2017-03-29

Susahnya nak buat keputusan



Terima kasih sebab share cerita ni kat aku.
Aku pernah rasa situasi 'tak tau nak pilih' macam ni. Aku taknak influence apa-apa tapi aku nak share cerita aku saja. Lepas tu, pandai-pandailah buat keputusan.

Bila baca email dia ni, benda yang aku paling suka adalah yang aku highlite merah tu.
Kat situ dia kata dia berdoa-doa banyak-banyak pada Tuhan untuk diberi jalan keluar dari kesulitan yang dia hadapi. Akhirnya dia bersetuju untuk terima pilihan mak dia.

Aku cerita bab aku ya.

Masa aku bercinta dengan exbf aku dulu, memang dia je lah satu-satunya yang aku sayang.
In fact, itulah first love aku.
Crush tu ada la, dengan Leslie Cheung pun aku crush.
Tapi kalau bertepuk dua belah tangan memang dengan exbf aku ni je lah.

Aku tak pernah bercinta sebelum tu.
Jadi satu-satunya kenangan bercinta yang aku ada waktu tu memang dengan dia je.
Bila dia buat perangai, aku dah mati kutu tak tau apa cara paling efektif untuk aku stopkan semua benda ni.
Waktu tu memang aku dah break dengan exbf.
Mula-mula ok je, sebab awalnya pun memang dia yang nak break ngan aku siap call mak bapak aku lagi bagitau dia dah break ngan aku. Motifnya call mak bapak aku pun aku tak tau lah kenapa.
Tapi bila dia dapat tau aku start kenal ngan En Wan, dia mula buat perangai as if aku yang curang.
Yang aku pun satu bodoh. Dah break dengan dia tapi tak bagitau sesape. Masa tu aku malu. Malu sebab dulu aku ngan dia macam belangkas, alih-alih break. Jadi aku diamkan je, kawan-kawan baik pun tak tau yang aku dah break. Keadaan tu menjerat diri aku sendiri sebenarnya. Sebab bila kawan-kawan masih ingat aku and exbf still bercouple, bila aku mula rapat dengan En Wan, orang akan nampak aku yang buat perangai, curang, padahal aku dah break tapi aku taknak kecoh. Standard la tu kan, bercouple tunjuk, bila break senyap. Kahkahkah.

Kes reader ni aku rasa ada sipi-sipi sama ngan aku.
Jalan ceritanya macam sama.
Bila the bf dah tau yang reader ni nak dikawenkan dengan orang lain, barulah dia nak bertindak, nak masuk minang bagai.

Sama la macam exbf aku dulu.
Mula-mula dia yang nak break ngan aku.
Dengan harapan aku down la kot.
Eh tetiba dapat tau aku ada orang lain nak. Apa ingat aku sangkak sangat takde orang nak?
Bila dia tau aku dah kenal orang lain mulalah rasa tercabar aku dapat yang lebih baik dari dia, mulalah dia nak tarik aku semula.

Benda ni biasa la.
Jangankan kata belum kawen, yang dah kawen pun ada masalah macam ni.
Time bini kau gemuk kau buat dek, bila bini kau slim, sikit-sikit kau nak jeles lah, nak pasang spy lah - eh dah kenapa kau tebiat?

Dalam keadaan tegang macam tu (aku malas nak ulang kes ni, pandai-pandailah korek entry lama), aku buat 'istiharah'. Aku rasa aku tak buat istiharah, tapi aku buat solat hajat tapi mintak dibagi petunjuk. Masa ni aku tak tau pun apa itu istiharah.
Mesti orang pelik apesal aku buat 'istiharah'?
Padahal dah terang-terang exbf ni buat taik kat aku, kan.

Kan aku cakap tadi, aku takde pengalaman bercinta.
Exbf tu pengalaman pertama aku.
Banyak kenangan aku ngan dia.
Dengan En Wan walaupun masa tu baru 7 bulan kenal, aku takde kenangan yang banyak sebab kitorang banyak spend time kat surat je. Jumpa baru sekali. Jadi aku pun tak pasti ok ke tak En Wan ni.
Dalam hati terasa sayangkan kenangan dengan exbf tu.
Maybe jugak sebenarnya aku masih harap dia boleh berubah, sebab tu aku buat 'istiharah'.

Aku dapat gerak rasa yang En Wan pilihanNya.
Walaupun dalam keadaan sure tak sure, aku nekad pilih En Wan.
Memang gamble. Masa tu decision aku banyak di-distract oleh kisah-kisah klise like couple yang duduk jauh selalunya ada tendency untuk curang, budak blaja oversea mesti gaya hidup lebih bebas, liar, entah-entah minum mabuk dah biasa, tido ngan pompuan bersilih-ganti - things like that.
Tapi aku nekad pilih gak En Wan.
Masa tu aku rasa takpelah, exbf tu aku dah kenal sangat perangai dia selama 2 tahun lebih kitorang couple. Yang En Wan ni aku belum kenal rapat lagi, why not bagi peluang. Aku rasa kalau En Wan nak main-mainkan aku memang bodohlah dia. Dia klorga kaya, blaja luar negara, ada harta, rupa pun boleh tahan. Aku ni semua benda takleh celen dia. So I got nothing to lose. Tak lojik sangat kalau dia nak pedajal aku. So, aku teruskan niat pilih En Wan.

Bila exbf aku dapat tau aku bertunang, memang dia semakin buat perangai.
Waktu nak bertunang tu aku memang takleh lupa la kawan-kawan aku semua memang sangat bersatu hati - biar pecah di perut jangan pecah di mulut gitu. Bayangkan 1 minggu aku takde kat kolej (aku bertunang bukan waktu cuti sem), exbf ni dok kehulu-hilir tanya member-member aku "Mana Diana?", sorang pun kawan aku tak pecah rahsia. Aku tak tau camana dorang buat muka sardin masa jawab soklan exbf aku. Dengan boifren-boifren dorang sekali zip mulut. Aku rasa member-member aku warning boifren masing-masing ðŸ˜‚😂. Memang kitorang tau kalau exbf aku tau aku nak bertunang konfem dia akan balik Semenanjung untuk 'kacau' the majlis, so kawan-kawan aku bertahan seminggu tu untuk zip mulut. Aku boleh imagine ketakutan dorang everytime terserempak dengan exbf aku.

Lepas aku bertunang, En Wan ikut aku ke Kuching. Dia hantar aku balik kolej. Dia takut exbf aku standby nak hentak aku kat airport. Bila exbf tau aku dah bertunang, keadaan jadi makin teruk. Masa tu aku dah start berbelah-bagi nak teruskan ke taknak. Kat sinilah dugaan pertama orang bertunang.
Masa tu lah pulak tetiba hati aku ni jatuh kesian kat exbf bila tengok dia menggila nak dapatkan aku balik. Aku rasa macam jahatnya aku tak bagi dia peluang untuk berubah (untuk kali ke......err??).
Masa tu la mana-mana aku pergi terbayang dia.
Nampak cafe Pohon Mas "Dulu, aku makan sini mesti dengan dia.."
Nampak cafe tepi tasik "Dulu, tetiap lepas lecture petang mesti datang sini dengan dia makan misup".
Gi Kuching lalu depan Sugar Bun "First time masuk sini takde dia.."

The kenangan.
Kenangan tu lah yang buatkan hati berbelah bagi.
Padahal kita dah buat keputusan dah nak terima orang lain.
Disebabkan kenangan yang so sweet tu lah buatkan aku hampir terlupa aku penah kena hentak dek dia.
Exbf aku sangat 'berjuang' nak dapatkan aku balik.
Tetiba je bagi aku pinjamkan komputer dia. Sanggup dia pinjam komputer member untuk buat assignment dan letak komputer dia kat rumah aku.
Kalau pergi town, everytime balik mesti belikan kek feveret aku - blue berry cheese cake.
Kadang-kadang cup corn.
Masa tu mula la aku terasa "He's changed".

Mula la aku comparekan dengan En Wan.
En Wan tak pernah buat macam ni. En Wan tak pernah buat macam tu.
Mujur la kawan-kawan aku always ingatkan aku "Oiiii, kau tu tunang orang!"
Kawan-kawan aku pernah rampas kek yang exbf aku bagi sebab tak kasik aku makan.
Siap suruh aku pulangkan balik komputer exbf aku, dorang cakap pinjam je komputer dorang kalau nak buat assignment.

Masa tu aku start realized, bukan En Wan tak pernah buat macam apa yang exbf aku buat.
Cuma En Wan belum berpeluang untuk buat.
Dia jauh, jumpa baru sekali dah bertunang. Pastu aku balik ke Kuching, dia balik ke Jepun.
Celah mana nak create memories?
So key word kat sini - bagi peluang.

Aku bagi En Wan dan diri aku sendiri peluang untuk create memories sama-sama.
Memang lambat la nak create tu sebab lepas bertunang En Wan tak balik-balik Malaysia sampai dia grad 1 tahun 7 bulan selepas tu. Satu bulan selepas dia balik, kitorang pun nikah. Maknanya aku hanya ada 1 bulan je untuk benar-benar kenal En Wan. Even seminggu sebelum kawen aku masih lagi rasa tak sure dengan pilihan aku sebab memories tak banyak lagi.

Aku tak sure apa yang buat tapi aku teruskan dengan decision aku.
Maybe sebab aku yakin dengan petunjuk yang Dia bagi kot, jadi aku teruskan jugak.

So to this reader, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masa depan. Buat solat taubat banyak-banyak, buat istiharah. Yakin yang Tuhan akan bagi petunjuk.
Cari orang yang serious dalam perhubungan, ada hubungan baik dengan keluarga, boleh bimbing kita jadi lebih baik, dan kita rasa tenang bila dengan dia.
Semoga kita semua tak tersalah membuat pilihan teman hidup.
Sebab, kawen dengan orang yang salah lebih memeritkan daripada tak kawen lansung.




Klik gambar untuk baca offer bulan ini.









W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools