2016-12-10

Pernah dengar cerita ni?


Biasa tak dengar cerita macam kat bawah ni.
Atau maybe ada kalangan kita sendiri yang lalui pengalaman ni :

🌱 Kisah Pertama

Kakak datang rumah adik nak tengok adik baru lepas bersalin.

"Laki kau bagi hadiah apa sempena bagi baby kat dia ni?"

"Tak ada", adik dia jawab.

Kakak balas "Teruknya laki kau. Bini susah payah bersalin macam nak mati meneran, dia boleh buat dek je? Laki aku tetiap kali aku beranak bagi hadiah tau. Kita nak beranak pun rasa seronok. At least hargai lah bini".

Petang tu, suami si adik nampak bini dia merajuk. Dorang bertengkar sebab isu hadiah tadi. A fews months lepas tu, bercerai.

Agak-agaknya, mana punca masalah rumahtangga dorang ni tadi?

Hanya bermula dengan pertanyaan "Laki kau bagi hadiah apa". Kan?


🌱 Kisah kedua

Ibu mertua datang rumah tanya soalan kat menantu lelaki "Anak-anak ko ni dah ramai. Ko tak rasa ke rumah kau ni sempit?"

Tak pasal-pasal rumah yang tadinya terasa lapang, sejak dari tu dah mula rasa sempit oleh anak isteri. Elok-elok dah hidup tenang, harmoni, hanya kerana soalan tu, hanya kerana nak puaskan hati orang lain yang tak duduk serumah, yang hanya sesekali je datang menjenguk, terus berlelah buat hutang cari rumah yang lebih besar. Elok-elok hujung bulan ada duit belen RM300, tak pasal-pasal hujung bulan nyawa-nyawa ikan. Duduk rumah besar kemain, tapi tengah bulan je start goreng ikan masin sampai akhir bulan.


🌱 Kisah ketiga

Member tanya "Gaji ko berapa sebulan?"

Dia jawan "2 ribu"

"La haiii. 2 ribu je? Gila kedekut bos kau. Mana cukup zaman sekarang ni setakat gaji 2 ribu. Tol je dah berapa. Minyak lagi. Habis mak bapak tak payah hulur? Anak-anak tak bila nak merasa makan sedap?"

Sejak dari tu dia dah mula tak suka dengan kerja dia.
Dia mintak naik gaji. Malangnya, majikan tak mampu. Terpaksa tolak permohonan dia dan tamatkan perkhidmatan. Elok-elok dah berkerja, sekarang menganggur. Belum tentu lagi kat tempat lain boleh dapat gaji yang sama.


🌱 Kisah keempat

Ada Hamba Allah tanya kat sorang makcik "Berapa kali anak-anak makcik balik tengok makcik dalam sebulan?"

Makcik tu jawab, "Sebulan sekali."

Wah, terus yang bertanya ni emo lebih.
"Ada ke patut balik tengok mak sebulan sekali je? Takde hati perut. Mak dah tua, patutnya balik lah sebulan 2-3 kali".

Terus jadi sedih orang tua tu. Biasa la kan, hati orang tua kan sensitif.
Sedangkan selama ni dia redha dan faham kesibukan anak-anak, tetiba dia jadi tak redha.
.
.
.
.
The question is, kenapa 'penyakit campur hal orang' ni makin banyak berlaku sekarang?
Apa keuntungan dan manfaatnya kita dapat kalau bagi statement-statement yang"concern" macam tu?

Memang tak dinafikan ada manusia yang suka sibuk-sibuk hal orang.
Orang tu rumah kecik pun jadi satu masalah kat dia.
Padahal bukan dia tinggal situ pun.
Laki orang tu jarang belikan isteri hadiah pun dia yang bengkek.
Sisterhood la konsepnya. Padahalll.

Bila kita sibuk dengan hal orang, akan hadir kecenderungan untuk kita bergosip dan cerita tentang hal tu pada orang lain pulak. Masalah yang tak seberapa akan jadi besar gara-gara mulut kita.

Kepoh hal orang tak akan mengubah kehidupan kita. Sebab kita akan sentiasa fokus pada kehidupan dan masalah orang lain, sementara hidup diri sendiri stuck kat situ je.

Bukan semua benda kita boleh masuk campur.
Kadang-kadang ada perkara yang kita boleh saling ingat-mengingatkan atas sebab kita peduli, supaya tak hanyut dengan dosa contohnya. Menyeru kepada kebaikan itu bagus. Tapi dalam kebanyakkan kes, rasanya kita bukan peduli, tapi kita kepoh.

Sebenarnya bukan tak boleh kita suarakan sesuatu tapi dalam menyampaikan sesuatu pendapat atau saranan, sebaik-baiknya kita hormat perasaan orang yang kita bagi pandangan tu. Sebab, dalam menyampaikan susuatu yang sifatnya memperbetulkan atau memperbaiki keadaan, seeloknya disampaikan dengan cara yang lembut dan bijak. Dalam menegur, jangan lupa pada kemampuan orang yang kita kritik. Pertimbangkan kemampuan dia.

Lebih bagus lagi kalau kita check balik apa motif kita.
Tanyakan diri apa keuntungannya kita bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain tak ada. Sebab selalunya bila kita membandingkan, kita sebenarnya tengah berusaha gigih untuk tunjukkan apa yang kita ada rather than cuba perbaiki situasi orang lain.

Bagi orang Islam kena faham yang "perkataan" itu dikira sebagai amalan, yang akan dihisab.