walk on wings, tread in air: Modal RM500, after a few years jadi jutawan. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Modal RM500, after a few years jadi jutawan.
2016-10-10



Macam best je kan bila dengar orang start bisnes hanya dengan RM500 tapi akhirnya jadi jutawan.
Ramai orang akan teruja.
Selalunya yang teruja ni memang betul-betul harapkan miracle dengan duit RM500 tadi.
Ini banyak berlaku kat peniaga kecil-kecilan dan juga those yang baru nak berjinak dengan MLM business.
Mereka ni betul-betul ingatkan modal hanya RM500 je.
Bila nanti kena keluar duit lagi dan lagi, masing-masing dah start merungut.

Siapa lah yang tak teruja kalau modal just RM500 tup tup boleh jadi jutawan, kan?
Tapi jangan harapkan magik.
Mana ada duit beranak-pinak dengan senang.
Nak berjudi dengan RM500 ni pun kena ada strategi, pakai orak juga.
Kalau tak ada strategi, ke laut dalam jugak perginya.

Memang betul pun boleh mulakan bisnes dengan modal serendah RM500. Tapi bila dah keluarkan modal, bukan proses tu stop kat situ je.
Yang dicanangkan adalah macamana modal RM500 bertukar menjadi jutaan sales.
Tapi tak diceritakan apa proses yang dorang nak lalui sebelum sampai ke nilai jutaan tu.

Modal takde masalah. Semua orang boleh keluarkan modal.
Yang jadi masalah adalah macamana nak run the RM500 sampai boleh jadi RM1000 (kita cerita RM1000 dulu lah takyah cerita juta juta lagi).

Orang kata, "Alah, kalau duit banyak senanglah nak bisnes".

Memang betul.
Duit kalau banyak memang senang nak buat apa pun. Nak beli jiwa pun boleh.
Tapi kita toksah ceritalah pasal tu.
Itu lain, dia memang keturunan kaya, modal memang dah besar.
Yang kita nak cerita sekarang camne nak buat kalau modal kecik.

Kalau duit banyak, kerja lebih senang.
Sebab kita boleh upah pekerja, kita boleh upah orang buatkan iklan, kita boleh upah artis promotekan produk, kita boleh bagi free sample  kat orang ramai.

Tapi, bila modal tak besar, maka kudrat kena besar.
Jangan dah tau modal tak besar, tapi nak mengangkang lagi besar pulak.

Katakan jual baju.
Modal kita hanya RM500 je.
Memang habis RM500 kat borong baju. Nak buat iklan pun takde duit,
Maka, tak payah la ikut cara orang lain yang buat promosi berbayar.
Kita kena guna approach lain sesuai dengan kemampuan kita.
Kita jual kat ofismate, jual kat kawan-kawan, jual kat jiran.
Kena bergerak, kena rajin, berani tebalkan muka, buat ramah dengan orang.
Sebab itu je modal yang kita ada. Nak taknak kita kena buat.

Tanya lah jutawan-jutawan yang bermula dengan modal RM500.
Konfem dorang akan cakap dorang buat benda yang sama.

Tapi, kalau nak buat cara terkini, buat online, upah iklan, etc., sebaik-baiknya asingkan 60% dari duit modal tadi untuk buat marketing.
Gunakan hanya 40% untuk beli produk.
Maksudnya RM200 beli barang, RM300 untuk marketing.
Marketing ni termasuklah nak bayar upah blogger promotekan produk, atau nak print flyer untuk diedarkan dari rumah ke rumah, atau nak bagi free sample kat orang.
Tapi kalau modal kita very tight, kita kena bergerak lebih sikit, apa pilihan yang kita ada pun?

Setiap kali dapat duit jualan tolong asingkan dulu duit modal.
Pastikan dapat balik RM500 tu tadi, sebab kita nak guna balik duit tu untuk beli produk.
Kalau kita berjaya dapatkan RM1000, kita boleh naikkan sikit modal beli barang. Ataupun kita boleh asingkan duit sikit untuk buat marketing pulak.
Takkan selamanya kita nak guna kudrat kita sorang untuk berbisnes betul tak?
Perlu ada impian untuk ada sesuatu yang boleh meringankan kerja kita.

Contohnya, kalau sekarang kita jual sendiri.
Bila dah ada keuntungan sikit, simpan.
Kumpul sampai boleh bayar upah orang lain promotekan barang pulak (blogger contohnya).
Jadi, 'jajahan' kita meluaslah sikit bila ada orang lain sama-sama promotekan barang.

Jangan kedekut untuk keluar duit marketing.
Jangan always berharap orang tolong kita.
Bila kita tau susah payah promote barang, kita akan hargai usaha orang lain pulak yang menolong promote barang kita. Bayar upah dia.

Bulan lagi satu, ada untung lebih, tambah sikit lagi modal dan duit marketing.
Pertambahan duit marketing harus selari dengan duit modal.
Kalau barang takde, tapi kau buat marketing kaw-kaw pun tak jalan gak. Akan menjatuhkan reputasi nanti.
Jangan enjoy sangat duit hasil berniaga melainkan kita dah asingkan duit modal and duit marketing.
Kalau betul-betul ada lebih, boleh la nak buat-buat beli tudung baru. Beli ngan aku tau. Kah Kah Kah.

Dapat duit jualan, jangan enjoy sangat. Belum masanya lagi kita nak enjoy sakan.
Maju atau tak bisnes kita bukan boleh ditunjukkan dengan berapa banyak beg tangan kita ada atau seberapa kerap kita pegi melancong.
Yang tak bisnes pun kejap-kejap beli henbeg and melancong.
Jadi itu bukan ukurannya.

Tapi ditunjukkan dengan berapa besar bisnes kita.
Kalau dulu kita jual sorang, slowly kita ada 1 staff.
Dulu ada 1 staff, tahun depan ada 2 staff.
Dulu kita hanya mampu ambik contract staff, slowly dah mampu ambik permanent - boleh bagi medical benefit, parking claim, mileage claim, bayar KWSP & SOCSO.

Biar ada kelansungan dalam berbisnes.
Slow takpe, janji ada peningkatan.
Jangan terus-terus nak nampak gah.
Orang lain dengan cara dia, kita dengan cara kita.
Sebab hanya kita saja tau matlamat kita bagaimana.
Mana mungkin matlamat yang berbeza menggunakan cara yang sama.

Ada orang berbisnes sebab nak kaya.
Ada orang berbisnes sekadar nak ada kelansungan hidup.
Ada orang berbisnes sebab nak financial and time freedom.
Ada orang berbisnes sebab nak wujudkan peluang pekerjaaan.

Sama jugak la ceritanya dengan jutawan-jutawan.
Ada usahawan yang memang tunjuk dia adalah seorang jutawan.
Ada usahawan yang tak tunjuk dia adalah jutawan.
Semuanya bergantung pada objektif.
Matlamat semua orang tak sama.
Jadi wajar lah kalau approch pun lain-lain.

Melainkan ko nak buat loan bank lah.
Kalau buat loan bank tu lain pulak storynya.

Duit kalau banyak memang gelap mata.
Pastikan sebelum kau songlap duit jualan tu, kau asingkan dulu duit nak buat modal. Itu yang penting.

Jangan laburkan duit yang besar untuk modal berniaga kalau kita takde plan apa nak buat dengan duit tu.

Modal RM20K tu besar.
Kalau kena dengan gaya, ko boleh dapat lebih dari 20K dalam tempoh less than 3 months.

Kalau ikut formula aku, out of RM20K tu RM12K digunakan untuk marketing.
Oiii, banyak tu okeh.
Katakan lah jual tudung.
RM12 ko tu boleh bayar upah model, fotoshoot, buat teaser video, pastu buat FB blasting.
Insyallah, boleh dapat balik modal.

Tapi kalau kita takde plan, tak tahu hala tuju berniaga melainkan nak cari extra income, adalah lebih baik kita jadi dropshipper saja.
Senang, tak payah keluarkan modal.
Tapi, bila kita tak keluarkan se-sen pun modal, maka kita kena keluarkan tenaga.
Caranya, kena rajin promote barang.
Kita tak payah keluarkan duit, takkan keluarkan air liur untuk explain and promote produk pun taknak, kan.

FB GreenAard sangat aktif update information.
Macam-macam artikel ada kat sana.
Kau tinggal read and share je.
Tak tau, can email/PM/Whatsapp sebab our team will help you.
Kalau dorang dah tak tau nak explain apa, baru aku masuk.
Big bos aku (pfttt) dah letakkan syarat untuk aku completekan at least 15 FAQ artikel sebulan. Jenuh wehh. Sebab tu aku update blog selang-selang. Sebab hari yang aku tak update blog selalunya aku akan update blog GreenAard.
Sedih weh keje aku skarang.
Sikit-sikit dah turun pangkat aku.
Dari seorang bos, turun ke technical representative.
Tahun depan dia request PA, nampak gaya aku jadi tea lady je lah gamaknya.



Kalau sesape berminat, silakan lah email health[at]xzizbiotech[dot]com
Nnt staff aku hantar TNC. Baca dan fahamkan dulu ok?



posted by aveo757 @ 4:57 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER