2017-03-27

Mintak resepi orang lain untuk berniaga



Semalam aku tengok-tengok video resepi kat YT sekali terpandangkan ni.
Dah terang-terang nampak orang tu buat video promo jualan, eh boleh lah pulak pi mintak resepi untuk buat berniaga jugak.

Ramai kot yang ada isu macam ni.
Kadang-kadang aku nampak kat FB orang yang berniaga kek, sambal, kukis, ada masalah macam ni.
Suka-suka je member mintak resepi.
Orang tu berniaga kau tak support, pastu kau dare pulak mintak resepi untuk buat berniaga.

"Rezeki takkan salah alamat. Jangan takut nak share!". Katanya.

Betul, rezeki kita semua Allah dah tetapkan.
Tak perlu takut ada orang yang buat bisnes sama dengan kita.
Masing-masing dah ada rezekinya.

Dah tu, kalau tau rezeki tu takkan salah alamat, apesal tak try je buat resepi sendiri pastu jual?
Kenapa mesti nak mintak jugak resepi orang lain yang dah sah-sah resepi tu dibuat berniaga?

Sometimes orang salah faham konsep rezeki.
Dia anggap apa yang orang lain ada, kena bagi dia jugak.
Kalaulah macam tu jangan mintak resepi je. Baik kau guna dapur dia sekali, guna mixer dia, kuali belanga semua guna. Customer dia pun mintak sekali. Duit untung je kau ambik.
Nak jalan senang, kan?

Kena faham.
Rezeki dan sumber rezeki tu ada beza.
Dalam setiap rezeki kita ada hak orang lain - betul.
Bukannya sumber rezeki orang tu yang jadi hak kau sama. Lain.

Ada sorang reader pernah PM aku.
Aku takleh trace siapa nama dia.
Dia pernah PM tanya tentang konsep rezeki ni jugak.
Katanya dia and husband buat bisnes makanan. Nama makanan dia apa pun aku lupa dah.
Pastu adik-beradik and ipar duai mintak resepi nak berniaga benda yang sama tapi pakai brand lain.
Tang guna brand sendiri tu dah betul dah. Tapi tang mintak resepi tu yang tak betul.
Tapi adik-beradik dia ni lagi terer, siap mintak tepung brand apa, butter brand apa - kiranya nak sebijik sebijon hasilnya dan rasanya sama.
Pastu yang tak boleh blah, siap nak customer database.

Aku lupa macamana aku reply masalah dia and apa reason aku.
Tapi yang pasti memang aku say NO.

Konsep "berkongsi" rezeki yang macam ni - salah.
Ni bukan kongsi. Ni namanya caras.
Orang macam ni sebenarnya yang takut dengan rezeki, tak yakin dengan rezeki dan percaya rezekinya ada pada tangan orang lain.

Kita bekerja bukan niat untuk mendapatkan rezeki.
Kita bekerja kerana ikut perintah Allah, supaya kita tak meminta-minta kepada mahluk.
Rezeki memang mutlak di tangan Allah.
Allah datangkan rezeki melalui pekerjaan, DIA juga datangkan rezeki tidak dari pekerjaan.
Contohnya, baby.
Dalam kandungan ibu lagi masih boleh hidup tanpa perlu cari makanan. Makanan yang datang pada dia.
Orang gila, orang sakit - dorang tak berkerja pun. Tapi ok je rezeki sampai. Masih makan, masih kenyang, masih terurus. Itu menandakan rezeki 100 % di tangan Allah.
Allah yang lapangkan rezeki, dan DIA juga sempitkan rezeki.

Jadi, kita kena percaya dengan rezeki.
Belum tentu lagi kalau kita guna resepi orang kita akan berjaya macam dia.
Instead of kau mintak resepi, why not kau jadi agen ataupun beli wholesale pastu re-pack guna brand sendiri.
Tu baru betul namanya kongsi rezeki.











W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools