2017-04-11

Aku memang expect ...


Entry semalam.
Terima kasih.
Berjujuk-jujuk orang PM and email. Kebetulan semalam aku demam, memang tak sempat nak baca semua sampai habis. Hari ni pun demam lagi ni tapi half day ke, jap lagi tengahari balik.

Ada pertanyaan dari 2-3 email yang aku nak respond sikit kat sini. Nampak cam curious benar ðŸ˜‚.

Ada yang tanya aku tak rasa terkejut ke masa cikgu tu bagitau ada tanda-tanda disleksia kat Rayyan?

Honestly, tak.
In fact, aku memang expect cikgu tu cakap Rayyan memang disleksia.

Why?

Sebab, kalau dia ada disleksia, means aku tau dia ada kekurangan jadi aku takkan letak expectation terlalu tinggi.
Bila aku tau dia ada kekurangan, aku sedar aku tak boleh nak bagi dia tusyen macam abang dia.
Jadi, style of teaching and learning pun harus berbeza.
Kan aku cakap aku suka visual in advance?
Sebelum aku pi buat assessment tu lagi aku dah membayangkan yang Rayyan ada tanda-tanda tu, at the same time aku dah plan what to do next. Mungkin sebab itu aku tak terperanjat bila dia ada tanda-tanda disleksia. Aku dah bersedia. Tapi, kalau cikgu tu kata "He's normal" - ok yang ni memang aku akan terperanjat sikit.

Kenapa nak terperanjat?

Sebab, anak kau disahkan normal tapi dia blaja lembab. Ko tak rasa risau?
Kebanyakkan orang malu kalau anak dia ada kekurangan, dia nak anak dia normal macam anak orang lain. Tapi normal tu normal yang macamana?
Normal, tapi kalau blaja lembab, adekah kau masih rasa lega, selesa dan happy?
Aku rasa itu lebih ngeri sebab kita tak tau mana puncanya.

Masa cikgu tu bagitau Rayyan ada mild disleksia, aku tak menangis.
Tapi airmata aku keluar la jugak, sikit.
Bukan sebab aku strong atau bajet strong. Airmata aku keluar sebab aku terbayangkan how teruknya dia kena buat latih tubi ikut style abang dia dulu sedangkan performance dia berbeza.
Aku rasa terkilan sebab dia kena marah everytime dia "blur-blur" sedangkan waktu tu bukan dia tak faham soalan tapi dia nampak huruf tu terbalik.
Yang tu lah yang buatkan airmata aku keluar.

Assesment tu ada a few papers - maths, BM, english, writing, sambung dots-dots..etc.
Yang lain semua ok except menyambungkan dots, tulis atas garisan and menjawab soalan dengan ayat panjang.
Tapi jawab soalan dengan ayat panjang ni cikgu tu try to be fair jugak because Rayyan baru 6 tahun 3 bulan, plus, Rayyan premature so dia kata ini benda yang biasa untuk age like this.

Her concern lebih pada bab menyambung titik-titik and menulis atas garisan.
Kan ada buku budak tadika yang sambungkan titik-titik membentuk gambar tu kan?
Baru aku tau fungsi buku tu. Rupanya itu untuk early assessment disleksia.
Part menyambungkan titik tu Rayyan terkehel sikit, sebab dia nampak titik tu bergerak.
Same goes tu garisan. Dia nampak garisan tu kejap menaik, kejap menurun jadi tulisan dia pun kejap naik kejap turun.
Yang lain semua pass.

Aku nak masukkan Rayyan kat skolah khas pada awalnya.
Cikgu tu kata kalau nak masuk boleh, tapi sayang lah kena tinggal skolah around 3 bulan sebab Rayyan takde masalah blaja dia kata.
Semua huruf and nombor dia nampak. Dia takde masalah kenal huruf dan nombor, menulis pun boleh, membaca pun boleh.
Cuma huruf dan nombor tu sometimes menggigil. Bila huruf tu menggigil tu yang sometimes dia terbenti-benti membaca.
Dia tak berlaku sepanjang masa tau. Kadang tu elok je dia tengah membaca dengan lancar tetiba aku nampak dia kecik besarkan mata dia. Masa tu aku tau la huruf tu start menggigil.
En Wan kata since Rayyan ni tak teruk sangat, apa kata kita tengok dulu ujian skolah.

Balik je rumah, memang aku terus tukar teaching style aku.
Aku whatsapp cikgu kelas, cikgu Kafa, bagitau boleh tak mintak tukarkan seat Rayyan ke depan.
Sebab aku takut bila duduk belakang lagi dia nampak huruf-huruf kat whiteboard bergoyang-goyang.
Ok cikgu bagi kerjasama.
Esoknya Rayyan bagitau dia kena duduk depan sekali.
"Ma, adik kena duduk depan, Ma? Kenapa, Ma"
Aku jawab "Sebab adik pandai" ðŸ˜‚.

Cikgu skolah dia cakap Rayyan is the only student dalam kelas tu yang setiap kali habis satu kerja akan pi jumpa cikgu kat depan tanya "Kalau macam ni betul tak?"

Sebak pulak aku dengar.

Samada dia memang concern dengan setiap benda yang dia buat, atau dia takut bapak dia marah kalau tengok buku dia ada tanda pangkah.
Tapi kalau macam ni punya teliti kau dik, dah sesuai sangat jadi fashion designer ðŸ˜†ðŸ˜†.

Aktiviti at home.
Apa aku buat kat rumah?
Aku bagi dia membaca dengan banyak and buat spelling.
Membaca tu untuk latih dia nampak huruf-huruf secara rapat.
Spelling pulak nak latih dia nampak garisan buku.
From time to time, aku mintak dia sebut perkataan/huruf yang jauh-jauh contoh bapak dia tengah baca paper kat depan (jarak 2 langkah), aku tanya "Apa dia tulis tu? Cuba baca".

He can read.

Pastu aku upgrade pulak.
Time kereta tengah bergerak perlahan, aku tunjuk signboard kedai and tanya "Apa dia tulis tu? Baca"
Part ni memula payah juga.
Tapi aku rasa budak-budak lain pun terkehel gak ni.
But slowly dia dah boleh baca.

Cikgu yang buat assessment tu cakap, budak-budak disleksia (kes severe) boleh mohon surat dari Kementerian Pendidikan untuk keluarkan satu surat khas. Tapi surat ni mesti ada sokongan dari Pusat Disleksia and Doktor yang mengatakan kes ni severe.
Surat tu membolehkan pelajar disleksia tu bawak sorang cikgu masuk ke exam hall untuk bacakan soalan saja. Dan waktu exam pun dipanjangkan sikit untuk budak disleksia.
Baru aku tau!
Terasa ya Allah, baiknya sistem kita ni. Concern juga dorang dengan budak disleksia.
So, kalau ada anak-anak yang ada severe kes disleksia, janganlah risau. Our education sistem support budak-budak macam ni.

Masa Rayyan ambik exam tu aku tak expect tinggi sangat sebab kita dah lebih bersedia disebabkan keadaan dia.
Tapi alhamdulillah, dia tunjukkan pretasi dia setanding dengan budak-budak 'normal' yang lain.
Disleksia cannot be cured or prevented sebab dia present at birth tapi boleh dimanaged with support.
The good thing about Rayyan, dia rajin.
Dia sendiri yang willing nak study. Jadi, kerja aku nak support dia jadi lebih senang.
Macam hari ni dia mintak aku balik tengahari untuk test balik bacaan Iqra' dia sebelum dia pi skolah Kafa pukul 3pm.
Kalau abang diaaaaaaaa, heh. Tak pernah lansung nak tanya aku.
Asal aku tanya juz berapa Redza sekarang, jawapannya "Tak pasti". Tau-tau je ustazah kata khatam.

Ada yang tanya aku sedih ke tak?

Demi Allah, aku tak sedih.
Kalau siapa yang follow blog aku, yang ikuti journey aku nak lahirkan Rayyan mungkin dapat rasa apa yang aku rasa.

Aku berusaha 6 tahun untuk dapatkan Rayyan.
Macam-macam treatment aku buat untuk check kesuburan aku.
Keluar masuk tiub ikut celah kangkang aku ni. Sakitnya Tuhan yang tahu sampai demam-demam. Mak mertua aku kata bentan sebab menahan sakit.

Bila disahkan kan mengandung, kejap-kejap bleeding.
Berapa kali Dr bagi aku cuti untuk bed rest.
Terlebih gerak sikit je, bleeding.
Until kandungan 28 weeks, terus kena warded.

28 hari aku jadi maskot kat wad tau tak. 28 days.
Jiran katil sebelah-menyebelah and depan semua dah bertukar ganti orang. Aku je yang tak keluar-keluar. Keluar pun tak, beranak pun tak.
Sampai sorang pompuan depan katil aku tu tanya "Akak tak stress ke duduk lama kat sini? Saya 3 hari sebab anak kuning pun saya dah macam nak gila. Rimas".
Aku senyum je.

Tu belum lagi dengan sepanjang 28 hari tu aku asik kena cucuk ambik darah.
Sampai lebam tangan kiri kanan, doktor pun dah takut nak ambik darah tengok tangan aku dua-dua belah lebam.

Lepas bersalin 29 hari berulang-alik ke NICU tengok Rayyan, hantarkan susu.
Tak berpantang aku sebab nak tengok Rayyan.
Dengan perut aku yang macam nak terburai ni aku gagahkan jugak ke spital walau terpaksa seret kaki sebab nak langkah tak tahan sakit.

Ko rasa after all the pain yang aku dah lalui, perlu ke aku rasa sedih?
Kalau aku sedih maknanya aku kufur nikmat.
Sebab Allah bagi miracle untuk aku bela Rayyan walaupun pagi sebelum operate tu dokter dah cakap the chances are 50-50.

Aku tau mungkin selama ni ada yang bercakap "Dia boleh la nak cakap pasal bersyukur, dia ada semua. Tak diuji macam kita".

Kita semua ada bahagian masing-masing.
Bukan apa jenis ujiannya.
Tapi bagaimana sikap kita terhadap ujian tadi.

Aku anggap apa yang aku dapat ni sebenarnya Tuhan bagi aku peluang kedua.
Sebab aku always rasa terkilan tak dapat jaga Redza masa dia membesar. Dulu aku too busy. Semuanya aku pass kat bibik. Tido pun dengan bibik. Tau-tau je now dah masuk asrama.
So Tuhan bagi aku peluang kedua, untuk aku rasa macamana perasaannya lebih rapat dengan anak, blaja dengan anak, dapat perhatikan progress anak.

Kan Allah dah kata, Aku adalah sebagaimana sangkaan HambaKu.






KLIK GAMBA KALAU RAJIN