2017-05-22

Betul ke yang baik untuk yang baik saja?


Kelmarin aku ada baca artikel tentang sorang pompuan yang dikatakan rampas laki orang.
Pompuan ni katanya liar, sexy. Isteri lelaki tu katanya baik, sopan.
Tak kisah la tu, itu bukan isunya.
Yang aku ada sikit 'meluat' bila ramai yang bagi respond cas-cas alim - "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Tuhan nak tunjuk tu sebenarnya laki dia jahat. Kalau dah biasa buat jahat, susah nak jadi baik".

Nasihat apekejadahkah ini?

Bunyi macam nak bagi nasihat unsur-unsur agama tapi macam tak kena.

Asal ada kes perempuan ambik laki orang, WAJIB ada orang komen macam tu - perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Sebenarnya nak cakap yang pompuan ambik laki orang tu jahat, tapi nak berlapik maka gunakanlah ayat agama, nampaklah baik sikit bunyiknya. Takde la nampak kejam sangat.

Dah tu, yang selama ni isteri pertama tu pun jahatlah maknanya, kan? Sebab tu dapat laki yang jahat juga. Cuma selama ni tak nampak perangai jahat laki dia.
Bila laki dia kawen lain, dan-dan nampak laki tu jahat.
So laki tu je ke yang jahat?
Apesal tak kaitkan yang isteri pertama tu jugak kemungkinan jahat juga sebab tu dia dapat laki tu dulu? Why?

Jangan ambik separuh-separuh ayat Allah.
Baca seluruhnya.

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." - (An- Nur, 26)

Ayat ni betul.
Tapi ayat ni turun sebab apa?

Kisah ni panjang.
Tak salah aku, aku ada baca kisah penuh ni kat Biografi Muhammad saw.
Buku tu aku pass kat Sang Nila Utama so aku tak dapat nak retrieve balik muka surat berapa. Tak salah aku, memang dalam buku tu.

Ceritanya tentang Aishah ikut rombongan Rasulullah saw.
Sampai kat satu tempat tu Aisyah nak pegi buang air (kalau tak salah).
Bila dia patah balik, rombongan Rasulullah saw dah beredar.
Aku ingat-ingat lupa kenapa rombongan tu tak tunggu dia. Tapi bukan sengaja lah, something to do with tali unta terlepas ke apa ke. Lebih kurang macam tu.
So kebetulan ada sorang ahli rombongan juga tertinggal. Lelaki tu hantar Aisyah balik. Dia suruh Aisyah naik unta dia, dan dia berjalan di depan.

Jadi kaun munafikin buat fitnah Aisyah dengan lelaki tu ada hubungan terlarang.
Rasulullah saw buntu and sedih, dia tunggu pentunjuk dari Allah. Ketika tu Allah turunkan wahyu dan Rasullulah kemudian bacakan ayat tu.
Ayat tu sebenarnya diturunkan untuk kes Aisyah, untuk menjaga kesucian isteri Rasulullah dan bersihkannya dari fitnah.
Bukan boleh diguna sewenang-wenangnya tanpa faham asal usul cerita.

Kalau betul lelaki yang baik untuk wanita yang baik, please explain Nabi Luth yang isterinya penghuni neraka?

Please explain Firaun yang dapat isteri penghuni syurga?

Ayat perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik itu sebenarnya adalah PERINTAH.
Bukan satu statement yang boleh kita gunapakai sesuka hati especially nak 'mempadan-mukakan' orang lain.
Ayat tu memerintahkan kita untuk create keadaan jadi baik.
Maksudnya, ayat tu ajak kita untuk jadi baik supaya endingnya juga baik.
Kalau kita tak baik, dah tentu endingnya lebih menjurus kepada tak baik.
Ayat tu bukan untuk kita guna sebagai standard untuk nilai baik buruknya orang lain.
Standard manusia dengan standard Allah jauh beza.
Manusia punya standard ni lebih kepada perikemanusiaan, contohnya "Walaupun dia kafir, tapi dia dermawan".
Tapi Allah punya standard hanya satu - iman. Iaitu those yang beriman dengan sebenar-benar iman dan menjadikan Quran sebagai pedoman hidup.

Kalau kita nampak ada keburukan pada pasangan kita, jangan perasan kita lebih baik dari dia.
Boleh jadi itu cara Allah bagitau kekurangan atau keburukan kita.

Kalau kita nampak ada keburukan pada pasangan orang lain, jangan anggap pasangan kita lebih baik dari dia.
Boleh jadi itu cara Allah uji iman kita samada kita mahu bersyukur atau kita riak dengan pinjamanNya tu.

So, jangan gunakan ayat Quran sekerat-kerat je tanpa cuba faham the whole story.




Yang beli kurta and shawl, tolong KLIK SINI.
Ada good news untuk korang.