2017-02-14

Jangan salah tafsir ujian


Pagi-pagi lagi reader ni dah whatsapp aku.
Mesti dia ingat aku bangun solat malam so she expect aku akan reply sebelum dia start solat juga.
Sorry, aku tak solat minggu ni.
Jadi aku bangun pagi time dah azan. Hence, reply pukul 7 lebih.

Aku suka discussion macam ni.
Aku tak pandai sangat, tapi aku cuba share apa yang aku belajar.
Aku anggap ini sedekah aku pagi-pagi.

Bila aku baca whatsapp reader ni, aku dapat rasakan dia dalam keadaan tertekan.
Kalau tak, takkan dia sampai mintak ajarkan cara berdoa untuk dapat sales.
Aku faham keadaan tu sebab aku pernah lalui zaman-zaman tu.






Ramai orang masih kabur dengan nikmat dan ujian.
Manusia ni kan sifatnya selalu keliru.

Kalau senang selalu dikaitkan dengan nikmat.
Kalau susah dikaitkan dengan musibah, malapetala, bala.
Sedangkan ujian kehidupan tu mesti dihadapi.
Ujian dalam hidup kita ni tak bahaya sama sekali. malah ujian tu sebenarnya sebahagian dari nikmat Allah.

Allah berfirman pada malaikat "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Repeat - "...kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Lagi sekali aku repeatkan - "...kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Yang nak dengar suara kita sekarang ni bukan calang-calang ya.
Allah yang nak dengar tau.
Allah yang panggil khas untuk dengar suara kita merintih merayu kat Dia.

Jadi macamana kita boleh kata ujian tu satu malapetaka?
Belum tentu lagi.
Nikmat atau bala itu urusan Dia.
Bukan kerja kita nak kategorikan.

Allah dah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka belum diuji?" (Al-Ankabut : 2-3).

Tak cukup dengan hanya sebut "Aku beriman".
Manusia takkan dibiarkan free free cakap aku beriman until dia didedahkan pada ujian dan buktikan kebenaran kata-kata mereka.

Firman Allah "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (Al-Kahfi :7-8).

Jangan jadi manusia yang salah tafsir ujian.
Ujian tak salah.
Yang salah adalah bila kita salah anggap pada ujian tu.

Kita always rasa ujian tu adalah sesuatu yang tak best macam susah dapat sales, tak naik gaji, tak dapat naik pangkat, anak tak pandai, diri tak cantik, suami tak kaya, etc.
Asal yang tak best je kita rasa ini ujian.
Sedangkan dapat yang best pun namanya tetap ujian, malah lebih susah lagi nak handle ujian kesenangan sebab selalunya ujian sebegitu datang complete pakej dengan riak, ujub, sombong, dan lalai.

Contoh, bila produk tengah laku. Nak stop kejap pun payah. Bontot ni macam melekat depan laptop. Asik dok balas whatsapp customer. Asik dok kira order yang masuk.
Kita naik seronok layan customer, hati tengah berbunga-bunga jualan tengah laku katakan.
Berapa ramai yang pada waktu happy happy tu sanggup stok kejap untuk pi solat dulu sebab dah masuk waktu?
Selalunya akan bertangguh, kan?
Dah la bertangguh, lepas solat terus zassss angkat bontot.

Tapi berbeza kalau kita dalam keadaan susah hati, sedih, kita akan cenderung untuk tunggu waktu solat dan berlama-lama atas sejadah.

Jadi, yang mana satu nikmat yang kita cari?

Ada lagi. Secara terang difirmankan olehNya bermaksud: "Dan kami akan uji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Al-Anbiya : 35).

Baca tu dan fahamkan.
Dia dah kata, buruk pun ujian, baik pun ujian.
Pandai-pandailah kita.

Lagi satu, jangan ingat kerana kita solat tahajud, kerana kita solat Dhuha - maka Tuhan bagi kita rezeki.
Malu kalau kita ada anggapan macam tu.
Malu kat sape?
Malu kat Rasulullah saw.

Rasulullah saw tu solat sunat sampai bengkak kaki, tapi hingga ke akhir hidupnya Baginda kekal miskin. So, adakah Allah tak sayang dia?
Ada sesape nak question apesal Rasulullah saw tak kaya-kaya walau solat sampai bengkak kaki?
Toksah tanya la.
Kaya tu hak Allah. Dia bagi kalau Dia nak bagi. Toksah pertikaikan kenapa Dia tak bagi kita kaya. Kita buat kerja kita je.

Betul solat Dhuha itu untuk murah rezeki, solat Tahajud doa dimakbulkan.
Tapi, kita buat solat sunat bukan untuk tarik rezeki.
Kita buat solat sunat sebab kita perlu hadirkan rasa syukur dalam diri.
Macamana nak dapat rezeki, macamana nak dimakbulkan doa kalau syukur tu tak ada?

Manusia memang takkan puas dengan urusan dunia.
Dapat jual 1, berangan nak jual 10.
Lepas tu nak jual 100.
Lepas tu nak jual 1000.
Sampai satu masa dapat jual 50 dah murung balik.
Padahal 50 sah-sah lebih baik dari takde lansung.

Baru kerja setahun dah mintak naik gaji tinggi.
Baru jual RM5000 sebulan dah mintak imbuhan pi overseas trip.
Sebab kita always rasa kita dah buat banyakkkkk sangat.

Sama lah macam ibadat.
Setakat solat tahajud kita yang 12 rakaat tu, setakat Dhuha yang 4 rakaat kita nak Allah gantikan dengan nikmat melimpah-ruah?

Kita kira setiap solat sunat kita.
Kita kira setiap sedekah kita.
Kita kira puasa sunat kita.
Dengan harapan Allah gantikan dengan kekayaan.
Habis dosa kita pulak, taknak kira? Ujub kita? Riak kita? Zakat perniagaan dah bayar?

Selalunya orang solat Dhuha sebab nak rezeki dalam bentuk duit.
Bila kebetulan kita dapat sales melimpah ruah, gaji banyak - kita rasa itu sebab Dhuha.
One day, entah macamana, kita tak dapat semua tu lagi, so adakah kita akan terus berDhuha?
Selalunya tak. Sebab kita rasa macam no point dah buat Dhuha.

Sedangkan maksud rezeki tu luas.
Kadang-kadang duit tu tak didatangkan melimpah, tapi kecukupan.
Kecukupan yang membuatkan kita tak payah meminjam-minjam kat orang.
Tapi manusia mana pandang kalau setakat duit sikit-sikit ni.
Kalau duit yang datang sikit-sikit ni manusia panggil 'nasib'. Kalau melimpah ruah boleh beli Range Rover, boleh melancong 2 kali seminggu tu baru namanya rezeki.

Nauzubillah.
Jangan sampai salah menyingkapi nikmat.

By the way, solat taubat kena buat hari-hari ya.
Jangan ingat kita tak buat dosa.
Dosa perbuatan mungkin tak.
Tapi dosa lintasan hati?
Tetap namanya dosa. Jadi biasakan solat taubat buat everyday.





W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools