2016-05-30

Nak makan KFC, kena buktikan sesuatu dulu!


Anak sedara aku, si Jannah dapat nombor 1 mid term exam dia baru-baru ni.
Darjah 1.
Mak Aji share result exam cucu dia tu kat whatsapp.
Kebetulan Ima anak-beranak balik Bangi Jumaat lepas, so kitorang semua excited la belikan hadiah umtuk Jannah.





Tetiba pastu masing-masing keluar cerita sedih. Kah Kah Kah.
Sorang-sorang cerita kenangan celebrate keputusan exam dengan makan KFC.

Hoi anak-anak sekalian!
Bertuahnya la korang dapat makan KFC tetiap minggu.
Mak bapak korang ni dulu, kalau tak pulun exam dapat nombor 1,2 atau 3, jangan haraplah atuk ngan nenek korang nak belikan kitorang KFC. Dapat bau KFC je lah.
Takde maknanya dapat merasa KFC tu oiiii.
Betapa KFC tu satu meal yang luxury dulu.
Seingat aku, dulu-dulu, bila meal KFC sampai kat meja, dorang akan bagi sekali pisau ngan garfu, kan?
Tak main la sudu plestik ni. Sudu besi okeh!
Ko bayangkan aku makan KFC dengan pisau ngan garfu.
Pehhhhhh! Hazab nak settlekan seketul peha.
Tu nasib baik dapat peha.
Kalau dapat wings? Jenuh aku nak korek isi tu, Penyudahnya ayam bersepai, tapi aku tak kenyang.
Tu belum lagi dengan bunyi pisau garfu berlaga-laga.
Kejap-kejap Mak Aji menjeling je pandang aku. Asal terbunyik sikit je, menjeling dia kat aku.
Makan pun boleh stress. Tak berbaloi kau dapat nombor 1 semata-mata nak makan sambil stress.

Tapi itulah hakikatnya.
Padahal KFC tu rasanya takde la mahal mana pun dulu.
Tapi masing-masing bukan dari klorga mewah. Nak dapat KFC tu mesti bersebab.
Dulu, masa KFC baru bukak kat Kajang, everytime Pak Aji kata nak pi Kajang, kitorang mesti nak ikut. Potensi nak dapat makan KFC tu memang hampir takde. Tapi apa salahnya ikut kan, mana tau Pak Aji ngan Mak Aji tetiba kesian tengok muka anak-anak selenga semacam, untung-untung dapat makan KFC.
Parking kereta dah cun dah betul-betul depan pintu KFC, sekali melintas je. Tak masuk pun.
Rupanya nak gi Great Wall ambik belanja barang-barang dapur.
Maka, aku ngan Ima sengaja je jalan slow-slow masa melintas depan KFC sebab nak ambik bau KFC, jadiklah.

Sekarang, anak-anak aku sampai tak lalu dah bila aku bawak balik KFC.
Aku, on the other hand, belum pernah bosan lagi dengan KFC.
Aku rasa aku masih lagi boleh makan KFC hari-hari. Belum boring.
Harap-harap takkan boring.

Dulu, kalau dapat keputusan exam yang bagus, aku adik-beradik jarang lah nak mintak hadiah selain dari makanan. Kalau hadiah tu, sorang je dapat. Tapi kalau makanan, sama-sama boleh dapat. Takkan mak bapak aku sampai hati nak belikan KFC untuk aku sorang je kan. Mesti angkut adik-adik aku sama. Macam tu lah konsepnya.

Kat Kajang dulu KFC je lah fast food yang ada.
Bandar Baru Bangi jangan cakap lah. Apa benda je lah pun yang ada kat situ dulu. Jin bertendang ada la.
Jadi, bila pegi KL nampak kedai McD and AnW, masing-masing memandang dengan penuh rasa kagum.
Dulu, bila nampak orang masuk AnW, aku selalu rasa orang tu orang kaya.
Tak tau lah kenapa.
Maybe sebab aku tak pernah masuk, so aku rasa AnW tu mungkin mahal.
Bila dapat peluang masuk, tak tau nak order apa.
Nampak orang makan hotdog, aku melopong tengok.
Nampak orang makan waffle with ice cream, aku melopong tengok.
Aku jadi sangat jakun.
Naluri budak-budak kan selalu ada rasa ingin tau yang tinggi.
Jadi bila nampak orang makan waffle (dulu aku tak tau pun itu waffle), aku teruja gila "Dia makan apa tu?"

Tak pasal-pasal kena tengking ngan Mak Aji pastu.
Padahal aku tak mintak pun. Aku cuma tanya je orang depan tu makan apa. Sebab aku tak penah nampak makanan tu.
Tapi maybe Mak Aji malu kot bila anak dia cam peghak masuk AnW semua benda tak pernah makan, jadi bila aku tanya, aku kena tengking "Macam tak penah makan!".
Dah aku memang tak penah makan sebab tu aku tanya. Hahahahah.
Tapi aku paham maksud Mak Aji. Dia maksudkan, bila aku sibuk bertanya orang tu makan apa, seolah-olah aku ni kebulur sangat.
Now, AnW tu dah macam tempat wajib masuk everytime aku balik Terengganu.
Kalau AnW Batu Burok tu ada sistem point, aku rasa banyak dah point aku.

Bila pikir-pikir balik, aku jarang dapat hadiah masa kecik dulu.
Be it besday ataupun dapat keputusan exam yang best.
Masa aku Form 2 kalau tak salah, aku dapat nombor 1.
Excited aku balik nak bagitau Mak Aji aku dapat nombor 1. Sebab tak pernah dapat nombor 1 selama ni. Tahun tu aku terer sikit kot.
Aku expect dapatlah hadiah yang best sikit.
Masa tu kan dah remaja. Nampak kawan-kawan gi latihan sukan petang-petang bawak walkman, teringin gak nak walkman.
Jauh sangatlah mimpi aku nak dapat walkman tu.
Aku cuma dapat makan satey Haji Samuri je malam tu.
Tu lah hadiah sempena dapat nombor 1.
Masa tu aku terfikir, kalaulah hadiah nombor 1 pun hanya dapat makan satey, nombor berapa lagi aku nak kena pulun untuk aku dapat walkman?
Itulah nombor 1 terakhir dalam hidup aku.
Aku dah malas kejar nombor dah pastu.

Aku start bermaharajalela dengan KFC bila aku sambung blaja.
Biasa la, jauh dari makbapak, dah pegang duit sendiri waktu tu (duit MARA), terasa diri kaya kejap.
Asal ada duit je, KFC. Asal ada duit je, KFC.
Memang aku ni kejenya makan je.
Tapi bagus gak sebenarnya.
Maybe jugak 'asuhan' sejak kecik tak disogokkan dengan hadiah-hadiah, membuatkan sampai dah ke tua ni pun aku tak kisah tak dapat hadiah untuk tarikh-tarikh penting. Bawak je aku pi makan, settle.

Now, Secret Recipe is the new KFC.
Aku tak tau anak-anak korang.
Tapi kalau Redza, memang itu lah dia punya "KFC".

Samada anak aku memilih, atau zaman memang dah berubah.



Promosi Pra-Ramadhan GreenAard Garcinia Plus masih on sampai 5 Jun ya.
So boleh simpan stok sementara harga promosi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dulu, bila sebut GreenAard, orang terbayang weight loss capsules.
Kalau terima PM or whatsapp mesti orang tanya "GreenAard bila nak buat promosi?", "Harga GreenAard now berapa?", "GreenAard ada sekali tak kat booth nanti?"

Padahal GreenAard tu nama label.
Nama produk adalah Garcinia Plus.

Tapi takpe, sebutlah apa-apa pun. Janji kau ngan aku paham.

Now, GreenAard dah ada new produk - Nutrijuice Botanical Drink.
Belum release kat website lagi. Tapi produk dah ada.
Kasik aku launch bertenang-tenang dulu.