2017-03-19

Tukang sampaikan cerita



Orang yang suka menyampai-nyampaikan ceritalah orang yang paling jahat sekali.
Orang macam ni payah nak dianggap kawan.
Nampak macam dia takde buat masalah kat kita.
Tapi sebenarnya orang macam ni, samada dia tak suka kita dalam diam atau dia tak suka pihak yang lagi satu tu dalam diam.
Kalau berdepan dengan orang macam ni, selalunya aku akan elakkan berkawan atau elakka rapat dengan tukang penyampai cerita rather than orang yang terang-terang tunjuk sakit hati kat aku.

Orang yang suka membawa mulut ni nampak macam tak suka buat jahat tapi sebenarnya dia lah yang jahat. Kalau dia baik, dia takkan bawak mulut.
Apa motifnya dia menyampaikan cerita kat kita?
Supaya kita dari tak tahu jadi tahu?
So kalau kita dah tau, apa yang dia expect? Dia expect kita redha?
NO.
Dia sebenarnya expect kita bergaduh. Atau paling tak, kita sakit hati.

Sebab tu aku cakap, si tukang penyampai cerita nilah yang perlu kita hati-hati.
Orang macam ni sebenarnya dia pun sakit hati kat kita tapi tak berani nak tunjuk.
Jadi bila ada orang lain yang berani tunjuk sakit hati kat kita, dia jadi seronok.
"Oh, rupanya bukan aku sorang yang tak suka dia, ada orang lain jugak. Ada gak geng".
Dan dia gunakan kesempatan tu untuk menyampaikan cerita supaya kita jadi marah dan sakit hati. Selalunya apa yang dia sampaikan tu akan ditokok-tambah.

Possibility yang kedua adalah, dia sakit hati kat orang yang buat pasal dengan kita tu. Tapi dia tak berani nak cari pasal dengan orang tu. Jadi dia menyampaikan cerita dengan harapan kita bergaduh dengan orang tu. Nanti kejenya membagi idea kat kita, cucuk-cucuk kita supaya kita bergaduh dengan pihak tu. Selalunya orang macam ni dia tak berani nak bertindak tapi dialah mastermind.

"Tidak akan masuk syurga al-qattat (tukang mengadu domba)" - Al-Bukhari, 10:472. 

Simple je ayat tu.
Senang sangat nak paham apa maksudnya.
Kalau rasa-rasa tak paham, bacalah ulang-ulang sampai paham.

Aku tak berapa layan sangat orang yang menyampaikan cerita.
Sebab motifnya tak jelas.
Kalau dia dengar ada orang bercerita buruk tentang kita dan dia pun akui perkara tu tak patut kita buat, sepatutnya dia yang tegur kita untuk perbetulkan kesilapan. Bukan menggunakan nama orang lain. What's the point menyampaikan cerita?
Bila dia menyampaikan cerita, itu bermakna dia pun sebenarnya tak suka kita atau tak suka apa yang kita buat tapi dia bermuka-muka.
Pilihan kau cuma ada dua - it's either kau tegur kesilapan kawan kau atau kalau kau tak berani nak tegur, kau diam je sudah.
Menyampaikan cerita bukan pilihan.

Selalunya kalau ada orang menyampaikan cerita kat aku, aku akan cakap "Biarlah dia".
Apa urusan ketidakpuasan hati sesiapa terhadap aku, itu urusan dia.
Dia yang pilih untuk ada rasa tak puas hati, sila teruskan. Not my business.
Sebab kita semua ada pilihan.
Kita ada pilihan untuk suka, ada pilihan untuk tak suka.
It's your choice.
Kalau tak suka, bagitau.
Tapi kalau kau taknak bagitau dan memilih untuk cakap belakang, silakan.

Masalahnya dengan ramai manusia ni, yang dia tak suka tu lah yang dia dok kelebet siang malam.
Yang dia tak suka tu lah yang dia viralkan.
Yang dia benci tu lah yang dia bincangkan sampai berminggu-minggu.
Kau boleh brain? Sorry aku tak boleh.

So, apa nak buat kalau berdepan dengan situasi penyampai cerita macam ni?

Dengar boleh, percaya jangan.
Orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik dan kesaksiannya tak dapat diterima. Kalaupun apa yang disampaikan tu betul (maksudnya kisah orang bercakap buruk tentang kita tu memang wujud), dia tetap bukanlah orang yang boleh kita respect. Kawan yang baik adalah kawan yang apabila dia dengar orang lain cakap buruk tentang kita, dia akan pergi kepada yang bercakap tu dah jelaskan perkara sebenar. Atau, dia akan periksa dengan kita sendiri tanpa menyebut nama orang lain.

Kalau kerap sangat mengadu kat kita, kat sini kita dah boleh tau dah perangai orang tu macamana.
Kau boleh je tukar topik terus. Seolah-olah apa yang dia sampaikan tadi kau tak dengar.
Lama-lama nanti dia stop sendiri sebab dia tau kau tak berminat nak ambik tau.
Kalau kau very lucky, nanti dengan dia dia sekali terus vanish dari hidup kau.
Masa tu nanti baru kau nampak apa tujuan dia selama ni suka sangat mengadu domba kat kau.

Tak ada keperluan menyampaikan sesuatu cerita kalau dah tau cerita tu nanti akan merosakkan hubungan.
Tapi kalau tak salah aku, ada beberapa situasi yang dibolehkan untuk menyampaikan cerita contohnya kalau dapat tau A akan bunuh B.
However, disebabkan sikit sangat orang yang mampu membezakan apa itu mengadu yang boleh dan mengadu yang tak boleh, so jalan paling selamat adalah diam.

Nak deal dengan orang macam ni caranya - diam je.
Orang yang tak suka kat kau, kau explain apa pun dia tetap takkan terima.
So baik kau save energy kau untuk buat benda lain.
Biarkan dia dan kelompok dia berdiskusi tentang kau dengan gembira.
Eh, hello? Alangkan keburukan kau pun jadi topik perbincangan, apetah lagi kehebatan kau, kan?
*hembus kuku*






Klik gambar untuk dapat diskaun kod. Masih on sehingga 11.59 malam ini!






W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools