2017-04-08

Violet Voss


Amaran : Entry ini mengandungi elemen-elemen camwhore buat comeback.

Ok hari ni nak review Violet Voss Drenched Metal Eye Palette.
Eye palette Violet Voss ni aku dapat hari Khamis lepas, alhamdulillah.
Kali ni aku order kat @atrouvaille.
Aku just random search je sebenarnya, tak kenal pun siapa seller, as long as orginal product.



Warna dia omaigoddddddd - SANGAT GOJES!!
Especially warna :

Grunge : 2nd row dari atas, center.
Squad Goals : 2nd row, kanan sekali.
Slaycation : 3rd row dari atas, center.

Yang row pertama tu semua sweet-sweet kan?
Aku leh imagine kalau majlis nikah pengantin mekap guna warna row atas sekali tu mesti sweet.
Siapa yang plan nak nikah tahun ni, pi beli bendalah ni satu pastu pass kat MUA suruh guna warna tu time nikah nanti. Serious sangat sweet korang nanti.

Warna-warna dia macam silk sikit, tak shimmer.
Harga beli kat @atrouvaille RM262 termasuk pos.



Hari ni pi opis aku blend kaler Dark Desires (3rd row, number 2 from left) dengan Squad Goals.
Pastu tengah-tengah kelopak mata tu aku tepek kaler Rose Gold dari Huda Beauty eye palette pulak.
Belasah la janji kaler ðŸ˜‚.
Ni aku snap dalam kereta, biar kena natural light so boleh tengok apa jadi ngan kelopak mata aku disimbahi cahaya Ilahi.



Ni dalam opis, dengan membelakangkan cahaya matahari dan bantuan lampu siling.
Takde la nampak bright sangat kan.
Lipstik aku guna Sprice Girl Huda Beauty.
Aku rasa aku puas hati lah dengan semua yang aku puchase lately.
Barang ok, seller pun ok.
Pada yang berminat, sila la cari sekarang. Aku tak jual.

Hari ni aku pi opis pakai seluar. Tersangkut misi aku kejap.
Aku buat sendiri-sendiri punya misi - 28 hari memakai baju kurung ke opis.
Saje je nak tengok baju kurung mana masih boleh pakai.
Kalau banyak yang boleh pakai, tahun ni takyah buat baju raya lah. Dah pening aku pikir tema kaler raya.
En Wan dah tanya-tanya, tahun nu kaler apa, dia nak pi cari kain.
Aku rasa macam semua kaler pun dah ada kot. Ape adehal recycle.
So kalau ke semua 28 hari tu aku berbaju kurung, maknanya aku ada at least 28 helai baju kurung yang masih boleh pakai. Jadi, biar En Wan ngan anak-anak je pakai baju raya baru, aku pakai baju raya lama pun takpe. Asalkan mekap baru. Kahkahkah.

Oh terbabas pulak jalan cerita.
Aku pakai seluar hari ni sebab ada request dari reader yang juga pengguna GreenAard.
Dia tanya kot-kot aku boleh tunjuk gambar before and after aku memandangkan gambar "before" terakhir yang aku tunjuk was 2015 - masa aku launch GC Plus. Lepas tu aku dah berjubah so dorang tak nampak perubahan now.

Sebenarnya tak banyak berubah pun badan aku tahun 2015 dengan sekarang. Borderline ideal weight aku 54kg. So far sekarang berat aku antara 50-51kg. Dah tak dapat dah berat 47kg macam 7 tahun lepas. Tu zaman muda. Now metabolisme pun slow dah masuk 40 tahun dah ahkak ni dikkk. Tapi kira ok lagi la at age 40 berat aku masih ideal lagi.

Actually berat aku belum pernah cecah 60kg pun walaupun masa mengandung.
Paling gemuk aku pernah pergi pun 58kg.
Itu berat terakhir aku mengandung Rayyan.
Pastu turun ke 55kg, then naik balik 58kg.
Menjak naik 58kg tak turun-turun walau dah sekat makan, itu yang aku mula develop GC Plus.



Belah kiri, masa berat aku 58kg. Ni tahun 2014 kalau tak salah aku.
Rayyan dah 5 tahun berat aku tak turun-turun lagi. Baju aku pakai tu size UK14!
Merasa la aku masuk MsREAD sebab badan dah tak banyak size baju boleh masuk.
Nampak tak seluar aku tu sendat semacam. Walau sendat ai tetap konfiden je pakai. Kahkahkah.
Tau tak UK14 bersamaan pinggang size 31 inch okeh?
Tak pernah-pernah sarung seluar jeans size 31, terpaksa la waktu tu cari strechable jeans biar boleh sumbat pinggang kat size 30. In denial gila tak boleh terima kenyataan pinggang size 31 time tu.
Mana tak, sebelum mengandung Rayyan, jeans aku size 25.

Gambar kanan gambar pagi tadi.
Gaya mahal tau dah macam ambik gambar tahun 60an gaya menyenget tu. Kalau muka aku tu pandang ke kanan dah sebijik Mariani.

Mujur la aku masih lagi simpan blouse-blouse lama.
Boleh la pakai balik untuk time-time terdesak macam ni.
Blouse aku pakai tu size UK10. UK10 bersamaan size pinggang 263/4 inch.
Cukup la pinggang size tu now, malas dah aku nak turun sampai ke 25. Bagi chan la anak-anak muda pakai pinggang size tu pulak.

Ok ni aku bagi tips. Those yang ambil GC Plus boleh try tips aku ni. Very easy.

Morning
Bangun pagi terus minum 1 gelas air (160ml)
GC Plus 4 kapsul sekaligus. 1 kali makan je sehari. Tak makan sampai 3-4 kali pun.
Minum lagi air 1 gelas penuh (160ml).
Selepas 30 minit baru ambil breakfast.
Breakfast sukati nak makan nasik goreng pun boleh.
Tapi pastikan ada telur 1 biji.
Kalau korang makan nasik lemak, roti canai, roti jala kuah kari, pun boleh. Tapi dalam masa 1 jam korang akan terus ke tandas dan possibility untuk ke tandas sampai 3-4 kali sehari adalah tinggi sebab GC Plus tu block new fat. Makanan tu semua ada trace for fat yang tinggi, jadi GC Plus akan flush out right away. Kalau tak tahan, please ambik makanan lain untuk breakfast. Nasi goreng with telur is fine. Lepas makan another 1 gelas air (160ml)

Lunch
Kalau lapar, makan.
Kalau tak lapar TAK PAYAH MAKAN.
The peliknya manusia ni, disebabkan sekarang wkatu lunch maka dia paksa diri untuk makan walaupun dah kenyang. Kalau kau dah kenyang, tak payah la makan hanya kerana sekarang waktu lunch. Kenalpasti badan sendiri. Kalau lapar, makan. Kalau tak, tak payah. Selalunya tak lapar sangat pun sebab GC Plus tu kurangkan rasa lapar. Thar's why aku kadang-kadang lunch pukul 3pm. Kadang tu kalau En Wan ada keje kat luar, lunch aku pukul 4.30pm. Memang tak lapar sangat pun.
Lunch boleh ambik nasi jugak with lauk pauk. Sometimes aku lunch nasik ayam, nasik goreng.
Sebelum lunch aku minum 1 gelas air, and selepas lunch minum lagi 1 gelas air. (160ml x 2)

Tea
Jarang.
Kalau aku balik awal, mak mertua gorengkan karipap, baru aku makan.
Tapi aku tak minum teh.
Aku akan minum air panas putih 1 gelas before and after makan (160ml x 2)

Dinner
Memang makan.
Selalunya aku makan before 7pm.
Sebab balik keje terus masak. Selesai masak memang terus makan.
Tapi kalau aku dah lunch lewat, aku dah tak makan dah malam sebab kenyang.
Aku masak je.
Kalau aku dinner, menu memang nasik.
Sebelum makan 1 gelas air putih, selepas makan 1 gelas air lagi (160ml x 2)

Dari pukul 8pm sampai waktu tido aku akan minum at least 750ml air lagi (botol air aku 750ml).
So sehari aku minum lebih kurang 2.1L air je.
Tak payah nak minum sampai 3L kejadah apa, aku bukan buat exercise or kerja berat.
Kalau badan kau tak kering, dan aku pun jenis keje duduk mengadap laptop je, tak bersenam pulak tu, tak perlu minum sampai 3L beria-ia. Nanti sodium dalam badan kau berkurangan lagi banyak benda-benda pelik kau dapat.

Aku jarang minum manis, sometimes 2 minggu tak sentuh lansung makan dan minum manis.
Kalau En Wan beli MekDi, baru aku sedut sikir Coke tu, tapi tak pernah habis setengah gelas pun.
Mana ada aku berlapar.
Aku memang makan nasik 2-3 kali sehari.
Aku nak kurus kerempeng sangat pun nak buat apa, aku bukan model.
Janji berat range ideal weight cukuplah.
Of cos la berat kau takkan sama macam berat badan kau zaman baru lepas nikah dulu.
Now kau dah mengandung, dah beranak, dah berusia, kira ok lah kalau masih maintain berat ideal.

Tu aku dah bagi rutin makanan aku eevryday, ikutlah kalau nak.
Now ada diskaun RM10 untuk GC Plus. Kena ada kod baru boleh beli harga diskaun.
Whatsapp sini.



Ni sebenarnya nak buat demo untuk hilangkan mekap mata pulak, beria aku dah buat sekali bila nak upload, 15 saat je ada. Aku pun tak tau mana pergi yang lain. Tapi takpe, nanti aku buat demo basuh je terus muka ni ngan air, lagi senang nampak.

By the way ada orang tanya mekap remover ni perlu bilas ke tak.
Kalau nak pakai kapas - tak perlu bilas. Dia tak berminyak lansung. Akan kering macam tu je.
Tapi kalau guna sebagai pencuci muka, bilas la sebab dah alang-alang ko dalam bilik air ðŸ˜†.

Makeup Remover ni aku buat special diskaun 2 hari, sampai esok. Klik sini untuk beli.