2016-06-15
Nak raya sakan pun jangan sampai berhutang
Status pagi tadi.
Jangan ingat aku tak pernah lalui zaman susah menjelang raya.
Sebab tu aku berani cakap. Sebab aku pernah lalui apa itu susah time nak raya.
Bukan masa kecik je, masa dah kawen pun pernah.
Tak salah aku kes ni berlaku tahun ketiga aku kawen, 2003.
Redza belum wujud lagi.
Masa tu aku baru benti keje. Plannya nak cari keje tapi sampai ke raya, takde rezeki nak dapat keje baru.
Harap kat gaji En Wan yang RM2500 tu je.
Gaji tu untuk bulan-bulan biasa ok lagi.
Tapi kalau nak buat persiapan raya agak pedih sikit lah.
Kebetulan masa tu turn balik raya ke Tganu.
Aku taknak peningkan kepala En Wan, jadi aku tak ungkit lansung pasal persiapan raya.
Takde kata nak beli kuih raya ke, baju raya ke, duit raya jauh sekali.
Aku bersyukur tahun tu bukan turn balik Bangi sebab leceh gila kalau Mak Aji nampak aku tak pakai baju baru pagi raya. Biasa lah kan, orang tua-tua ni. Some mak-mak ni beranggapan bilamana dia dah serah anak pompuan pada sorang lelaki untuk dijaga, dia nak anak perempuan tu jangan hidup lebih susah dari zaman anak dara. Kalau sebelum kawen anak dia ada baju raya, tetiba bila dah kawen takde baju raya, yang tu pun dia dah gelabah. Dia ingatkan anak dia dah hidup susah melarat ni. Padahal time dia muda dulu pun selalu je ter-miss baju raya.
Kadang-kadang mak-mak ni susah nak dipahamkan bahawa kita ni tak kisah lansung takde baju raya, cuma nak meng-explain bagi mak-mak ni paham memang ambik masa sikit.
Tahun tu tak balik Bangi, alhamdulillah. Kira dah settle satu beban. Beban menjawab soklan apesal takde baju raya.
Lagi beberapa hari nak balik raya, En Wan ajak aku gi PKNS Shah Alam.
Dia kata nak cari songkok. Aku teman je la, bila lagi nak berjalan kan, asik memerap kat rumah je (time ni aku belum pandai bawak kereta).
Masa lalu kat depan booth baju-baju tu aku wat bodoh je. Sebab kepala aku dah memang aku set "No baju raya". Tapi En Wan suruh jugak aku pilih "Pilihlah, Di. Biar ada sehelai".
Aku ambik baju kurung plain warna hijau, biar murah sikit.
Aku ingat lagi pagi raya tu Kak Long tanya "Ni apesal sorang kaler lain, sorang kaler lain ni?"
Aku jawab "Abang dah beli awal baju melayu, Diana nak cari kaler sama tak jumpa, tu yang main beli je baju ni".
Mungkin inilah punca kenapa setiap kali nak raya, ramai yang berhabis-habisan buat persiapan.
Kat baju je dah habis beratus. Semata-mata nak bagi sedondon.
Kalau yang bapak tu kena beli kain satu kayu yang sama dengan anak laki.
Kalau yang anak pompuan pun gitu jugak.
Selalunya yang beza memang maknya sorang.
Disebabkan nak sedondon ni lah maka ada yang sanggup buat loan untuk sambut raya.
Lepas habis beraya, mencungap nak settlekan hutang.
Kalau mampu tak apa.
Ini yang aku cerita ni hat yang tak mampu.
Tapi selera besar. Tak boleh tidak, nak jugak baju raya walau dah tua-tua bangka pun.
Pakai je lah baju kurung yang melambak-lambak dalam lemari tu, bukan orang kampung kau tau pun tu baju lama.
Everytime turn balik Tganu (selalunya 2 hari), hari ketiga kitorang akan balik Bangi.
Setiap kali tahun tu turn Tganu, hanya di Tganu je pakai baju baru. Balik Bangi masing-masing pakai baju melayu and baju kurung lama, sebab aku malas nak basuh. Takde hal pun. Bukan jiran mak aku ingat pun tahun lepas aku pakai baju apa. Kau ingat orang kampung ni ada masa nak ingat baju raya tahun lepas kau kaler apa? Kau ingat dorang takde keje lain asyik nak mengingat kaler baju kau?
Baju anak-anak.
Selalunya inilah yang diutamakan dulu.
Tapi bukan tak ada baju yang murah. Ada.
Kak Long En Wan bukak kedai jual baju budak-budak kemeja and T Shirt dari Bangladesh murah-murah sehelai boleh dapat less than RM10. Tapi takde la cun macam yang berjenama. Padanlah pun dengan harganya. Tapi, janji baju baru kan?
Masalahnya sekarang ni, kita letakkan standard tu tinggi sangat sampai mencungap nak capai.
Itu pasal ramai yang rela berhutang asalkan tak dilabel sebagai sengkek.
Meriah ke jadinya raya kalau dalam masa yang sama dalam kepala kau pikir lepas ni nak kena bayar hutang untuk benda yang sepatutnya tak perlu berhutang?
Baju anak nak yang Guess aje, nak yang OshGoshBGosh aje (entah betul ke tak aku eja ni).
Kalau mampu, silakan.
Masa Redza kecik-kecik dulu, aku tak berani masuk Poney sekalipun.
Tempat aku memang kat Anakku and Kiko je. Waktu tu, aku yakin itulah level-level aku.
Baju basahan Redza memang beli kat Tesco and Giant.
Walaupun masa tu apaknya pakai kereta sport, orang tengok kayanyaaaaaa pakai keta sport. Padahal kereta bawak balik zaman blaja kat Jepun. Tak mampu beli baju mahal untuk anak, buat cara tak mampu. Ukur baju kat badan sendiri. Beli seadanya. Anak-anak bukan tau pun baju tu mahal ke tak. Tak bagi pakai baju lagi dia suka berlenggeng. Yang concern tentang label ni makbapak sebenarnya.
Duit raya satu hal lagi.
Ni pun bencana gak sebenarnya.
Tapi nasib baiklah aku dibekalkan dengan kulit muka yang agak tebal dari orang lain, jadi aku boleh buat selamba je bila orang lain sibuk hulur-hulur duit raya kat anak sedara, aku diam sambung makan lontong. Dah time tu aku takde duit, nak bagi apanya? Mungkin masa tu ada yang bercakap-cakap belakang bila tengok aku tak 'menghulur'. Maybe ada. Tapi, aku kesah apa pun. Tak matinya kena cop sengkek. Kadang-kadang, orang luar tak bercakap apa pun, tapi kita ni yang sombong. Taknak accept kita ni sebenarnya tengah susah. Nak jugak dipandang kaya. Aku dah banyak dah berdepan dengan situasi manusia jenis ni. Kat alam cyber tayang segala benda. Ujung-ujung email mintak pinjam duit. Pinjam duit tu tahan lagi. Ni siap dah bertahun tak bayar balik, aku peratiiiiii je. Letih dah aku layan karenah macam ni. Tak payah la hidup nak berbangga dengan benda yang sikit yang kita ada. Inilah yang kemudian akan makan diri kita balik. Sebab bila kita selalu potray diri kita mewah, bila tiba time-time nak raya macam ni la masing-masing menggagau cari punca nak teruskan kesibambungan 'kekayaan' tu tadi. Eh, kau tak letih ke? Aku yang tengok pun letih.