2016-10-11

Niat. Balik pada niat.


Semalam aku nampak orang share artikel Oh Bulan kot (atau Oh Media) tentang isu tak puas hati budak-budak AF pakai jubah konvo.
Kat ruangan komen tak kurang jugak yang bergaduh pasal ni.
Tak patut katanya sebab budak-budak AF belajar tak lama.
Jubah konvo tu adalah sesuatu yang mengangkat darjat seseorang - membezakan samada kita terpelajar atau tak, macam tu?

Aku dah makin tak faham dengan sesetengah manusia.
Apa keperluannya perjuangkan hak jubah konvo?
Apa yang kita nak banggakan dengan jubah konvo kalau keputusan exam kita tak cemerlang.
Janji dapat masuk universiti?
Janji dapat pakai jubah konvo?
Tapi result, sedih.
Tu belum lagi kalau ada yang tiru assignment, bawal toyol masuk exam hall, mintak member signkan attendance, repeat paper - tau-tau nak bangga dengan jubah konvo? Jangan buat lawak plis.

Kalau sampai macam tu sekali cara kita perjuangkan hak, maka dah boleh nampak jelas kita ni macamana orangnya.
Rupanya kita ni adalah antara orang yang menilai seseorang berdasarkan kelayakkan akademiknya.

Entahlah, aku masih tak faham kenapa isu tu nak dibangkitkan.
Takde kena-mengena kot dengan kita.
Lainlah kalau kerana 'ijazah' budak AF tu boleh menggugat kelayakan kita untuk mintak kerja.

Menuntut ilmu ni bukan dengan hanya mentelaah, buat assignment, buat presentation, kumpul dan hadam maklumat kat otak saja.
Kalau lah itu yang jadi ukuran layak atau tak layaknya sarung jubah konvo, alangkah kesiannya kita.
Sebab cuma kita je yang rasa jubah konvo tu adalah puncak kemenangan setelah berpenat lelah belajar bertahun-tahun.
Orang lain pun grad jugak, tapi tak pakai jubah pun.
Bak kata En Wan "Abang grad kat Jepun mana pakai jubah konvo, pakai suit je".

Berapa ramai pelajar tahfiz dan guru agama yang hafal berpuluh kitab, hadis, ayat Quran.
Tenaga pengajar ada juga yang tak blaja tinggi (kat skolah pondok).
Blaja pun takat Quran je.
Takde tesis, takde assigments.
Kalau dorang nak buat konvokesyen adakah itu dikira tak layak juga?

Padahal kalau nak banding dengan kita yang berkonvo bagai ni, mereka jauh lebih power.
Sebab orang yang masuk U bersepah, tapi orang yang hafal Quran belum bersepah seramai yang masuk U.
Jadi kita ni yang pakai jubah konvo sebenarnya golongan biasa-biasa aje. Mereka tu jauh lebih luar biasa.

Kalau kita rasa kita layak sarung jubah konvo kerana kita belajar lebih lama, lebih susah, dan diajar oleh tenaga pengajar yang pakar, fine.
Tapi tak wajar kita labelkan artis-artis yang jadi tenaga pengajar tu bukan dari golongan yang pakar.

Of course, tak sama antara orang yang pakar dan tak pakar.
Perkataan orang yang pakar lebih dipercayai.
Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita nak nak percaya cakap arkitek atau buruh binaan?
Of cos cakap arkitek.

Tapi belum tentu cakap buruh tu tak boleh pakai.
Sebab dia berpengalaman.
Ilmu ini bukan hanya dapat dari buku saja tapi juga dari pengalaman.
Kadang-kadang yang berpengalaman lebih terer dari yang berilmu walau masing-masing dalam bidang yang sama.

Same goes tu tenaga pengajar AF.
Mungkin tak blaja tinggi.
Tapi tak bermakna tak pakar.

Tanya balik diri.

Kita belajar sampai ijazah untuk bolehkan kita dapat kerja yang bagus?

Atau kita belajar sampai dapat ijazah untuk menjadikan diri dipuji dan dihormati?

Atau kita belajar sampai dapat ijazah untuk tunjukkan diri lebih bagus daripada orang lain?