2017-04-13

Lagi, pasal keluarga mertua





Masalah dengan keluarga mertua ni bukan masalah baru, ni masalah zaman-berzaman.
Semua orang akan hadapi masalah ni, tinggal lagi nak tengok tahap masalah tu camana.
Ada yang masalah besar tapi bila dibuat dek, lama-lama masalah tu hilang dengan sendiri.
Ada juga masalahnya tak berapa besar, tapi sebab dok memikir benda yang sama siang malam, lama-lama sakit kepala.

The good thing dengan masalah reader hari ni dan semalam (kes pengotor tu), dua-duanya tak duduk sekali denga keluarga mertua. Itu dah kira habis baik dah tu. Cuba kalau ko kena duduk sekali dalam rumah yang sama, agak-agak bernyawa tak?

Kita semua dah terbiasa dengan keluarga sendiri.
Kadang-kadang tu keluarga kita sama teruk juga dengan keluarga spouse, cuma sebab kita dah terbiasa, maka kita boleh abaikan.

Contoh, aku pernah dapat email juga dari reader (perempuan).
Mak mertua duduk sekali dengan dia.
Everytime keluarga si perempuan ni datang, especially bila ada anak-anak sedara datang sekali, mak mertua dia ni siap ikat segala pintu almari perhiasa, almari TV - kononnya taknak bagi anak-anak sedara bukuk katup pintu. Nanti barang pecah. Ok lah fine dia kata.
Tapi bila anak-anak sedara suami (cucu mak mertua ni datang), takde pulak mak mertua dia nak ikat segala pintu, siapa pulak dia tolong bukak tutupkan pintu almari everytime cucu dia main bukak katup. Alasannya "Takpe, mak ada tengokkan".

Aku baca pun macam boleh tahan bengkek jugak tapi at the same time nak tergelak juga dengan alasan mak mertua dia tu.

Kita semua ada kebiasaan masing-masing dan ada personal interest.
Kalau keluarga kita buat, takpe.
Kalau keluarga mertua buat, kita mendidih.

Contoh lagi satu, kalau keluarga mertua beramai-ramai nak tumpang tido kat rumah, ada yang sampai bertekak dengan spouse "Family awak tak reti ke nak book hotel? Balik-balik nak tido rumah kita".
Tapi, kalau keluarga kita yang nak datang tido, wahhhh kemain lagi kita bersusah payah bawak keluar segala tilam, ganti cadar, susunkan tempat tido segala bagai nak rak. Cukup susah hati kalau kat rumah tak cukup bantal time klorga sendiri nak datang.

Ada jugak yang pesen bila dengar kata klorga spouse nak datang, serta-merta badan rasa demam. Taknak masak punya pasal. Tapi cuba kalau keluarga sendiri yang nak datang. Menggagau pi market cari segala apa yang boleh nak dimasakkan. Hilang demam migrain kau semua.

Perkara ni sebenarnya berlaku kat mana-mana je.
Memang tak dinafikan ada kes yang extreme macam kes family yang terlalu pengotor, atau terlalu berkira, atau terlalu kepohci. Memang ada. But the least we can do is bersyukur sebab kita hanya sesekali je berada dengan dorang. Kalau tak stay sekali, itu dah kira sangat bertuah. Ada kes yang duduk sekali dengan klorga mertua dan kena hadap perangai mertua siang malam.

Oh yes, semalam ada jugak yang email bagitau mak mertua kedekut sangat.
Nak goreng nugget untuk anak pun dia kira sorang 2 ketul je makan. Hahaha. Gelak aku baca.
Aku tak berani nak kata itu adalah sejenis kedekut, mungkin itu adalah sejenis penjimatan ðŸ˜‚😂.

Mak mertua aku pun jimat punya orang.
Kalau klorga En Wan nak datang, aku selalunya seronok nak memasak.
Bila aku bawak keluar ikan tenggiri, nanti dia akan filter "Toksah banyok-banyok, 2 keping cukup. Puok-puok tu tak makan ikan sangat"
Bila aku bawak keluar udang "Toksah banyak, Diana. Puok-puok tu tak makan udang"
Sama gak kalau nak nak masak sayur "Toksah banyok-banyok. Puok-puok ni tak reti makan sayur".

Dan selalunya, akan habis licin!
Kadang tu, aku yang makan kendian dapat kuah je.
Tapi itu dulu la, zaman-zaman tahun terawal mak mertua duduk dengan aku.
Now nehiiiii.
Bilamana kata klorga En Wan nak datang je, aku buat pekak telinga je bila mak mertua aku kata jangan masak banyak-banyak. Aku bedal masak.
Aku pernah cakap ngan mak mertua aku "Mak, orang kalau makan ramai-ramai memang sedap, Mak. Lauk tak sedap pun jadi sedap. Kena masak banyak".
Bila mak mertua aku kata cucu-cucu dia tak makan udang, aku balas "Dorang tak makan udang sebab selama ni lauk udang yang dorang makan semua tak sedap, Mak. Diana punya lauk udang sedap". Kahkahkah. Tak terkata mak mertua aku dengan level konfiden menantu dia.

Ada satu kali tu the whole family 'serang' rumah. 30 orang.
Kak Long aku dah call siap pesan "Diana, ni nak mari ramai ni. Masak banyak. Toksah dengor cakap mak". Mbahahhahha. Anak dia sendiri paham dah mak dia camne.
Itu pun "bergaduh" aku ngan mak mertua aku kat dapur.
Aku bawak keluar sekor setengah ayam, dia pi simpan balik lagi setengah. Sekor cukup dia kata.
Aku cakap mana boleh mak, 30 orang yang datang ni semua orang besar-besar dah, bukannya mulut budak yang makan ni. Mak mertua aku membebel-bebel  "Bakpe la datang ramai-ramai. Sampai lauk habis licin dalam peti". Aku buat senyap je, teruskan memasak tanpa ada efek. En Wan kata masak je, jangan layan. Hahahha.

Mak mertua aku bukan kedekut. Tapi jimat. Cuma dia punya level jimat tu kadang aku tak berapa selesa.
Tapi aku paham, sebab dia taknak susahkan anak lelaki dia. Dia tau anak lelaki dia yang keluar belanja beli barng dapur. Of cos dia nak tolong jimat-jimatkan duit anak dia.
Sebab tu kalau Kak Long aku nak datang rumah, aku suka.
Masa ni la aku ada alasan nak masak banyak-banyak. Kalau tak nanti dia tanya "Bakpe masak ayam sampai 3 ketul? 2 ketul cukup la."
Aku macam laaa..ayam 2 ketul je? Takkan ayam makan sorang satu je kot ðŸ˜­. Aku dah la kuat mentekedarah.

Beli kain pasang untuk mertua utnuk ambik hati, bak kata reader ni.
Tapi mertua pass kat anak dia pulak.

Macam ni, kalau kita ada bagi barang kat mertua dan kemudian nampak orang lain yang pakai barang yang kita bagi tu, takpelah. Toksah terasa sangat. Sebab kita dah pun bagi dia, jadi terpulang lah dia nak bagi kat sape. Aku pernah gak bagi orang barang alih-alih dia pas barang tu kat anak dia. Kadang-kadang tu bukan sebab dia tak sudi terima barang kita, tapi dia pun seronok bila tengok anak dia dapat barang baru. Benda ni benda biasa. Mak Aji pun pernah bagi baju kurung kat mak mertua dia untuk pakai raya, sekali mak mertua bagi kat menantu pakai. Boleh tahan bengkek la mak aku time tu. Hahahah. Tapi sekarang dia pun sama je aku tengok, kadang tu barang yang aku bagi dia pass kat adik aku pulak. Sebenarnya bukan tak sudi tapi sebagai mak-mak, at her age, dia rasa dah puas pakai. Better dia bagi je kat anak-anak dia rasa pulak. Esok kita dah tua pun macam tu jugak.

Setakat mertua membebel menantu perempuan tak ke dapur tu benda biasa lah.
Itu memang sindrom mak-mak.
Esok kita jadi mak mertua pun agaknya lebih kurang macam tu gak pesennya.
Aku pun entah-entah penah kena umpat senyap-senyap. Sebab aku pun boleh tahan malas ke dapur jugak. Nak lagi kalau lantai dapur tu berdekir, memang aku tak pijak la. Kalau nak aku pijak, aku pakai selipar Jepun. Kadang tu aku terpikir gak, kalau tak masuk dapur kang kena jadi bahan gossip. Kalau masuk dapur pun akan jadi bahan gossip gak kalau berselipar.
So?
Takkan sebab takut kena bahan gossip maka kita nak giveup?
Jangan, biarkan jadi bahan gossip. Bila kita jadi bahan gossip barulah kita terkenal. Kahkahkah.

Memang ada keluarga mertua yang payah untuk kita get along.
Takpelah, tak rapat sangat pun tak apa, asal tak masam muka.
Tak semestinya bila kawan kita BFF dengan mak mertua maka kita pun nak kena BFF jugak.
Kita buat apa yang kita boleh buat and patut buat je, dah. Lain-lain takyah pikir. Hidup kita bukan nak perabis buat mikir pasal mertua je. Hati orang ni kalau dah mengejung, dia akan terus mengejung. Jadi, kita buat je apa yang mampu. Jangan sampai kita jadik kejung pulak mikir cara nak ambik hati orang.





KLIK GAMBAR UNTUK BACA TESTIMONI LAIN