2017-02-22

Musibah datang kerana dosa kita.



Ini susulan dari status FB aku.
Sometimes status-status macam ni memang mengundang macam-macam persepsi sebab tulisannya ringkas sangat. So, kalau orang yang belum faham akan rasa status ni mengelirukan.
Sebab itulah tempat terbaik nak belajar mesti ke kelas, biar lebih jelas kefahamannya.

Takpe, aku cuba explain kat sini ikut apa yang aku belajar dan aku faham.

"Tidaklah turun musibah kecuali kerana dosa. Dan tidak akan hilang dosa kecuali dengan taubat".

Ini bukan aku yang cakap, tapi Ali bin Abi Talib yang cakap.

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)." (Asy Syuraa 30).

Yang tu pulak petikan ayat Quran.

"Tidaklah seorang mukmin ditimpa suatu musibah berupa rasa sakit, rasa penat, rasa sedih, dan bimbang yang menerpa melainkan dosa-dosanya akan diampuni" (HR Muslim). 

Yang ni petikan Hadis sahih.

Memang susah kita nak terima statement ni.
Sebab mana ada orang nak mengaku dia ada dosa atau dia buat salah, apetah lagi nak terima setiap musibah/ujian tu datang kerana kesalahannya, betul tak?
Tapi pelik kan, bila ujian datang pada kita, kita taknak terima bahawa itu adalah kerana dosa kita.
Tapi kalau nikmat datang pada kita, kita cakap itu adalah rahmat Tuhan pada kita.
Sedangkan nikmat juga adalah ujian.
Nikmat yang membuatkan kita leka dan semakin menjauhi Allah, itu namanya bencana. Bukan nikmat.
Jadi, kenapa kita pilih untuk percaya nikmat Allah itu rahmat tapi menolak statement musibah itu kerana dosa?
Sedangkan Allah terang-terang dah bagitau Dia turunkan musibah/ujian sebagai penghapus dosa.
Kita patut bersyukur Tuhan pilih untuk hapuskan dosa kita di dunia, bukan dibalas di akhirat nanti.
Tuhan pilih untuk bagi kita ujian sebagai balasan dosa yang kita lakukan. Ini seringan-ringan hukuman berbanding azab neraka yang kita tak tau macamana teruknya nanti.

Oleh sebab itu, sepatutnya kita renungkan hal ni. Renungkan statement Ali tu.
Kena terima yang setiap musibah yang menimpa kita itu semua disebabkan oleh dosa dan maksiat yang kita buat.
Aku ada baca hadis tapi lupa dari mana, tentang Ali.
Ali pernah menangis sebab dia hairan kenapa Allah tak timpakan dia ujian.
Kerana dia menganggap bila Allah tak timpakan ujian, maknanya Allah dah tak pedulikan dia. Dan dia takut dosa dia tak terhapus sebab takde ujian.

Itu Ali tu, yang dah dijamin syurga.
Tapi kita yang biasa-biasa ni taknak pulak mengaku ujian itu disebabkan dosa.
Mungkin betul kita tak buat jahat macam orang lain sebab definisi jahat bagi kita adalah berzina, minum arak, bunuh, derhaka kat makbapak - tapi what about dosa penglihatan?
Dosa pendengaran?
Dosa lintasan hati?
Dosa berpakaian?
Dosa lewatkan solat?
Tak ikhlas dalam amalan?
Amalan bidaah?
Apetah lagi dengan adat kita yang pelbagai, kita sendiri tak tau adat-adat yang kita biasa buat tu mengundang dosa atau tak. Pada kita, biasa je adat tu. tapi siapa tau mengundang dosa.
Dan kita perlu tau, belum tentu dosa kita yang besar tu yang bawa kita ke neraka, boleh jadi dosa yang kecil itulah yang heret kita ke neraka.

Ujian, musibah dan malapetaka memang datang silih berganti. Dari kecik sampai besar. Dari ringan sampai yang berat. Dari yang sikit sampai yang banyak. Ada musibah yang bersifat umum dan ada yang bersifat individu. Ada musibah yang tidak melibatkan manusia dan ada yang musibah yang melibatkan manusia zalim.

Even Nabi juga pernah ada dosa.
Tapi kena hati-hati fahamkan statement tu, bukan apa takut nanti sesat. Baca dari awal sampai akhir, ok?
Kalau rasa pelik, cuba baca lagi dan fahamkan.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap Bani Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang bertaubat" (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ad-Darimi).

Kalau semak surah Al-Kahf ayat paling last ada disebut "Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Dari hadis dan ayat Al-Kahf tu jelas tunjukkan yang Rasulullah saw dan para Nabi yang lain pun adalah manusia biasa yang tak lepas dari salah. Bezanya, bila Nabi buat salah, Allah terus tegur dan perbetulkan sehinggakan para Nabi terus bertaubat. Dan taubatnya Allah terima maka mereka serta-merta bebas dari dosa. Sebab itulah Nabi maksum. Disebabkan Nabi semua ditegur dan diperbetulkan secara direct oleh Allah, sebab itulah ajaran yang disampaikan Nabi kepada kita 100% betul. Itu bezanya kita dan Nabi. Bukan bermakna Nabi tak pernah ada dosa. Cuma dosanya semua diampunkan terus setelah dia bertaubat.

Jadi berbalik pada ayat Ali tadi "Tidaklah turun musibah kecuali kerana dosa. Dan tidak akan hilang dosa kecuali dengan taubat" - ini benar.

Nabi Adam dan Hawa pernah berdosa sebab makan buah Khuldi yang terang-terang Allah dah sound supaya jangan makan. Tapi dia makan jugak. Allah murka, tapi mereka cepat-cepat bertaubat dan Allah ampunkan.

Nabi Musa tak sengaja pernah bunuh orang. Dia tak sedar dia terpukul orang tu kuat. Dia bertaubat dan Allah ampunkan.

Nabi Yunus pernah giveup nak berdakwah sebab 33 tahun berdakwah cuma ada 3 orang follower. Dia giveup, dan Allah murka. Tapi dia bertaubat dan Allah ampunkan.

Cuba check surah Muhammad ayat 19 "Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)".

So siapa kata Nabi takde dosa?
Pernah ada dan dah diampunkan kerana mereka bertaubat.

Bukan bermakna musibah datang pada kita kerana kita jahat, tapi kerana kita manusia biasa yang tak terlepas dari dosa. Aku pun berdosa, jangan risau. Kita sama-sama ada dosa. Yang penting, tiap kali dapat ujian, bertaubat. Itu yang akan membezakan kita nanti.

Wallahualam.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools