2017-03-14

Impian yang dikondem-kondemkan


AWAS : 
ENTRY NI ADA VIDEO AKU. KALAU BUKAK GUNA HENFON TAK NAMPAK VIDEO.


Hari ni aku nak cakap pasal IMPIAN.

Aku sangat 'beruntung' sebab aku ada manusia yang selalu kondem impian aku - iaitu En Wan.
Dia adalah orang yang palinggggggggg kuat mengkondem semua yang aku impikan.
Apa yang aku buat, atau yang aku nak buat, semua dia kondem.
Tapi, aku sangat berterima kasih kat dia sebab setakat ni, semua impian aku yang dia kondem 99% bertukar jadi kenyataan. Hahahahaa.

Meh aku listkan sikit buat bakor line.


1. Blogging.
Aku start blogging tahun 2006.
Masa tu zaman makan gaji, tak se-busy sekarang. Hari-hari aku update blog. Kadang tu sehari 2 kali. Punyalah banyak masa aku. Dan waktu tu semua benda aku nak cerita. Goreng tempe tak garing pun nak blog. Kahkahkah. En Wan cukup menyampah everytime aku blogging. Dia kata aku buat benda yang tak berfaedah. "Ada orang baca ke cerita awak ni?". Itu ayat feveret dia. Malangnya, bini dia jenis kalis kritikan. Kau cakap lah apa pun, bukan aku pinjam laptop kau pun kan. Aku terus tulis tulis tulis tulis pekakkan telinga. Lagi satu ayat feveret dia "Buang masa je berjam-jam tulis blog. Dapat apa?". Masa tu memang aku takde jawapan untuk kritikan dia. Sebab aku memang tak harap apa-apa pun dari blogging. Aku blog sebab aku suka bercakap. Aku enjoy menulis dan bercerita. Nak harap amendenya kan. Masa aku start blogging dulu memang blogging tu tak bagi apa-apa faedah sangat pun. But later barulah ramai mencanak-canak mula berblog selepas ada paid review. Cut story short, aktiviti tak berfaedah aku ni pernah bagi aku RM30K sebulan. Selamba je aku payung renovation rumah dengan duit aktiviti tak berfaedah aku ni *blow fist*. Tapi sekarang aku dah tak buat iklan dah. Malas.


2. Business
2008, masa aku berenti keje sebab nak run bisnes biotek sendiri, En Wan jugak yang kondem aku. Ayat feveret dia "Bisnes ni susah, Di. Kalau bisnes ni senang, dah ramai orang buat! Abang yang dari keluarga bisnes pun tak yakin nak buat bisnes". Aku punya reply "Sebab tak ramai yang buat lah, maka Di nak buat". Waktu tu boleh tahan jugak lah aku bertegang urat ngan dia pasal ni. Last-last dia serender. Maybe sebab aku lebih degil dari dia. Lagipun benda yang aku nak buat ni bukan benda baru. It is still benda yang sama yang aku pernah buat, bezanya kali ni aku run bisnes sendiri. Risiko tu memang ada tapi kurang lah sikit kot sebab pengalaman and resources dah ada. Disebabkan nak buktikan yang decision aku ni betul, asal dapat gaji je, aku bagi semua kat dia. Biar dia nampak aku macam berjaya. Padahal aku tengah sesak. Kahkahkah. Tapi takpe, aku cuma nak dia diam. Kalau dia diam, at least kurang sikit serabut kepala otak aku ni. Cut story short, this is where I am now. Alhamdulillah, belum jadi multimillionaire lagi lah, tapi I am on my way, insyallah.


3. Fleur by Mrs Him
Masa aku jual tudung sikit-sikit dulu, En Wan jugak yang kondem. Aku ni tak payah susah-susah orang lain nak kondem, dah ada dah sorang pengkondem tetap dalam rumah ni. Dia kondem "Orang tak pakai la tudung pesen ni. Kat Malaysia pun dah banyak jual tudung". Aku wat lek wat pis je. Malas aku layan orang tak pakai tudung bercakap. Hahaha. Masa tu reason aku jual tudung sebab aku yang nak pakai. That's why aku cuma jual shawl je sebab aku tau pakai shawl je pun. Kalau aku jual because of bisnes, dah lama aku jual tudung instant. En Wan bajet angan-angan mat jenin aku ni tak lama, paling lama pun 6 bulan bungkus. Tapi alhamdulillah hidup sampai skarang. Itulah pentingnya ada impian. Bila ada impian, kita ada misi. Lambat cepat belakang cerita, yang penting jalan terusssss. Aku tak pernah sangka cita-cita aku nak ada produk pakaian label sendiri akan benar-benar jadi kenyataan sebab bak kata En Wan, Fleur by Mrs Him ni macam angan-angan Mat Jenin je.



Dan akhirnya tahun 2013, Mat Jenin dan Fleur by Mrs Him appear kat TV.
😆😆😆


4. GreenAard
Masa aku plan nak buat GreenAard, that was tahun 2014. En Wan memang tau aku ke sana sini jumpa researcher tapi dia tak jangka yang aku akan hasilkan produk sendiri. Dia ingatkan aku jumpa customer Biotek. Aku plan senyap-senyap je sebab aku tau kalau aku start share kat dia plan aku, konfem dia kondem kaw-kaw punya. Lama gak aku berguru and bukak balik buku-buku biotek dah macam nak buat tesis pulak. Akhirnya bulan Mac 2015 aku start RnD GC Plus. Dari pil tu warna biru, tukar ke merah dan akhirnya ke warna sekarang. Masa aku launch bulan September 2015, En Wan pandang gitu-gitu je sambil senyum-senyum sinis. Aku paham sangat la senyuman sinis dia tu. Malas aku nak layan. Janji kau tak kacau aku dah. Bila bulan tu saja 2000 botol aku kena pack sendiri, at one time tu aku nangis pack sorang sebab nak kena tulis banyak (masa tu masih tulis tangan), lama-lama dia tolong. Eh lepas tu dia pulak yang naik excited menolong pack bila dah tengok berbakul-bakul kena pack (masa tu buat kat rumah je jadi aku guna bakul baju untuk isi barang yang dah dipack). Cut story short - bulan Oktober dia resign, and November 2015 dia jadi bos GreenAard. Bos terus kau!!!


Rindu aku kat dua orang Dr ni.
Banyak dorang guide aku camne nak fine tune formula.


5. Ofis XZIZ Biotech 1
Masa aku start bisnes XZIZ Biotech, tahun 2008 kitorang sewa ofis kat Seri Kembangan. Gila cokia ofis aku dulu. Meja ada 4 bijik, mesin fotostate/printer/fax seketul, dengan line phone je ada. Semua barang second hand beli kat kilang barangan second hand. Selebihnya kosong. Aku ngan partner aku je yang run the bisnes berdua. Masa tu memang takde pekerja tetap lagi. Sesekali ambil contract staff kalau ada workshop. Pernah budak delivery yang collectkan stok kat kargo masuk opis cakap "Ni opis ke surau?". Kahkahkah.
Memang macam surau oi!! Sebab luas gila opis tu tapi takde barang. Redza cukup suka datang opis aku boleh main lumba lari kat dalam tu. Masa tu En Wan kondem "Apelah motif masuk opis kalau takde pekerja? Baik buat keje kat rumah. Jimat". Masa tu aku malas nak menjawab. Orang yang kuat mengondem ni kau bagi apa pun jawapan dia tak terima, So jangan layan. Kahkahkah. Aku memang kuat berangan. Aku suka visualize apa yang aku impikan. Reason aku sewa opis bukan sebab nak tunjuk kat orang aku ada opis. Tapi aku nak implement trust and faith terhadap impian aku. Nak kejar impian bukan bermakna perlu pastikan impian kita complete barulah boleh dinamakan impian terlaksana, NO! Impian is action. Apa yang boleh buat, buat dulu. Impian akan bertukar realiti perlahan-lahan. Bayangkan kalau dari dulu aku pilih untuk terus buat keje kat rumah sedangkan aku mampu sewa opis, aku tak rasa aku akan ada di tempat sekarang. Minda aku akan sentiasa rasa keje yang aku buat tu boleh buat kat rumah all the time.


6. Ofis XZIZ Biotech 2
Ofis kedua adalah lanjutan impian dari ofis 1. Disebabkan hari-hari pegi keje masuk opis kosong, semangat nak cari duit lebih tu bertambah. Perasaan nak penuhkan opis ni dengan barang yang betul-betul nampak macam opis semakin membuak-buak. Disebabkan impian tu lah aku jadi lebih kuat buat sale. Nak dijadikan cerita setahun je Ofis 1 tu. Sebab partner aku berenti ikut husband sambung blaja. Jadi, aku pindahkan opis XZIZ ke Putra Heights. Masa ni aku dapat upgrade opis. Macam biasalah kan, memula orang tu kondem aku takyah masuk opis, buat keje kat rumah katanya. Bila aku dah ada peningkatan sikit, dia lak yang take over design opis aku. Dia la punya idea letak tema opis kaler oren. Aku nak beli meja macam ni, dia pilih meja macam tu. Aku nak A, dia pilih B. Tapi sebab aku nak dia senyap, jadi aku bagi je la dia buat pilihan walaupun waktu ni dia takde kena-mengena dengan bisnes aku pun. Layankan aje lahhhh.



Gambar-gambar opis lama semua dalam external harddisk aku yang dah kaput. Ni je satu-satu gamba ada dalam koleksi FB. Tu pun gambar masa aku nak pindah opis 3. 


7. Ofis GreenAard
Ofis GreenAard sekarang adalah ofis XZIZ yang terkini.
Masa aku buat GreenAard dari rumah dulu, aku cakap kat En Wan satu hari nanti GreenAard ada ofis sendiri, warna tema hijau sebab natural product (ramai ingat GreenAard adalah cetusan nama aku Green Apple. Takde maknanya! GreenAard tu maksudnya Green Nature. Aard di ambil dari bahasa Afrika). Aku berangan nak agen, nak ada road tour seluruh Malaysia. Kau ingat buat concert siap ada roadtour? Kahkahkah. En Wan macam biasa la "Buat dulu! Jangan banyak berangan". Dia masih lagi tak sedar-sedar tu apa yang aku capai selama ni semua berpunca dari berangan. Setup ofis GreenAard memang extreme makeover. Sebab kitorang rombak opis ni jadi opis GreenAard at the same time display area untuk Fleur by Mrs Him.

Now sitting here in the ofis (sambil mengadap si tukang kondem ni hari-hari), somehow aku bersyukur ada tukang kondem yang setia di sisi mengondem impian aku setiap masa. En Wan membuktikan kat aku bukan pujian yang buatkan kita bangkit tapi kritikan yang buatkan kita berjaya capai impian kita. Jangan takut kalau ada yang kritik/kondem. You yourself tau samada itu kritikan membina atau menjatuhkan. Kalau menjatuhkan kau jangan lah layan. Kalau membina, it's good walaupun kau sakit hati. Aku ni tido sebantal dengan tukang kondem okeh. Kau rase??

Jangan tanya camana nak jadikan impian kita kenyataan.
Do not question how. Our job is not to figure the how.
The HOW will show up out of a commitment bila kita percaya dengan impian kita.
Impian kita untuk kita. Untuk dibuktikan pada diri sendiri.
Jadi jangan malu nak ada impian.
Tulis je impian tu dalam buku. Bukan orang tau pun. So kenapa nak malu pasang impian?
Impian tak semestinya besar.
Kecik pun namanya impian juga. Kalau impian yang kecik tu mampu dicapai, bukan ke itu dah jadi satu BIG achievement untuk kita? Just feel good about impian kita. Belum capai takpe, just feel good about it dulu.