walk on wings, tread in air: Tganu Wedding Amri <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Tganu Wedding Amri
2017-02-20

Ok ni entry dah terlajak sebulan namanya.
Patutnya entry ni naik dulu tapi macam terlupa je.
Ni cerita before Redza masuk MRSM lagi ni, time aku balik Tganu bulan lepas untuk wedding anak sedara En Wan. Ye, nampak gayanya macam tetiap tahun pun anak sedara dia kawen. Bulan depan pun ada 2 orang serentak naik pelamin. Tetiap tahun la aku buat baju nak pi majlis kawen nampaknya.

Misi balik Tganu kali ni bukan tertumpu kat majlis kawen sebab kali ni majlis tak buat besar-besaran sangat, jadi aim aku balik Tganu lebih kepada nak melantak. Kali ni balik seminggu, so banyak la makanan yang aku nak makan.



Nasi minyak lauk ayam



Nasi minyak lauk daging.
Dua-dua pun aku punya 😂😂.
Sebenarnya yang atas tu share ngan Rayyan.
Ingatkan boleh la share, rupanya dia bedal 3/4. Terpaksa aku order baru pastu.

Ni kedai biasa kat Manir.
Nama kedai tak tau, rasa macam takde nama kedai.
Tapi kalau masuk Manir tu, ko kena belok kanan menghala ke pasar Manir. 
Nanti jumpa simpang, masuk kanan lagi.
Kedai dia belah kiri.
Satu-satunya kedai yang ramai orang, memang tu lah kedainya.



Lepas breakfast, terus pi town.
Aku lupa dah aku cari apa kat town. Rasanya beli groceries kat Mydin je.
Pastu singgah AnW la apa lagi, tempat wajib pegi.
Tapau classic hot dog with cheese.



On the way balik singgah beli pulut lepa.
Kali ni tak beli kat tempat biasa sebab En Wan kesian tengok akak ni menjual siap ada buai kat belakang. So benti beli kat sini pulak. Ok je la, boleh tahan gak rasa dia. Tapi memang lagi sedap yang kat gerai depan sekolah Ladang tu.



Dah masuk balik ke area Manir, benti depan kedai roti paung, wajib tapau 3 plastik.
En Wan sorang je hadap se-plastik.
Tak main la pelawa-pelawa orang lain. 
Kau nak, kau ambik kat plastik lain. Gitu konsep makan roti paung yang sebenar 😆.



Malam keluar makan lagi. Sekarang rumah mak mertua aku kat Tganu tu dah ala-ala homestay. Dapur ada, tapi tak guna. Balik untuk tengok TV and tido je. Memang takde apa pun kat dapur. Air sejuk ada la. Lagipun takyah la masak sebab kalau nak rasa masakan mak mertua aku, aku boleh rasa hari-hari kalau nak sebab dia kan duduk sekali ngan kitorang. So, sekarang konsepnya balik Tganu makan luar je hari-hari. Lagi best kot, sebab takyah tolong masak. Kahkahkah.

Elok gak makan luar macam ni. Sebab sepanjang kawen ngan En Wan, selama balik Tganu mesti makan kat rumah, sampaikan kalau orang tanya aku apa makanan best kat Tganu, aku tak tau nak jawab kat mana. Kali ni tau la kot sikit-sikit walaupun kebanyakkannnya aku makan tempat yang sama je.

Restoran ni menghala ke Batu 6. Kalau dari Manir tu dekat sangat lah. Tepi jalan. Kalau menghala ke Batu 6, kedai ni belah kanan. Not bad, lauk pauk sedap macam makan kat restoran seafood Thailand gak. Tomyam boleh tahan.



Ni nama kedai dia.



Padahal dah makan kat Marshima kan?
Tapi pukul 11 malam keluar balik mentekedarah maggi pulak.
Maggi bukan sebarang maggi. Ni la nama dia Maggi Dapur Kayu.
Maggi Dapur Kayu ni mula viral sejak YB Khairy Jamaludin up kat IG dia makan kat sini.
Walaupun kat warung maggi dapur kayu ni dah ada agak banyak jugak kat KT, tapi this is the exact warung yang YB KJ pegi. 



Sefamili pergi, tinggalkan mak mertua je sorang-sorang kat rumah 😂.
Mak mertua aku dah mengantuk tak larat pukul 11 malam nak makan. Jadi, kitorang semua pegi.
Aku mati-mati ingat warung ni tepi jalan, rupanya tak.

Ceruk ke dalam weii. Dah la signboard takde. Camne la YB KJ boleh sampai sini ntah. Ni mesti yang ajak dia memang pure orang Manir gak. Series jangan tanya aku, aku sendiri tak tau camne nak masuk sini. Kalau dari rumah mak mertua aku memang dekat nau. Sape nak pi sini, tanya En Wan (PM dia). 

Yang best tu kan, rumah mak aku yang tepi jalan tu pun payah dapat line. Warung ni ceruk ke dalam pun boleh dapat 4G!



Lagi satu nak pesan awal-awal sape nak pi sini, kedai dia hanya bukak dari 11 malam sampai 2 pagi je. 3 jam je ya. Ni bisnes suka-suka namanya sebab suka-suka bukak pukul 11 malam dan suka-suka berniaga 3 jam je sehari.

Lagi satu, kalau nak pi sini mohon datang pukul 10.30 malam.
Datang tepat-tepat pukul 11 malam gamaknya kau tunggu 1 jam la baru dapat maggi. Sebab orang dok beratur dari pukul 10.30 lagi.

Warung ni memang hanya ada 2 saja dapur kayu.
Dia tak buat lebih. Just 2 je.
So kalau kau lambat, makin lambat la kau punya turn dapat maggi. Bawak je la maggi in a cup siap-siap kot kebuloq tunggu dia masak maggi, kau makan lah maggi in a cup dulu.
Sebab tu aku kata ni bisnes suka-suka, sebab dapur kayu pun dia taknak tambah walau tau ramai orang. Dia kekalkan 2 je.

Lagi satu, sini maggi basic je ya - maggi + telur.
Toksah berangan nak mintak tambah sayur, tambah ayam, tambah udang - TARAK.
Tapi kalau kau nak udang, kau boleh bawak udang sendiri, nanti dia masakkan dalam maggi.
Serious, tak tipu. Malam tu Kak Long aku bawak udang sendiri.
Kat sini hanya jual maggi and kepok lekor saja. Dan kepok lekor dia hanya ada yang rebus. Takyah berangan nak makan kepok lekor goreng. Takde jual sini.

Pendapat peribadi aku maggi dia biasa je.
Maybe aku pun jarang makan maggi so tak dapat beza apa yang bestnya sampai YB KJ siap masuk ke dapur nak skodeng apa benda dia letak sebab katanya maggi ni sedap sangat.
Tapi En Wan kata maggi dia lebih lebih sedapt dari kita masak sendiri kat rumah maybe sebab pakai dapur kayu.



Besok paginya, ubah selera sikit.
Tak nak makan kat kedai Manir, tapi beli kat nasi bungkus kat Batu Hampar.
En Wan keluar pi beli sorang.
Makanan pagi tu nasi dagang (yang balut daun pisang), nasik minyak (balut kertas minyak) and mihun goreng (balut sokabar). Pastu putu mayam. Mak mertua buatkan teh wangi. Mavelles!



Nasi dagang 😊.
Aku makan ni ada la kot 5 suap.
Kenyang sebenarnya, tapi aku bedal gak nasik minyak.



Nenek ada jemputan orang kawen. 
Masa ni la mak mertua nak pi jenguk orang kampung. Kalau tak, bila lagi nak jumpa, kan? Takkan nak pi menyinggah rumah orang tak tentu arah. Jadi, hari Sabtu tu mak mertua busy pi kenduri-kendara je. Escort dia mesti ada sekali, mana boleh tinggal.



En Wan balik dari masjid sambil bawak cendol eksrim!
Surga dunia betul. Mana dia jumpa bendalah ni pun tak tau lah.
Aku nak tanya lelebih pun aku bukan kenal pun tempat-tempat yang dia sebut, jadi aku tak tanya.



Jeng Jeng Jenggggggggg!!!!

Petang tu En Wan ajak aku pi pekena goreng-goreng.
Macam biasa, gerai ni area Warung Pok Nong, tapi bukan Pok Nong.
Aku dah naik fedap ngan Pok Nong sebab ramai sangat. Nak mencekik pun kena tunggu 1 jam. Tak kuasa aku.

Yang ni Warung Cik Su, depan sikit dari Pok Nong.
Boleh tahan. Ni kali kedua makan sini. En Wan dah kali ketiga. Ok je pun.
Cuma kali ni sotong tak besar-besar macam selalu.
Bulan lepas Tganu kerap hujan, nelayan tak ke laut sangat agaknya. Payah dapat sotong ikan semua.



Tak kisah la kecik ke besar, yang penting dapat makan dan sedap.
Sotong je 2 bekas. Lepas tu aku tambah 1 lagi, so total 3 piring sotong, ikan sepiring, udang sepiring.
Udang tu sekor RM1 je.



Yang penting ni - ABC jagung with eksrim.
Dulu kat Pok Nong je ada ni. Sebab tu mati-mati aku nak pi Pok Nong gak.
Now kat warung Cik Su pun dah ada, so settle kat sini je la.



Sotong piring ketiga ni memang khas untuk aku hadap sorang.



Lepas kenyang, lepak jap tepi pantai feeling-feeling menunggu nelayan pulang.
Oh masa ni Rayyan tak ikut sebab dia tido kat rumah, sebab tu dapat bersantai-santai macam ni.
Kalau dia ada, jangan harap En Wan nak benti kat pantai ni sebab nanti dia ajak mandi terus.
Waktu ni pantai memang ombak besar, Angin kuat gila. So boleh ambik gamba je.



Aku pun nak gak posing kat sampan ni...



Sampai-sampai je rumah, tengok mak mertua aku dah siap masak bubur lambuk Tganu.
Adoiyaiiiiiiiiii, terpaksa makan.
Dua mangkuk sekali terpaksa bedal.
The best bubur lambuk ever!!!
Kat sini susah nak dapat daun-daun untuk buat bubur lambuk ni.
Sebab tu kalau balik Tganu je baru mak mertua akan masak bubur lambuk. Ni pun aku macam ada terasa-rasa nak makan bubur lambuk tapi tak tau mana nak cari daun-daun ni. Mak aku mesti akan guna 7 jenis daun. 



Ni besoknya, majlis resepsi anak sedara En Wan.
Ni aku bergamba ngan cucu En Wan. Aku dah ada 4 orang dah cucu.
Cucu feveret En Wan ni sebab gaya dia, bentuk badan dia, macam Redza sikit.
Sampaikan En Wan letakkan muka cucu dia ni kat screen henfon. 



Warna tema hijau.
Tak kisahlah camne pun tonnya, janji hijau.
So aku ajak En Wan pi beli kain kat Jakel and tempah.
Aku ngan mak corak sama. Mak buat jubah, aku buat kurung.
Pastu belikan mak tudung instant Ariani chiffon. 
Pasrah berserah je la mak aku terima pilihan menantu hantu dia ni.
Selalunya dia pakai warna tua-tua je. 
Tapi sebab kali ni pakai satu kayu ngan menantu, terpaksa la dia pakai warna hijau lembut gini. 
Tapi ok lah kan dia pakai warna ni?



Nak dijadikan cerita bilik ait kat dewan takde air pulak.
Terpaksa la anak-anak sedara En Wan ni pi mengangkut air.
Baju dah cun-cun, keje angkut air 😂😂.



Sebelum muka anak-anak aku berlendir main kejar-kejar, marilah kita bergamba dulu.
Yang depan aku tu anak sedara En Wan. 



Yang ni semua anak sedara En Wan.
Tapi aku sebenarnya nak fokus kat yang tengah tu - Didi.



Gambar kiri September. 2015. Kanan Feb 2017.
Dua-dua ni kat majlis kawen anak sedara En Wan.
Dia nak sangat ambik GC Plus, aku bagi je la.
Mula-mula tu aku bagi dia sebotol try. Ada perubahan.
Pastu ambik lagi sebotol kalau tak salah aku.
Total dia turun 10kg dengan 2 botol.

Dari dia sekolah lagi aku dah perasan budak ni kalau badan dia kurus sikit mesti cantik.
Dah slim sikit ni, ha betul pun apa aku cakap.



Cucu sulung En Wan. Mulut macam mak nenek ni. Bijak sangat bercakap.
Aku ingatkan Rayyan tu dah habis mak nenek mulutnya, rupanya yang ni lagi terer ke-maknenek-kannya. Disebabkan dia sorang je cucu yang pandai bercakap jadi semua dalam dewan tu tau aku nenek dia. Sekuat-kuat ada dia panggil aku "Nenek! Nenek nak gi manaaaaaaa!". 



Family pengantin lelaki (anak sedara En Wan)



Yang ni lagi sorang cucu En Wan.
Cucu ni rajin datang rumah sebab dia duduk Shah Alam je.



Ni best fren ni. Mak nombor 1 and mak nombor 2.
Sentiasa ada gosip.



Tadi masa sebelum tetamu datang aku ngan En Wan dah makan.
Penutup bila semorang dah beransur balik, kitorang makan lagi.
Siap makan kat meja beradap lagi. Tapi makan ambik sendiri.



Kau tengok yang kanan sekali tu.
Sardin je dia gigit lolipop.



Yang ni bukan cucu tapi anak sedara.
Bunga dengan muka dah sama besar 😂.



Malam tu semua kepenatan. Ingatkan ada la lauk belen-belen kenduri, rupanya lauk semua licin. Tinggal nasik je. So, terpaksa la keluar jugak cari makanan untuk dinner walaupun dah penat.
Lupa nama kedai ni, tapi kedai ni belah kiri kalau menghala ke bandar.
Lauk semua sedap.



Again, bila kitorang dah balik dari dinner, sekali budak-budak ajak makan maggi dapur kayu lagi sekali. Padahal dah kenyang kan, tapi sebab seronok kumpul ramai-ramai, ku gagahi jugak mentekedarah lagi. Second round maggi dapur kayu.



Besoknya pekena balik semula nasik dagang kat restoran biasa kat Manir.
Kali ni bertiga je sebab Rayyan sibuk main kat rumah taknak ikut.
So kitorang plan lepas makan terus pi town carik barang-barang Redza sikit persiapan dia pi Langkawi.




Aku sebagai pemerhati dan pengambil gambar je. 
Apa yang En Wan ambik aku ok je. Malas nak argue-argue.
Kasik chan la kat dia. Selama ni dia yang usaha ajar anak dia malam-malam sampai tegang-tegang urat ajar anak dia kat rumah, sampai aku yang mendidih dengar suara dia marah anak dia.
So bila anak dia dapat masuk asrama, aku bagi kat dia je lah decide semua. Selayaknya dia yang uruskan semua. Aku jadi tukang tolak troli jadiklahhhh.




Malam, kitorang makan kat Cafe Awok Iter kat Gong Badak area Mydin.
Ni cafe wajib pegi sebab ni kawan En Wan punya cafe.
Setiap kali pi sini, aku mesti order western sebab so far rasa restoran ni je yang western dia aku boleh makan sikit. Senonoh la presentationnya.



Elok je lepas makan kat Cafe Awok Iter, aku ajak En Wan naik Mydin sebab aku nak beli AnW.
Padahal baru makan, kan? Hahahaha.
Takpe, ni bekal untuk balik rumah karang.



Next morning. 
Eh tetiba aku rasa macam aku balik Tganu kali ni asik makan je kan? 😆
Pagi tu round town sebab nak carikan kasut Redza pulak kat Bata. 
So En Wan ajak breakfast kat bandar je.
Nasik minyak again.
Aku rasa kalau setahun aku dok makan macam ni je mau kolesterol aku mencanak naik.



Kali ni pi bandar bawak cucu.
Masa ni Tganu dah start keje, jadi sian dia sorang, so angkut sekali lah.



Sebelum masuk Bata (kat sebelah je), pi makan dulu Pizza Hut.
Asik makannnnn je keje klorga aku ni, kan?



Cadangnya beli kasut Redza je.
Tapi dah nama bawak budak-budak kan, mana boleh beli untuk sorang je.
Yang lagi 2 tu pun tapau selipar Star Wars sepasang sorang. Hambikkk lah. 



Malam, ada pasar malam kat Manir.
En Wan tapaukan sata untuk aku. 
Memang heaven la duduk Tganu.
Sehari kalau naik 5kg pun lojik ni.



Lepas makan sata, En Wan tetiba nak makan burger pulak.
Sebenarnya bukan nak makan sangat tau tapi sebab kitorang nampak ada budak-budak muda baru bukak stall burger kat depan sikit dari rumah mak, jadi En Wan nak pi try. Bagi sokongan katanya.



Mana boleh setakat sorang je ikut, kan?
Haruslah semua pun naik sekali.
Mujur la motor ni takde seat lebih kat tepi roda tiga.
Kalau tak, aku pun duduk sekali dalam tu.



Ok ni aku nak announce promo yang aku buat SATU KALI saja setiap tahun.
Nah, promo 3 kotak Ephyra dengan harga RM500 saja.
KLIK SINI UNTUK BELI atau boleh klik butang "Beli Ephyra" kat bawah entry ni.
Atau kalau nak beli melalui whatsapp, please whatsapp 012-7728976.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

posted by aveo757 @ 3:57 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER