2016-12-12

Quick update on Customer Reward Program GreenAard & Ephyra



Ok yang ni quick update untuk Customer Reward Program (GreenAard & Ephyra).

Jumaat lepas aku dah naikkan entry tentang program ni.
And Sabtu lepas kitorang dah masukkan 50 points untuk semua existing account. 
Previous purchase kita tak bagi points sebab Customer Reward Program ni sebenarnya our 2017 mission. Tapi kita start awal sebab tak lama lagi dah nak ada Y.E.S, jadi mungkin this is the good time untuk collect points. Dah la harga Y.E.S, pastu dapat points lagi.

Ada yang tanya, beli Ephyra pun dapat points ke?
Iyaaa. Dapat. Tapi beli kat website GreenAard je la dapat point.
Website orang lain tak dapat. 😂😂

Mana-mana yang dah create akaun semenjak awal tahun, takpe. kita dah masukkan 50 points ni dalam akaun masing-masing. Boleh check akaun masing-masing ada ke tak point ni.

Mana-mana yang selama ni beli melalui Whatsapp dah start whatsapp admin tanya macamana dengan dorang yang selama ni beli thru Whatsapp?

Sebab tu lah kita tak ambik kira pembelian yang lepas-lepas. Hanya pembelian yang bermula selepas entry Customer Reward Program tu yang diambil kira, KECUALI, kita bagi 50 point kepada semua yang dah create akaun dengan GreenAard. Jadi, kepada yang beli thru Whatsapp, sila create akaun dulu kat website GreenAard. Lepas tu, kalau korang nak teruskan beli kat Whatsapp pun tak apa. Sebab nanti kita akan update points kat website. Tapi kita update point untuk purchase je tau. Kalau nak tambah point dari segi sharing FB page, Like FB page, atau refer to a friend, tetap kena buat sendiri melalui website sebab yang tu kita tak boleh edit points. 

Lagi satu, kalau korang write a review kat website GreenAard, the best review will get 10 points.
Camne nak write review?

✍🏻 Bukak website GreenAard, www.greenaard.com

✍🏻 Lepas tu klik Beli Produk.

✍🏻 Klik mana-mana produk yang korang nak samada GC Plus, Nutrijuice, Cleansing Bar atau Makeup Remover.

✍🏻 Then kat bawah product page tu ada ruangan untuk tulis review macam bawah ni :

 Clear?



And yang buat aku overwhelmed bila ada yang belum purchase apa-apa pun lagi, tapi dah start create akaun and LIKE FB GreenAard and share kat Tweet tentang GreenAard. (50 points untuk create an account, 5 points untuk share/like FB & tweet). Terima kasih banyak-banyak for supporting GreenAard.

Untuk semua Dropshipper kita akan upgrade ke sistem point ni.
Email to Dropshipper akan di-blast Rabu ni.
Sesape yang nak jadi Dropshipper, this is the best time bila kita dah upgrade ke point sistem.

Ok cukup pasal ni.

Thank you.