2017-03-24

Rasa best dengan apa yang ada.



Semua orang nak jadi cantik. Takde yang nak jadi hodoh.
Tapi bila ada orang yang lebih cantik dari dia, dia sakit hati.

Semua orang nak jadi pandai. Takde yang nak jadi bodoh.
Tapi bila ada orang yang lebih pandai dari dia, dia dengki.

Semua orang nak jadi kaya. Takde yang nak jadi orang susah.
Tapi bila ada yang lebih kaya dari dia, dia cuba nak jatuhkan.

Sedangkan semua tau cantik, kaya dan bijak tu idaman semua orang.
Dah tu kenapa bila ada orang yang possess semua kriteria tu kita nak sakit hati?
Kau je yang nak ada kriteria tu? Abis tu orang lain kena melopong je?

Budak ni (gambar) bukannya satu-satunya manusia yang dianugerahkan rezeki cantik, bijak dan kaya. Tolonglah jangan gelupur sangat macam tak pernah tengok orang yang ada pakej lengkap macam ni. Kesian budak ni, tak pasal-pasal kena hentam.

Mentaliti manusia.
Selalu ada anggapan - kalau pompuan tu cantik, selalunya tak pandai. Dia habiskan banyak masa bercantik-cantik sampai takde masa nak baca buku.
Kalau yang hodoh tu budak pandai sebab dia habiskan masa dengan mentelaah, takde masa nak belek muka.
Jadi bila tetiba ada yang pakej beauty with brain, masing-masing terus jadi gila. Takleh terima.

Itu dulu.
Zaman 80-an, zaman aku kecik dulu memanglah macam tu.
Bukan sebab takde masa nak belek muka, tapi sebab takde duit!
Aku dulu pakkal mak bapak tak kaya. Kalau mak bapak aku kaya jangan harap kau nak panggil aku itam *hembus penumbuk*.

Zaman aku kecik dulu, makcik-makcik aku yang kat Singapore semua dah kaya tau.
Anak-anak dorang semua bergaya.
Pokoknya - ada duit.
Kalau ada duit, yang tak cantik pun boleh jadi cantik.

Budak TKC ni cantik sebab genetiknya cantik. Bapak dia hensem je aku tengok.
Ditambah pulak dengan mak bapak kaya.
Of cos dari kecik dia dah dibiasakan dengan barang yang bagus, kosmetik yang bagus, dia pun guna internet jugak, dah terdedah dengan mekap tutorial, tudung tutorial.
Dah tahun 2017 dah pun, takkan ko expect budak-budak ni gi ambik result SPM dengan muka berselipat sarung tudung ikat riben kat leher? Lojik lah sikit. 2017 kottt.

Masa aku Form 2, kalau pi beraya rumah member beramai-ramai, ada dah kawan-kawan aku yang pakai lipstik. Tu cara-cara tahun 1991 tau. Baru umur 14 tahun lagik. Masih bersekolah.
Budak TKC ni umur berapa? 17. Dah habis sekolah dah pun. Celah mana yang tak lojiknya dia nak bermekap?

Ye lah, aku paham.
Selama ni kita ingatkan manusia yang ada pakej lengkap - cantik, bijak, and kaya - hanya ada kat cerita dongeng je.
Tetiba betul-betul ada. Meroyan la apa lagi. Kahkahkah.

Sakit hati dia cakap sleng mat saleh? Cakap rojak BI and BM?

Eh helo? Since when cakap rojak jadi kesalahan?
Biasa kot cakap BM BI.
Aku pun buat.
Cuma mujur la aku tak berapa nak gojes jadi takde sape heran.
Kesian budak ni, hanya disebabkan dia ada pakej lengkap, dah takde point nak dikutuk, dia cakap rojak pun orang tibai kutuk. Cakap sleng mat saleh pun nak kutuk. Ntah hape hape. Mencibang betul.

Orang yang always ada rasa tak puas hati dengan life orang lain adalah orang yang tak seronok dengan life sendiri. Disebabkan kecewa dengan life sendiri, disebabkan gagal ubah hidup jadi lebih baik maka dia cuba rosakkan life orang lain. Dengan harapan takde la nampak life dia teruk sangat. Padahal dengan cara kau kutuk tu, dari orang tak tau jadi tau yang life kau teruk.

Biasa-biasakan suka dengan life sendiri.
Biasa-biasakan jangan compare life kita dengan life orang lain.
Tapi compare life kita hari ni dengan semalam - cukup.

Belajar bersyukur nanti Allah tambah lagi.
Allah bagi kita susah bukan sebab nak hina kita.
Tapi nak "test power" iman kita - samada kita bersyukur atau tak.
Kadang tu bukannya life kita susah sangat, cuma belum mewah macam orang lain. Tapi itu pun kita dah bengang.

Masalahnya nak bengang dengan siapa?
Nak bengang dengan diri sendiri, taknak mengaku. Ego.
Nak bengang dengan Tuhan tak boleh. Takut kena azab.
Jadi bengang dengan orang lain, bengang dengan kehidupan orang lain yang takde kena-mengena dengan kita. Tak ke bangang tu?

Blaja suka dengan apa yang kita ada.
Walaupun apa yang kita ada sekarang belum mencapai apa yang kita sasarkan - takpe.
Nak ubah haluan, silakan.
Tapi jangan mengeluh.

Contoh, keje sekarang tak best.
Itu bukan tiket untuk kau buat keje sambil lewa.
Keje sekarang buat. Sambil-sambil tu cuba cari peluang lain. Itu baru betul.
Ni tak, peluang lain belum dapat, tapi keje sekarang buat cam jamban tak siap. Mana nak datang peluang?
Bila kita hargai apa yang kita ada sekarang, Tuhan mesti bagi petunjuk yang bagus.
Kau ingat Tuhan macam kau, zalim?

Kadang-kadang aku rasa best pulak jadi aku. Jadi seorang Diana Ishak.
Yang always rasa best je kat apa yang dia ada.
Aku mudah rasa best. Bukan mudah berpuas hati tapi aku always rasa apa yang aku ada tu best. Kahkahkah.

Ramai orang segan nak jadi sales exec.
Malu kalau orang kampung tanya ko keje apa? "Sales exec".
Jual barang.
Malu.
Anggapan manusia, orang jual barang ni tak blaja tinggi pun. Alah setakat jual barang.
Sesiapa pun boleh jual barang.
Lainlah kalau keje engineer, dokter, loyar, arkitek - bukan calang-calang orang.
Sebab tu masa aku keje jual peralatan makmal dulu, jarang jumpa sales melayu.
95% Cina.
Yang melayu rela jadi kerani, receptionist, opis boy.
Eh aku tak kutuk ya, mak aku pun kerani dulu.
Ni aku nak buat perbandingan sikap je.
Dah dibagi peluang naik pangkat dari keje admin ke keje sales pun taknak. Dengan alasan tak reti buat sales. Tapi merungut nak gaji besar. Ajak buat sales taknak. Rela mereput dalam opis.
Aku pun bukan budak marketing or bisnes.
Aku budak biotek. Budak sains.
Lecturer aku tak ajar jual barang ni semua.
Ko ingat kau grad sains, esok konfem jadi saintis?
Keje engineer, esok grad terus jadi engineer?
Belum tentu.

Walaupun orang tak pandang lah keje sales ni, aku always rasa keje aku best.
Konfiden je aku berjalan ketuk satu pintu makmal ke satu pintu makmal dengan catalog and planner kepit kat tangan kiri, henbeg sangkut kat bahu kanan, sambil tangan kanan genggam henfon Samsung flip. Skirt belah jangan lupa. Hahahaha.
Henbeg Carlo Rino je padahal tapi gaya aku hayun henbeg tu macam bawak Dior kauuu. Yakin je aku letak kunci kereta atas meja time discuss dengan customer. Customer tu jeling je kunci aku. Ceh, bawak Kancil je rupanya. Tapi gaya macam bawak Porche Carerra.

Ayat mukadimah aku "Hi, Good Morning. I am Diana, specialist for ***** brand. I came to carry out a routine inspection of ****** brand. Who is managing this lab?".

Selalunya bila aku dengan beraninya tanya siapa yang manage the lab, mesti dorang ingat aku nak soal siasat apa benda. Konfem orang akan tunjuk Head of Lab. Jadi itulah peluang aku jumpa dengan decision maker terus. Tak main lah jumpa anak-anak ikan ni. Kahkahkah.

Aku rasa maybe itu salah satu point kenapa aku senang nak close deal.
Bila kita potray keje kita hebat (walaupun sebenarnya biasa-biasa je), aura tu akan sampai pada persekitaran.
Orang lain akan turut rasa keyakinan tu.
It's just like macam kita berangan tau.
Kalau kau buat keje walaupun jual tempe secara kecil-kecilan, tapi kau 'berangan' as if bisnes kau besar, badan dan minda kau akan terdorong untuk realisasikan apa yang kau angankan tu.

Konfiden. That's the word. Mana nak datang konfiden? Kena enjoy dengan apa yang kita ada. Bukan berlagak atau perasan. Tapi enjoy. Make full use apa yang kita ada dulu.

Masa keje ngan majikan lama, aku buat workstation aku macam second home.
Aku beli sendiri stationary, aku taknak pakai yang opis bagi - tak cantik.
Aku beli sendiri tray yang color, sticky notes yang kaler-kaler, folder pun aku beli Tweety Bird lah, Winnie the Pooh lah.
Aku beli scented candle, anak patung kecik-kecik pun aku susun atas workstation aku.
Aku nak ambik mood seronok pi opis.
Keje aku stress, ada monthly target. Jadi aku perlu pemandangan yang menyeronokkan untuk naikkan semangat aku buat sales.



Tabiat masih diteruskan walau umur dah 40 tahun.
Planner aku berkaler-kaler sebab aku akan tulis dengan pen berwarna-warni 😍
Matilanak gunting pun kaler frozen gitewww.


Kereta pun sama.
Dulu aku pakai Kancil je.
Tapi aku rasa macam bawak BMW. Hahaha.
Kereta kena kilat, wangi.
Boot kereta aku bersusun kasut. Maklumlah keje sales kan, kasut kena bertukar-tukar ikut situasi tempat kita nak pergi tu.
Orang lain boot bersusun kasut designer.
Aku penuh ngan Vincci. Tetapppppp mak rasa bangga nok!

Rumah pun sama.
Walau dulu duduk menyewa buat lah macam rumah impian.
Kemas, hias.
Jangan mentang-mentang rumah sewa maka kau buat cam reban.
Dengan alasan "Takpelah, bukan rumah aku. Rumah aku esok aku hias lah".
Takde maknanya.
Jangan harap kau nak nak dapat lebih dari tu kalau yang sikit pun kau tak reti syukur.



Rumah sewa dulu, tahun 2001.
Walaupun langsir aku dulu semeter RM2.10 je, tapi tetap aku bangga macam beli kat Macy u olllss.
Rasa macam 'in' sangat kaler biru campur kuning. Dah macam langsir rumah minion. Kahkahkah.

Masa mula-mula En Wan tunjuk rumah ni, aku rasa bangga.
Sebab, rumah ni tinggi (tingkat paling atas). Aku rasa macam duduk penthouse.
Begitulah ye nak, level-level berangan aku. Tak pernah kalah punya kalau berangan.
Walaupun Mak Aji masuk rumah aku buat muka macam "Hmmm...keciknya rumah kau ni. Berlaga-laga bontot dengan orang", tapi aku tak pedulik. Aku tatappppp continue feeling macam duduk penthouse. Balik keje masuk rumah rasa mak oiiii canteknya, rumah sape ni? Kahkahkha.

Atas meja solek aku dulu pun camtu.
Bersusunnnnnnnn dengan barang-barang beli kat.................Guardian 😂😂.
Toner, krim, losyen.
Proud atas meja aku penuh dengan kosmetik. Walaupun Guardian je, tapi aku ada gak apa yang kau ada. Brand je lain 😆.

Apa pun yang kita ada, blaja bersyukur.
Dengan bersyukur, kita sebenarnya mengagungkan nikmatNya, baik diekspresikan dengan lisan, dimantapkan dengan hati mahupun dilaksanakan melalui perbuatan.
Of cos ada orang lain yang akan lebih dari kita sebab kita dok bandingkan dengan yang lebih hebat.
Kalau sentiasa bandingkan dengan yang lebih hebat, memang sampai mati tak puas.
Yang perlu dibandingkan adalah dengan masa lampau kita.
Hari ni mesti lebih baik dari semalam. Itu baru betul. Yang ko kacau life orang lain tu jadahnya. Memang takde kena-mengena doh.
Kebahagiaan bukan terletak pada apa yang kita ada, tapi sikap kita terhadap apa yang kita ada.





March Best Buy untuk semua produk GreenAard akan start 27 Mac ni sampaiiiiiiii 7 April.






W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools