2017-03-30

Semua suka bahagia, tapi bila orang lain bahagia kita dengki.


Manusia sukakan kesempurnaan.
Kalau boleh semua benda yang best-best kita nak.
Dan kita suka untuk tunjuk segala yang best-best saja.
Jadi tak heran kalau ada yang suka 'tayang' barang-barang shopping, result exam anak, gambar-gambar melancong, hingga ke check-in hospital swasta pun (jarang orang nak tunjuk dia check-in hospital kerajaan kan?).

Sebab semua tu semacam petanda bahawa kita ada benda yang best dan hidup kita dikelilingi benda yang best-best je.
Salah ke?

Eh, tak salah.
Siapa kata salah.
Isunya kat sini bukan salah atau betul.
Tapi isu tentang perangai manusia.

Scene 1
Menyampah bila someone update kat FB gambar bershopping groceries, resit RM300 pun nak tunjuk. Motif? Gempak habis la tu beli barang dapur RM300? Eh hello, barang sekarang memang mahal. RM300 tu apa sangat lah yang kau dapat beli.

Scene 2
"Alhamdulillah....semoga anak ibu kekalkan prestasi".
Tayang buku rekod skolah anak.
Padahal result anak skolah tadika je pun.

Scene 3
Status "Rezeki anak-anak..."
Gambar cheque reward RM500.00

Scene 4
"Zaman sekarang, gaji suami I yang RM10K tu pun masih tak cukup".
Ko nak cerita pasal zaman ke pasal gaji laki ko ni?


Kalau tayang branded stuff, tahanlah lagi. Lagipun tu perkara biasa. Orang pun dah tak heran. Tapi bila sesekali nampak update macam scene-scene atas, mesti ada yang terfikir benda-benda macam ni pun kau nak tunjuk?
Ni je ke paling hebat kau ada?

But come to think of it, kita semua suka kalau jadi cantik, bergaya, body cun, bijak, kaya, hidup mewah, suami hensem, suami romantik, anak comel, anak bijak, mak bapak sihat, rumah besar, kereta mewah, travel a lot, etc.
Tapi kenapa bila orang lain ada semua tu, kita sakit hati?
Sometimes orang tu dapat HANYA SALAH SATU dari semua perkara yang kita suka pun kita sakit hati?
Kadang-kadang tu apa yang dia tayanh bukan kita tak ada. Malah kita ada lebih dari tu, but still rasa sakit hati.
Dah kenapa ntah.

Bila manusia pandai-pandai letakkan takrif BAHAGIA tu pada wajah yang cantik, body ala-ala model, kereta mewah, rumah besar, baju branded - maka sesama sendiri berlawan sape yang ada lebih.
Masa belum cantik, berharap jadi cantik. Bila dah cantik nak bersaing pulak sape lagi cantik.
Masa belum kaya teringin nak jadi kaya. Bila dah kaya bersaing pulak siapa yang lebih kaya.
Yang paling klaka SPM baru ni, dapat 9A pun dah jatuh tak pandai sebab ramai yang dapat 10A.
Kepelikkan apekah ini?

Kalau kulit putih - cantik. Hitam - tak cantik.
Beli baju raya Rizalman - mewah. Beli baju bazar - golongan gaji rendah.
Size M - gemuk. Size XXS - slim.

Maka semua pun berlumba-lumba tampil dengan pakej 'bahagia'.
Sebab tu lah, walau result skolah tadika anak sekalipun orang tayang.
Sebab apa?
Sebab the society yang demand for perfection.
Kita yang klasifikasikan budak pandai harus A banyak ni, kalau budak tak pandai result dia macam tu.
Tapi bila orang tu nak bangga dengan keputusan exam anak dia, kau sakit hati.
Sedangkan kau pun suka kalau anak kau pandai macam tu (walau tadika).

Ada orang tak punya apa-apa kelebihan untuk dibanggakan.
Dia blaja tak tinggi mana, keje pun tak sehebat kawan-kawan lain, tapi anak dia pandai.
Itu ajelah yang dia ada buat masa sekarang untuk dia feel proud.
Biar lah dia nak tunjuk result exam skolah tadika anak dia.
Bila orang tau anak dia bijak, mungkin orang yang selama ni pandang dia sebelah mata akan mula respect pada dia.
Kalau anak ko tak pandai, ko tayanglah benda lain pulak. Jangan dengki kat dia..

Yang tayang resit shopping (walau beli groceries je), kau meluat.
Kalau kau lebih mampu dari dia, kenapa nak rasa meluat.
Padahal ko kata ko dah biasa belanja banyak tu. Kadang lebih. So apa masalahnya ni?.

Masalahnyaaaaaa, kita nak tayang gak tapi tak berani!
Atau maybe tak boleh.
Dan bila kita tak berani/boleh, maka kita sakit hati kat orang yang boleh/berani tayang.
"Tak patut la tayang, sebab ada orang lain mungkin tak mampu"
"Tak baik tunjuk gambar makanan, ada orang lain yang mungkin tengah berlapar takde duit nak makan"

Hoih!
Serious aku takleh hadam benda ni.
Aku takleh nak relate bila dia kata "orang yang berlapar sebab takde duit nak makan" akan sedih bila tengok gambar makanan kita.
Orang yang takde duit nak makan masih lagi ada mood melayan FB??
Gila tak lojik.
By the way, orang yang tak mampu beli apa yang orang lain boleh beli, dia akan tengok je tanpa cakap apa-apa sebab dia sedar diri tak mampu.
Hanya orang yang tak mampu DAN tak sedar diri je yang selalu sibuk sound orang lain itu tak boleh ini tak boleh.

Those yang selalu komen macam tu sebenarnya dia nak buat tapi dia tak berani/boleh buat.
Disebabkan dia tak boleh (tapi sebenarnya nak), jadi dia menerakakan semua orang yang buat.

Cuba blaja untuk hidup bahagia versi paling simple, seadanya, sesuai dengan kemampuan.
Bukan ikut standard orang, tapi ikut standard kita.
Jangan letakkan piawai BAHAGIA tu tinggi sangat, bukan apa, nanti payah nak rasa syukur.





Klik gambar untuk baca offer bulan ini.









W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools