2017-05-04

16 tahun




Hari ini, 16 tahun yang lepas - 4 May, hari nikah aku and En Wan.
Alhamdulillah dah 16 tahun hidup bersama.
Apa yang aku celebrate hari ni? - Takde ðŸ˜‚.
Sebab minggu ni buat Founder's Sale Day, so banyak keje sikit nak kena buat. Lagipun tengahari nanti En Wan ada appointment, so hari ni wish saje lah. Tunggu hujung minggu, itupun kalau teringat.

Dulu every wedding anniversary memang aku look forward.
Slowly, dah tak se-excited dulu. Excited nak sambut ulangtahun tu ada, tapi kalau celebrate tu maybe dah kureng sikit.
Maybe sebab faktor usia, atau busy, atau penat atau sebab hari-hari pun kitorang mengadap satu sama lain - kat rumah pun hadap dia, kat opis pun hadap dia. Setiap waktu makan, kitorang 'makan beradap'. Ko hadap aku, aku hadap kau. Kahkahkah.

En Wan boleh dikatakan antara lelaki yang berani kawen awal - 24 tahun dah kawen.
Masa mula-mula aku kenal ngan En Wan dulu dia ada bagitau yang dia plan nak kawen before 25 tahun. Dia kata tak kisah nak kawen awal sebab balik Malaysia keje dah tunggu dia. Budak-budak Jepun ni selalunya balik Malaysia memang keje dah menunggu jadi takde masalah nak kawen awal. Walau fresh graduate, gaji dah tinggi. Lagipun masa kat Jepun En Wan rajin buat part time sebab tu dia berani letak target kawen sebelum 25 tahun.

Masalahnya, masa dia bagitau aku dia nak kawen before 25 tu, awek pun takde lagi ðŸ˜‚.
Waktu tu kitorang baru kawan-kawan je. Panggilan pun 'kau-aku'. Gengster.
Akhirnya berjaya jugak dia kawen before 25. 
Aku dulu target nak kawen umur 27 sebab dulu kan aku ngan exbf satu tempat blaja. Kitorang bajet, memandangkan kitorang akan grad sama, so kena bagi masa kat diri sendiri untuk cari duit dulu. Maybe 3-4 tahun kerja kumpul duit dulu pastu baru pikir nak kawen.

Tapi, Allah's plan is always the best.
Akhirnya aku kawen umur 23, hanya setahun selepas berkerja dan dengan orang lain.
En Wan kawen umur 24, dalam keadaan gaji pertama pun belum dapat lagi. Hahaha.

Alhamdulillah, walaupun orang kata kawen awal boleh ke bina hidup? Insyallah, Tuhan taulah nak buat keje Dia.
Rezeki kitorang tak datang dengan cash money tapi dengan banyak kemudahan.

Rezeki senang dapat kerja.
Aku habis blaja bulan Feb 2000, tak sempat nak menganggur lama. 2 minggu lepas tu dapat offer keje. Sebab kawan Mak Aji kat UKM tu offer aku untuk jadi RA kat Kementerian Sains. En Wan pulak dah tentu-tentu balik Jepun keje dah tunggu, tinggal nak lapor diri je.

Rezeki dapat kenderaan sendiri, free.
Masa balik Malaysia, kereta En Wan belum sampai.
Alhamdulillah masa tu aku dah ada kereta Kancil Mak Aji hadiahkan sempena habis blaja, jadi En Wan takde masalah nak pegi keje, kereta dah ada. Sebulan lepas kawen, kereta En Wan pun sampai. Jadi dah ada 2 kereta. Tapi balik-balik dia melenjan kereta aku jugak sebab dia kata kilang dia tak sediakan parking berbumbung, nanti kereta sport dia panas. Kereta ai murah jewwwww so boleh la jemur kan kat panas gitewwwwwwww ðŸ˜¡.

Rezeki tumpang rumah mak.
Duduk pulak kat rumah Mak Aji.
Walaupun jauh En Wan nak berulang dari Bangi ke Shah Alam hari-hari, at least jimat banyak dah tu. Sebab duduk free ðŸ˜Š. That's why after 3 months kitorang dah boleh keluar pindah ke Subang Jaya sebab dalam masa 2-3 bulan tu kumpul duit. 

Rezeki perabot free.
Barang-barang bilik tido Mak Aji hadiahkan. Mak Aji hadiahkan jugak 2 set dinnerware. En Wan pulak bawak balik home teater dia masa beli kat Jepun dulu. So, legalah sikit.

Semua tu datang bukan dalam bentuk cash.
Tapi datang dalam bentuk kemudahan dan penjimatan, alhamdulillah.

Oh, kitorang memang tak honeymoon lepas kawen. Sebab nak simpan duit untuk cepat-cepat pindah ke rumah baru, beli barang-barang rumah baru. Lepas setahun, baru honeymoon, itu pun kat Cameron je. Nak pi overseas takde duit lagi, tapi berangan nak pi tempat sejuk, so pi Cameron je lah sudeyyy.

Kalau nak tengok pada apa yang belum dapat, of cos sentiasa ada banyak yang belum dapat.
Tapi kalau tengok pada kenikmatan yang Allah dah bagi sepanjang 16 tahun ni - terlampau banyak.

Alhamdulillah hari ni genap 16 tahun Tuhan bagi peluang hidup bersama.

Alhamdulillah, tempoh 16 tahun ni Tuhan bagi merasa duduk dengan makbapak, lepas tu menyewa apartment, pindah ke rumah sendiri tahun 2003, dan again tahun 2009 pindah ke rumah sekarang.

Alhamdulillah tempoh 16 tahun ni Tuhan bagi aku merasa mengandung 4 kali, dan melahirkan 2 kali.

Alhamdulillah dalam tempoh 16 tahun Tuhan bagi 2 anak lelaki, takde anak perempuan tapi aku dapat ramai anak saudara perempuan dan dah merasa ada cucu.

Alhamdulillah 16 tahun Tuhan bagi aku merasa masih ada mertua.

Alhamdulillah sepanjang 16 tahun kawen, aku masih ada mak bapak dan anak-anak aku masih ada atuk nenek.

Alhamdulillah, sepanjang 16 tahun ni Tuhan bagi kitorang duit untuk sara keluarga, dari makan gaji hingga ke kerja sendiri dan now ada own company.

Alhamdulillah, ya Allah, banyak sangat nikmat.
Hari ni list syukur aku sampai 4 muka surat.
Menangis-nangis pagi tadi aku tulis list syukur.
Banyak sangat, terlalu banyak yang perlu disyukuri.
Zikir 1000 kali Alhamdulillah dan solat sunat 10 kali sehari pun takkan menyamai nikmat Allah dah bagi sepanjang 16 tahun ni.

Doakan aku and En Wan sihat dan dapat bersama-sama lebih lama lagi.
Doakan lah sekali biar dia berenti mengigau tetap malam. 16 tahun dah ni. Hahaha.




Tadi masa bukak blog ni nampak tak pop out window tadi tulis apa?

FOUNDER'S SALE DAY ada 5 hari saja lagi.
Kita dah offer ni dari 2 May, dan akan tutup pada 8 May nanti.
Isi form kat pop up window tu tadi atau whatsapp 012-7728976.

Thank you.