Kalau lelaki (suami) always cakap nak isteri yang boleh jaga dia macam mak dia jaga dia, sebenarnya perempuan pun nak suami yang boleh jaga dia macam bapak dia jaga. Sebab bagi mana-mana perempuan, satu-satunya lelaki yang tak akan sakitkan hati dia adalah bapak dia sendiri. Tapi, sebab kita manusia, jadi sifat kemanusiaan tu wajib ada. Takkan boleh kita jumpa orang yang lebih best dari mak bapak, jadi, berlebih kuranglah.
Macam Pak Aji, setakat ni dia sorang je lah lelaki yang aku jumpa yang kalau kopekkan tembikai, dia kopek dengan kulit-kulitnya sekali. Dulu, before kawen, kalau aku nak makan tembikai, aku takkan makan tembikai yang tak kopek kulit sampai habis. Biar la orang kata manis pun, aku takkan ambik. Mak Aji paham sangat tebiat aku yang satu ni. Nanti dia akan mintak Pak Aji kopekkan bersih-bersih, baru aku makan. Padahal aku tak suruh pun, tapi dorang dah paham tebiat mengada aku ni. Sekarang, mak mertua aku yang kopekkan. Kalau En Wan bawak balik tembikai (dia tau bini dia suka tembikai), dia akan mintak mak dia kopekkan. Sebab dia takut kalau dia kopekkan, tak sama macam Pak Aji, nanti aku compare, dia tak suka. Hahaha.
Kalau aku ada keje kat Bangi, selalunya petang aku akan singgah rumah, tak payah bagi hint pun, Pak Aji akan tanya "Ko nak pisang goreng, Diana? Nak Papa carikan". Walaupun hati aku rasa malas nak susahkan bapak aku, tapi aku always angguk je. Sebab selagi ada peluang, aku nak kumpul moment-moment bapak aku belikan aku pisang goreng. Sebab aku tau one day aku takkan dengar suara tu offer nak belikan pisang goreng lagi. Entah-entah tengok gerai pisang goreng pun aku nangis masa tu. The perasaan seronok bila tengok dari jauh motor bapak aku sampai sambil dalam bakul ada plastik pisang goreng - undescribable feeling. Nak lagi kalau kebetulan Ima pun ada kat Bangi, kitorang excited "Oi, Papa bawak balik pisang. Turun makan oi!". Padahal pisang tu benda common. Tapi kalau bapak yang belikan, lain.
Masa aku praktikal kat SIRIM, aku gi keje dengan Pak Aji. Sebab Pak Aji keje kat Shah Alam jugak, jadi dia akan drop aku kat SIRIM. Masa tu baru aku realized betapa jauhnya bapak aku hari-hari gi keje. Bayangkan dari Bangi ke Shah Alam. Patut la 6.30am dah keluar rumah. Jauh kot.
Sekarang keluar rumah kul 6am gi keje pun dah rasa biasa.
Tapi dulu, masih blaja, kita mana rasa benda ni semua. So bila keluar rumah pukul 6.30am, sampai opis lagi 15 minit pukul 8am, dah terasa jauh gila! And Pak Aji lalui benda tu bertahun-tahun. Bukan seminggu dua. Dulu bapak aku pakai Proton Saga je. Stereng berat nak mampus. Memang sakit la kalau long journey, apetah lagi kalau hari-hari bawak kereta yang sama. Lenguh.
Terasa kesiannya bapak aku keje macam ni sebab nak pastikan aku skolah sampai habis.
Aku masuk je dalam kereta, membuta.
Sampai SIRIM baru Pak Aji kejutkan aku.
Bukan sampai pintu pagar SIRIM tau. Tapi sampai ke depan pintu Blok 19 tu baru Pak Aji kejutkan aku.
Kalau kebetulan lab projek habis awal, bos aku kat SIRIM tu akan release aku awal. Dia pun menyampah tengok muka aku kat lab agaknya. Balik lah kau dia kata.
Aku akan call Pak Aji mintak ambik aku. Padahal waktu tu baru pukul 3.30pm. Sanggup Pak Aji keluar pungut aku pulak kat SIRIM bawak balik opis dia.
Kalau En Wan jangan haraplah oii. Setakat lagi sejam setengah nak habis ofis hour tu dia nak tempuh jalan semata-mata nak ambik aku, kem salam. Tunggulah kau kat cafe situ sampai aku ambik nanti dia kata.
Sometimes, lepas ofis hour, aku ajak Pak Aji singgah MekDi ke, KFC ke, Pak Aji sanggup hantar.
Padahal time balik keje jalan kan konfem jem. Tapi Pak Aji sanggup meredah jem tu semata-mata nak hantar anak dia mentekedarah. Masa tu aku tak reti bawak kereta, so aku tak rasa meredah jem tu satu benda yang susah nak dibuat. Bawak je kot kereta tu, bukan kena jalan pun. Now, jangankan suruh aku redah jem. Dari opis aku nak je Giant yang tak sampai 5 minit tu pun aku malas sebab memikirkan nak mencari parking.
Bila dah kawen, aku pindah USJ.
Pak Aji masih bekerja.
Sometimes Pak Aji call aku nak singgah rumah balik keje nanti.
Padahal dia sah-sah boleh lalu jalan lain dari opis dia nak balik ke Bangi.
Tapi sanggup dia ikut jalan jauh lalu depan Proton yang sesak tu sebab nak singgah rumah aku.
Kadang tu dia yang bawak pisang goreng untuk minum sama-sama.
Masa tu aku rasa macam menyesal pulak kawen. Sebab rindu nak lepak dengan bapak aku. Pergi keje sama-sama. Selalu bapak aku akan dengar radio kalau dalam kereta. Tapi sepanjang aku praktikal, asal masuk kereta je aku terus masukkan kaset (dulu kaset okeh) Ziana Zain, tak pun Fauziah Latif. Naik sebu kepala orang tua tu hari-hari dengar lagu yang sama. Dah la suara aku lagi kuat dari kaset. Pasrah berserah orang tua tu mendengar.
Wanita belum kawen, jangan risau mikir apesal lambat kawen but enjoy momen-momen ni dengan bapak.
Sebab korang masih banyak lagi masa untuk spend dengan bapak.
Esok dah kawen masa tu dah kena bagi-bagi.
Apa-apa hal kena dulukan suami.
Moga dapat suami yang sporting, bila ajak balik jumpa bapak kita, dia ok.
Alhamduliullah En Wan sporting. Kadang tu balik Bangi, dia tengok tv kat bawah sorang, aku lepak dalam bilik mak bapak aku bersembang. Takpe, laki aku paham. Dia tau macamana rasanya bila dah takde bapak, jadi dia rela tersadai kat bawah sorang-sorang, bagi chance aku borak ngan bapak aku kat bilik.
Langkawi, 1988.