Aku nak cerita kat korang pasal budak ni.
Reader ni pernah PM aku before dia ke Jepun dulu.
Dia married, ada anak, dan nak dihantar ke Jepun. Dia contemplated samada nak pergi atau tak.
Baby pun masih menyusu badan. Dia kata stok mungkin cukup sebulan je.
So dia tanya pendapat aku.
Aku cakap kalau tanya aku, pendapat aku mungkin bias sebab aku memang dah biasa tinggalkan anak and suami untuk pergi outstation. Anak aku (Redza) dulu lagi rapat ngan bibik dari aku sebab omaknya keluar pagi anak belum bangun, balik rumah anak kadang-kadang dah tido.
Tapi aku tanya jugak memang tak plan nak bagi anak minum susu formula ke?
Dia kata nak ajar sikit-sikit.
Suami ok tak?
Suami ok katanya.
So, aku cakap kalau semua ok, then takde masalah kalau nak pergi. Itupun kalau dia tak kisah.
Akhirnya dia pergi juga ke sana.
Alhamdulillah di sana dia dapat lebih dari apa yang dia sangkakan (baca conversation kat atas).
Ternyata kasih sayang Allah tersembunyi di sebalik setiap perkara.
Ada perkara yang kita rasa bagus untuk kita dan masa depan - sesuai dengan plan kita - akhirnya tak kesampaian kerana rupanya macam-macam dugaan melanda di pertengahan yang kita tak dapat jangkakan. Tapi kadang-kadang apa yang kita risaukan, apa yang kita sedihkan, apa yang kita takutkan secara berlebihan rupanya tak seperti yang kita sangkakan pun.
Pengetahuan manusia sangat limited.
Kadang-kadang kita tak suka sesuatu perkara/benda padahal perkara/benda tu baik untuk kita cuma jalannya sulit.
Dan kadang-kadang kita nampak something yang ada kebaikan secara zahirnya, dan kita pun suka tapi ada keburukan di sebaliknya.
Allah lebih tahu tentang kebaikan setiap perkara.
Jadi manusia, jangan sulitkan keadaan.
Tapi kebanyakkan manusia (termasuk aku) tebiatnya memang suka menyulitkan sesuatu yang sebenarnya tak sulit pun.
Kalau rasa option yang harus kita pilih boleh disettlekan, maka jangan sulitkan pilihan.
Setakat anak yang masih menyusu badan, cuba ajar anak minum susu formula.
Allah, Tuhan tak zalim lah.
Kalau hanya yang minum susu badan tu je yang elok perangai, yang sihat, yang bijak - maka sepatutnya En Wan tu la manusia yang paling buruk perangai, paling tak sihat dan paling bodoh. Sebab bukan saja tak minum susu badan malah semua jenis susu dia tak minum.
Contohnya 2-3 tahun lepas ada customer nak beli kukis Mak Aji in bulk.
Dia kata dia nak re-pack jadi brand sendiri.
Mak Aji dah susah hati. Dia bagitau aku pasal ni.
Aku cakap biarlah customer tu nak re-pack pun.
Kenapa kita nak susah hati? Dia tetap beli dari kita. Resepi kita pegang.
Cuma dia nak re-branding saja. Go ahead.
Sama la dengan bisnes.
Selalunya orang Melayu sangat sentimental dan emotional dengan bisnes yang dia bangunkan bertahun-tahun. Nak perturunkan kat anak cucu katanya.
Jangan sedih-sedih sangat. Esok kau mati company ni tak ikut sekali masuk kubur.
Entah-entah tulang kau belum reput dalam kubur tu, anak kau dah lingkupkan company yang kau sayang sangat ni.
I tell you, kalau customer database kau ada 100,000 orang, then ada company nak beli company kau sebab nakkan customer database - JUAL!
Tekan harga sampai RM20 juta.
Then take the money and invest in real estate - make more money. Pasif income. Duduk rumah mengangkang.
Why nak jadi so emotional sangat sayang company dibina bertahun-tahun, nak biar ada legasi, biar ada kenangan. Banyak sangat tengok cerita melayu la ni.
Kalau sayang sangat, kau ambik gambar sekarang banyak-banyak sementara kau masih keje pastu simpan buat kenangan.
Last week Mak Aji sembang ngan aku.
Dia cakap pasal rumah arwah nenek kat kampung. Rumah tu tanah dia.
Dulu cadangnya nak bagi kat aku.
Pastu baru-baru ni rasanya adik ipar aku macam nak keje kat Melaka.
So Mak Aji cakap kalau jadi keje kat Melaka ingat nak pass rumah tu kat adik aku. Biar dia duduk je situ. Kurang-kurang rumah tu ada orang jaga. Aku tak kisah ke kalau rumah tu dapat kat adik?
Aku cakap takde hal.
Berapa bijik rumah yang aku nak conquer pun, aku dah ada sebijik kat sini.
Pastu Mak Aji cakap kalau macam tu nanti ladang getah dia bagi kat aku. Hasil dari Risda tu aku ambik lah. Kalau one day kerajaan nak ambik tanah tu, duit tu ambik simpan katanya.
Eh apehal nak simpan?
Baik aku beli lot kedai pastu sewakan kat orang. Dapat gak aku pasif income tetiap bulan. Sama je kan konsepnya. Sekarang pun kutip hasil dari Risda. Kalau beli lot kedai pun kutip hasil dari penyewa gak. Kedai still nama aku gak.
Matila Mak Aji baca plan aku ni. Mesti dia berpikir 14 kali nak tukar ke nama aku. Kahkahkha.
Konsepnya macam tu. Mudahkan hidup.
Bukan suruh ambik mudah semua perkara, just jangan sulitkan kedaaan yang tak sepatutnya dipersulitkan.
Sometimes perkara tu tak susah mana tapi kita selalu nak pertahankan prinsip katanya.
Yakin setiap perkara ada hikmah.
Perancangan kita belum tentu bagus.
Tapi perancangan Allah walaupun kita rasa macam takde keseronokkan tapi pasti ada kebaikkan. Tinggal lagi kita tak nampak atau belum mahu terima.
Yakinlah, ketika kita kerah sepenuh tenaga dan akal sebagai manusia jangan lupa serahkan pada Allah akan hasilnya. Wait and see apa yang akan berlaku.
Semoga Allah bagi kita semua keyakinan dan kekuatan kerana Laa hawla wa laa quwwata illa billah - tiada daya dan upaya kecuali kerana Allah.
March Best Buy untuk semua produk GreenAard akan start 27 Mac ni sampaiiiiiiii 7 April.