2017-04-12

Pengotor





Aku rasa macam pernah dapat email macam ni dulu. Tak sure la kot dari orang yang sama. Tapi lebih kurang gini jugakla ceritanya, tentang keluarga mertua yang pengotor sesangatnya!
Aku baca email ni pun rasa macam alamak aiiiii, kalau aku kena balik raya tetiap tahun kat rumah macam ni, hazab lah jawabnya raya aku.

Tapi memang ada jenis manusia yang dia tak tau apa itu bersih.
Bagi dia, apa yang ada depan mata dia tu dah cukup bersih.

Contoh pertama, masa aku kat asrama dulu.
Ada sorang kakak ni nama Wan Daneena Liza. Aku kenal kakak ni sebab dia ni senior skolah rendah aku dulu. Adik dia pun sekelas ngan aku masa skolah rendah dulu. Tapi akak ni tak kenal aku sebab masa aku Form 1 dia dah Form 5. Aku kenal adik dia, aku pernah datang rumah adik dia beberapa kali for birthday party, so aku tau keluarga dia memang jenis pembersih, duduk rumah banglo pulak tu. Ada satu kali tu aku gi kantin nak beli eskrim pastu datang 4-5 orang kakak-kakak lepak kat kerusi kantin. Aku nampak Kak Daneena ni lap-lap meja dengan tisu, pastu dia kata "Kotornya kantin niiii".
Then kawan dia balas "Kotor? Kotor mana...".

Actually kantin tu agak kotor la juga maybe orang kantin belum sempat berkemas waktu tu.
Lantai agak melekit, meja ada yang masih ada stain, air tumpah.
To me, ia agak kotor, tapi sebab aku tak lepak situ so ape adehal.
Berbeza dengan akak ni, dia nak lepak situ, jadi of cos dia tak selesa.
So kat sini boleh nampak how some people interpret 'kotor'.
How kotor is kotor is very depending on someone's kefahaman tentang kotor tu sendiri.

Contoh kedua, bibik-bibik aku.
Some bibik aku, dia tau apa yang kotor apa yang tak.

1st bibik :
Yani, complete service 2 tahun. Yang ni dia tau apa bersih, apa kotor.
Tak payah diajar, memang dia tau.

2nd bibik :
Aku lupa nama sebab kejap sangat dia keje.
Yang ni hazabbb dia punya pengotor dan blur.
Ko bayangkan dia masak sayur tak pernah basuh?
Entah berapa kati telur cacing aku dah telan, until one day aku memasak dengan dia, mintak masakkan sayur, sardin je muka dia keluarkan sayur dari esbok terus potong and nak curah dalam periuk. Aku tanya "Eh, tak basuh dulu ke?". Dia jawab "Apa mesti dibasuh?". Ya ampunnnn. Kembang tekak aku. Tu belum lagi bab kemas. To her, berkemas itu adalah apabila takde sampah besar depan mata. Lantai melekit, takpe. Janji takde sampah besar.

3rd bibik :
Ety. Ni keje 2 tahun 7 bulan. Complete service.
Yang ni dia punya level kemas sampai seluar dalam aku pun dia gosok. Biar hangat dipakei katanya. Kahkahkah. Hari-hari mengemop, 2 kali sehari lap tingkap, sampai aku naik rimas. Lari budjet aku sebulan kejap-kejap barang habis. Lagi satu, aku takut dia ni pitam keje kuat. Tak pasal aku ke dalam nanti.

4th bibik :
Jamilah. Ni bibik aku yang also jadi tailor. Complete service 2 tahun.
Disebabkan dia tailor jadi of cos dia teliti buat keje, so memang pembersih lah.
Tapi disebabkan terlampau teliti, dia kemas hall saje setengah hari. Belum dapur, belum bilik, belum toilet. Tapi memang pembersih.

5th bibik :
Lenny. Ni the best bibik. Complete service 2 tahun 1 bulan.
Common sense tinggi. Tolak ansur tinggi. Rajin dan kemas. Dia tau apa beza bersih dan kotor. Dia tak main taram 2 hari sekali lap tingkap. Dia tengok, kalau berdebu, lap. Kalau cermin macam ada kesan cap jari anak-anak aku, lap. Ada common sense. Takde la penat sangat kan.

6th bibik :
Cici. Ni dia punya pengotor extra sikit dari yang nombor 2.
Dia tak berkemas lansung kecuali disuruh. Sebab dia kata rumah aku dah bersih sampai tak tau nak kemas apa. Padahal lantai dapur berminyak, cermin bercap-cap, halaman penuh daun. Aku pernah la jugak sound dia sekali, apesal tak kemas, apesal tak basuh toilet. Tak reti ke apa, kalau tak reti aku ajar. Tapi dia kata rumah ni dah bersih dia tak tau nak buat keje apa. So aku rasa memang Cici ni jenis orang yang dah biasa duduk di persekitaran yang kotor sampaikan lantai melekit pun dia rasa biasa. Orang macam ni aku rasa kalau lantai tu ada taik lembu berselipat baru dia bersihkan. Selagi takde taik, dia masih boleh accept.


Aku pernah pegi satu rumah, bila tumpang bilik air dia busuk pelantung!
Bau taik kepam.
Rupanya kat belakang pintu, dia sangkut satu beg plastik besar isi pampers kotor anak dia.
Seminggu sekali baru buang!!
Ko boleh bayangkan tak betapa hamisnya bau toilet tu?
Aku rasa kalau kau berak dalam toilet dia pun takkan bau taik kau. Sebab takleh celen bau pampers kepam belakang pintu tu.

So, macam kes reader ni, aku rasa keluarga mertua dia punya definisi kotor tu lebih tinggi. Tafsirannya belum dapat difahami oleh akal-akal biasa macam kita.
Mungkin setakat toilet berkulat tu tak kotor. Itu namanya menghargai keindahan semulajadi.
Tapi kalau dah sampai taik melampung tak flush tu, entah lah. Anggap je la dia dah flush tapi taik tu terlalu berat hati untuk berlalu pergi.
Tu kira oklah lagi dia membuang dalam toilet.
Macam kat kampung nenek aku dulu, biasalah kan kalau dah beramai-ramai balik beraya tu ada je la sorang dua bawak balik perangai hutan. Toilet tu elok je kat dalam, dia boleh pulak melepas depan toilet. Kalau jenis berketul aku gagah lagi la nak kutip. Ni tak, jenis cirit. Hah kau melambakkk depan pintu dia tabur. Pastu blah tak reti nak jirus. Cipan betul.

Macam si Redza pulak dah jadi satu masalah besar dia kat skolah now.
Kejap-kejap mengadu katil dia bau masam, bilik dia bau busuk.
Biasa la kan, budak-budak laki.
Agaknya balik dari riadah terus bammmmm baring atas katil. Lepak atas katil dia lak tu agaknya.
Baju kotor pulak ada yang jenis tunggu hujung minggu baru basuh.
Kejap-kejap dia sembur Febreeze.
Pastu kawan-kawan dia bengang ngan dia sebab asik sembur Febreeze.
Aku cakap yang kau pun satu pi sembur Febreeze kejap-kejap tu dah kenapa. Nanti orang kata kau mengada-ngada.
Dia kata tak tahan busuk.
Ni semalam call aku mintak bawakkan Fabric Perfume pulak, Febreeze tak jalan katanya.
Ya ampunnnn la hai. Ni pun satu masalah gak ni.
Bila dah terbiasa dengan keadaan yang bersih, pun jadi masalah gak.

Macam Rayyan pun sama gak.
Kalau masuk bilik air yang berlantai basah, mesti dia terjingkit-jingkit. Kadang tu melompat-lompat.
Aku jentik-jentik kaki dia.
Kadang tu aku cakap "Diam! Jangan cakap apa-apa, diam!"
Macam mak tiri okeh.
Bukan apa, taknak tuan rumah kecik ati.

Selalunya orang kaitkan perempuan dengan kebersihan.
Belum tentu sebenarnya.
Aku banyak dah jumpa perempuan yang bersiap cantik bila keluar rumah tapi dalam almari baju bersih ngan baju kotor bertapuk-tapuk jadi satu.

Tapi mungkin jugak rumah mak mertua dia ni ramai sangat orang duduk.
Belum tentu lagi bila ramai orang duduk lagi ringan beban kerja.
Ada certain rumah yang ramai macam ni, payah nak nampak bersih.
Sebab bagi diorang, asalkan rumah tu ada tempat nak tido, tempat berkumpul, boleh masak, boleh mandi - dah. Kemas-mengemas ni cerita lain.
Bila dah terbiasa dengan persekitaran macam tu, lama-lama segala bau hancing-pering dah jadi sebati. Esok-esok bau kentut dengan bau sendawa pun dah takleh beza.

Rumah mak mertua aku dulu pun susah nak nampak kemas. Especially time raya bila semua berkumpul. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu memang payah la nak expect lantai tu sedap dipijak, kan. Hadap je lah untuk 2-3 hari. Setiap kali nak tido kena vacuum dulu takut bersemut. Tapi bila dah takde orang takde la macam tu dah.

The least you can do, bersyukur je lah sebab tak duduk hari-hari dengan orang macam ni.
Kalau aku pun mau migrain kot hari-hari bau bersengak macam tu.
Mau tak migrain kalau masak cookies kat dapur pun tetap bau taik.





HAPPY HOUR MAKEUP REMOVER TODAY. 24 HOURS ONLY.
WHATSAPP 012-7728976