Now gaji dia kena dulukan pada anak and isteri.
Kalau ikut hukum bersedekah pun, kena bagi pada isi rumah dulu, kalau ada lebih baru sedekah pada yang lain.
Tak kesian ke kat abang bila dia kena jaga anak isteri, at the same time nak continue 'jaga' kita macam zaman bujang dulu?
Nak harap abang kita je hulur duit kat mak bapak? Abis yang kita buat apa? Goyang telo?

Bila tak dapat macamana yang pernah kita dapat dulu, mudah kita labelkan orang lain "lupa diri".
Padahal kita yang tak sedar diri.
Dan tak tau malu.
Segala benda nak harap abang kita settlekan, segala benda nak mintak abang kita payung.

Lagi satu, aku menyampah bila ada yang gunakan alasan "Kau gaji besar, kau lah bagi lebih".

Oh kalau macam tu seronok la bergaji kecik. Forever tak payah membantu sebab alasan gaji kecik.

Ini pun isu biasa dalam keluarga.
Balik-balik yang itulah yang kena tuju sebab dia sorang bergaji besar.
Kalau gaji kita RM10K sekalipun kita akan always declare kita bergaji kecik hanya kerana ada adik-beradik lain yang bergaji 50K.
That's not fair bila tanggungjawab menjaga keluarga (mak bapak) dinilai berdasarkan gaji masing-masing. Unfair and stupid.

Why not ada tolak ansur sikit.
Abang tanggungan besar, dia hanya dapat bagi RM150 sebulan.
Why not kita yang tak dapat bagi banyak kat mak bapak (atau maybe tak dapat bagi lansung), kita offer diri untuk balik kampung jenguk mak.
Takde lah abang tu broke tetiap bulan. Nak bagi duit pun dia, nak balik kampung tetiap bulan pun dia, nak belanja makan pun dia.
Pandai-pandai lah uruskan, mak bapak sendiri kot. Takkan nak harap orang yang sama je ambik peranan.

Sometimes, bila kita asik harapkan orang, itulah yang jadi punca kenapa ipar-duai berbalah.
Sebab kita mempunyakan abang kita sebagai hak sendiri.
Itu abang aku, maka abang aku kena jalankan tanggungjawab dia.
Itu abang aku, so aku punya sukalah nak suruh dia belanja makan.
Itu abang aku, sukati lah aku nak datang rumah dia bila-bila masa.

Kakak ipar akan sakit hati.
Bukan sakit hati kau punyakan abang kau.
Tapi sakit hati kau tak hormat dia sebab abang kau tu juga adalah hak dia.
Kak Long aku nak ajak En Wan teman dia pi Bangunan MARA pun tanya aku dulu "Diana, esok Kak Long nak mintak abang temankan Kak Long pi MARA kejap. Takpe ke dia takde kat opis?"

"Takpe Kak Long, ai lagi suka dia takde kat opis tu" ðŸ˜‚😂.

Kita asik mintak abang kita belikan itu ini, belanja itu ini, macamana la kakak ipar tu tak menjeling. Kadang tu akak ipar menjeling bukan sebab Queen Control, tapi dia menjeling sebab nak bagitau abang kau "Susu anak tak beli lagi yaaaaaaaaaa. Duit jangan nak kerenyai-kerenyaikan sangat".

Kan bagus, instead of kau dapat kasih-sayang abang, kau dapat kasih-sayang kakak ipar sekali?
Ambik hati dua-dua, nescaya dua-dua akan sayang kita, akan tak berkira dengan kita.
Bila abang ipar tak dapat belikan apa yang kita nak, sape tau kakak ipar yang akan belikan.

Bukan susah sangat nak berkasih-sayang.



FOUNDER'S SALE DAY TINGGAL 2 HARI LAGI.
Yang dah dapat email respon dari aku, make sure payment dibuat paling lewat esok malam, ok?